Friday, June 24, 2011

Pakaian kita , wajah kita




"Laa..kenapa tak pakai baju lagi ni?"Tanya saya kepada Azwa.Geram juga bila melihat dia masih bermain-main dengan tualanya.Sedangkan agak lama saya tinggalkan dia untuk memakai bajunya sendiri.

Dia tidak menjawab.Sebaliknya menggeleng kepalanya.

"Mari sini mama pakaikan"Saya tarik tangannya menghampiri saya.

"Tak nak...malu la mama"

"Kenapa?"Tanya saya menguji.

"baju tu "tak malu" la mama."Ujar Azwa bersungguh-sungguh sambil menunding baju gaun yang saya pegang.

Tuesday, April 26, 2011

Selagi punya kudrat..




Sebaik suami berangkat ke tempat kerja, saya pula meneruskan pekerjaan saya.Segala kudrat saya tumpahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, mengasuh anak-anak dan sebagainya.

Inilah rutin saya.Sudah hampir 4 tahun saya memgang jawatan ini.Dan semakin hari saya sayang akan jawatan ini.


Thursday, April 21, 2011

Dengan izinNya..

Alhamdulillah...dengan izin Allah blog ini dapat disambung semula. Puas mengejar masa akhirnya diberi kesempatan juga olehNya..

Cuma kali ini saya telah membuat sedikit pembaharuan untuk blog ini.Kalau dulu, corak penulisan saya lebih serius tapi kali ini saya cuba untuk menulis secara lebih santai.Tapi apa yang penting ianya tidak lari dari konsep asal iaitu berkongsi sedikit pengalaman, dan pandangan kecil saya.....Insyaallah.

Besar harapan saya agar penulisan "kecil" ini akan menjadi memoir untuk diri saya dan keluarga.Supaya kenangan bersama dapat diabadikan dan yang penting  dapat menjadi bacaan masa lapang anak-anak kelak.

Seandainya ada pengajaran yang baik, ceduklah sebagai teladan manakala kalau yang buruk jadikan ia sebagai sempadan.Apa yang penting, semoga usaha saya untuk menulis dan berjihad melalui penulisan diperkenan olehNya..amin..amin Ya Rabbal Alamin...

Thursday, December 9, 2010

Masa yg terus berjalan.....salam Maal-Hijrah




Alhamdulillah...

Syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya...kita masih bernafas di bumi Allah ini.Terasa diri cukup kerdil untuk terus menikmati segala anugerah ini.Mahasuci Allah kerana masih memberi ruang dan masa untuk hambaNya terus bermuasabah diri.Mengukur kehilafan selama hayat ini...

Masa berlalu begitu pantas.Sedar dan tidak, kini aku telah pun begelar seorang isteri.Tempatku di sini.Di sisi suami yang tersayang.Meski susah dan senang, aku ingin mengharunginya bersama2 suami.Itulah  niat yg terpatri semenjak hari pertama pernikahan kami.Itulah yg sering aku harapkan untuk sisa hidupku nanti..

Mungkin perjalanan yg bakal kami tempuhi masih jauh dan mungkin berliku2 keadaannya....namun tiada lain yg kuharapkan selain segalanya berjalan dgn baik.Bak kata, lidah mana yg tidak pernah tergigit, ini kan pula suami isteri...tidak pernah lekang doa agar kebahagiaan itu menjadi milik kami.....

Sungguh masa itu terasa singkat...

Tiap kali bila berhubung dengan teman2 lama, seperti seakan semalam meninggalkan alam pengajian.Seakan segalanya baru berlangsung semalam.Dr zaman kanak2, seterusnya ke alam remaja dan sekarng mnuju kealam kedewasaan.Segalanya berlangsung bagai sebuah  mimpi di malam hari.

Dan masa yg berlalu membuatkan aku selalu berfikir..yg masa tidak pernah berhenti.Sentiasa berjalan mengikut aturannya.Seperti bumi yang sentiasa berputar pada paksinya.Seperti malam dan siang yg silih berganti  mengikut peredarannya...Maha suci Allah yang menjadikan semua ini.Dialah yang mengatur setiap sesuatu itu......ubhanallah..

Yang telah pergi...
Sebenarnya, baru2 ini aku sedikit terkejut dengan peristiwa kematian anak kepada sahabat mak.Kematiannya sgt tragis dan menyayat hati.Hanya doa Semoga Allah memberi kekuatan kepada si ibu yg baru kehilangan anaknya.Mengenang usia arwah yg masih belasan tahun, mengingatkan aku yg kematian itu  tidak pernah mengenal usia.Di mana dan dengan keadaan yg bagaimana tidak pernah kita tahu keadaannya melainkan yang Maha Mengetahui....

Dan demi masa...
manusia itu selalu dalam  kerugiaan...
Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
serta berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran...
Surah al-Asr (ayat1-3)

Dan masa itu akan terus berjalan.Tapi yg nyata ia bukan milik kita......

 wallahua'lam....

Tuesday, November 2, 2010

Menulislah kerana Allah..



 Alhamdulillah...Syukur kepada Allah kerana sekali lagi aku diberi ruang dan kesempatan untuk terus bertinta...Dan aku bersyukur kerana sudah semakin pulih dari alahan yg agak teruk semasa mengandung..

Terima kasih juga yg tak terhingga kepada rakan2 yg sudi mendoakan dan mengambil berat tentang diri ini..Alhamdulillah,,moga ukhuwah antara kita berterusan meskipun tidak pernah bersua muka.

Semakin sarat..

Friday, May 7, 2010

Berehat seketika...

Sudah lama rasanya membiarkan blog ini sepi tanpa pengisian.Terasa sedikit janggal setiap kali jari menyentuh papan kekunci.Dan seperti hari2 semalam, aku menulis lagi.Dan ternyata rasa rindu benar untuk bertinta...apalagi memikirkan masih ada pekara yang ingin sangat2 aku kongsi bersama.Dan terkadang rasa sarat untuk diluah, namun ternyata pekara itu agak sukar dilakukan buat masa ini...


Berita suka duka..
Sebenarnya, untuk pengetahuan sesiapa yg mengikuti penulisanku, aku telah hamil 2 bulan lebih.Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan  rezeki.Dan sememangnya berita ini sangat dinanti suami.Suami memang ingin punya anak yang ramai.Aku juga begitu...Cuma, mengandung kali ini alahannya seperti mengandungkan anak sulung dulu.Agak teruk....

Setiap hari aku merasa lesu.Tekak sentiasa mual dan muntah2 sehingga 2-3 kali sehari.Dan sememangnya aku merasakan ini adalah sesuatu yang agak berat untuk dilalui buat ibu2 terutama yang pernah mengalaminya.Memang tidak mampu berbuat banyak pekara dan tidak aktif seperti kebiasaan..

Aku tahu ini merupakan ujian buat diri ini.Dan sesiapa pun ibu2 di dunia ini rasanya mahu mudah melalui pengalaman mengandung dan melahirkan.Namun tidak semua ibu memperoleh anugerah ini.

Apapun, aku redha atas semuanya.Dan ini adalah bahagian2 yang Allah sudah tentukan untuk hamba2nya.Cumanya aku sedikit kasihan melihat anak dan suami.Mujur suami sangat memahami.Bayangkan, sepanjang tempoh ini, aku tidak dapat menyediakan masakan untuk suami.Kerana aku alah dengan bau masakan.Setiap hari suami terpaksa membeli makanan dari luar..

Terima kasih suamiku...
Dikesempatan yg ada ini juga aku ingin ucapkan ribuan terima kasih untuk suami.Ternyata layanan suami tidak pernah berubah setiap kali aku tidak sihat.Dialah yang sentiasa menemaniku...memicit dan memberi kata2 semangat dan dorongan agar isterinya kuat dalam menghadapi kesakitan ini..

Berehat seketika..
Dan memandangkan keadaan kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan, aku mengambil keputusan untuk berehat seketika.Mungkin 3 bulan,4 atau 9 bulan..Jika diizinkan Allah, aku ingin sekali menulis dan menulis sekiranya ada rezeki untukku lagi...

Cuma apa yang dapat aku kongsikan sedikit pd pengalaman kal ini adalah, mungkin inilah hikmah kenapa aku ditakdirkan Allah tidak bekerja..Itu jua hikmah yang tersembunyi yg tidak aku sedari selama ini.Kerana jika keadaan aku begini, aku tidak mungkin selesa melakukan banyak kerja.Pening, mual dan demam silih berganti mendatangi aku...dan aku redha menghadapi semua ini.Moga2 Allah mengampuni dosa2 ku yang lampau....

p/s untuk sahabat2 semua, insyaallah..jika punya kelapangan waktu dan terasa agak sihat, kalian akan terus kukunjungi.Doakan diriku dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan selamat dan sihat....Ameen...

Sekian dulu ..Wallahua'lam..
Bingkisan hati seorang hamba yang lemah....

Tuesday, April 13, 2010

Aku yang masih rapuh...








 Opick-Rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya diriMu yang bertahta..

"Kawan baik mak  baru je meninggal baru2 ni"Mak memberitahuku baru2 ini.Aku merenung ke ruang mata mak.Cuba membaca kesedihan yang tampak bersarang di raut wajahnya.