Tuesday, April 13, 2010

Aku yang masih rapuh...








 Opick-Rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya diriMu yang bertahta..

"Kawan baik mak  baru je meninggal baru2 ni"Mak memberitahuku baru2 ini.Aku merenung ke ruang mata mak.Cuba membaca kesedihan yang tampak bersarang di raut wajahnya.

"Innalillah..kenapa mak?"
"Jatuh"
"Haa..jatuh?"Tanyaku ingin tahu lebih lanjut.
Menurut mak rakannya hendak membuka pintu untuk anaknya yang baru pulang kerja shift malam.Tetapi rebah di depan pintu dan pergi buat selama2nya.Menurut mak, rakannya ada penyakit darah tinggi seperti mak juga.
"Itulah mak,...... baik2lah jangan selalu terkejut..jaga makan tu.Ina risaulah"Luahku bimbang.
"Hmm"Dengus mak perlahan sambil senyum sinis..
"Kalau dah sampai ajal Ina, satu detik pun tak tercepat atau terlambat"Ujar mak lagi.
Aku mengangguk perlahan.Apa yang mak sebutkan tadi adalah satu kebenaran yang tidak dapat di tolak.
"Tp yang mak risaukan bukanlah mati tu...tapi azab lepas tu.Tak tahu mak ni macam mana."Luah mak lagi.kali ini air matanya kelihatan di kelopak mata..Aku menghampiri mak.Dekat dan dekat.Rasa ingin memeluk mak.Tapi aku bertahan untuk seketika.Aku mengambil tangan mak dan menggenggamnya erat.Seperti mahu meluah segala kebimbangan kerana kerapuhan diri.Rapuhnya untuk memberitahu mak yg aku tidak sanggup kehilangan orang yang kusayangi...

"Baguslah kalau semua orang berfikir macam mak...Ina pun risau mak.Cumanya janganlah mak bimbang sangat.Ina yakin, Allah sayang mak..Lagipun kalau nak difikirkan risau,jangan kata mak yang dah berusia, orang2 lain tak kira muda atau tua ni pun sedang dan  sentiasa menunggu masa untuk dijemput"Jelasku perlahan menahan sebak.Aku mengesat air mata yang telah mengalir..

Entah kenapa, bila teringat soal mati..hilang rasa cita2 kepada dunia ini.Yang terbit, hanyalah rasa ketakutan yg amat sangat bila tiba waktu itu..Namun sebagai orang islam kita wajib percaya yang kematian itu semakin hampir bila usia kita meningkat.Dan tidak siapa mampu meneka hari kematian diri sendiri mahupun orang2 yang paling kita sayangi dalam dunia ini..

Dan pagi ini, apabila terdengar lagu daripada Opick bertajuk rapuh, terasa liriknya cukup2 menyentuh kalbu ini.Sehingga air mata  mengalir mengenang kerapuhan diri.Mengenang kekuatan yang tidak sempurna.Sering kalah dalam mengawal nafsu dan bisikan syaitan..

Ingatan2 menerjah kepada masa silamku.Dosa demi dosa terbayang di rongga ingatan.Membuat hati jadi benci setiap kali teringat."Bodoh..aku memang bodoh kerana sering membiarkan diri hanyut"Begitulah seringkali luah hati ini...

Sebenarnya, aku takut dgn apa yg sering dihadapkan kepadaku hari ini.Hiburan dan keseronokan terlalu mudah diperolehi.Semuanya tersedia di depan mata.Namun, aku bimbang jika keselesaan yang aku rasai hari ini membuat aku terlupa untuk mengingatiNya.Aku khuatir jika kenikmatan yang aku peroleh hari ini akan mengurangkan rasa bimbangku terhadap siksa kubur.Sedangkan aku masih di beri masa.Walaupun hanya untuk beberapa saat lagi....

Yang nyata, aku masih rapuh..Masih banyak dosa2 ku.Dalam keadaan sedar mahupun tidak ianya kulakukan jua..Dan bimbang ia terus terusan membelit jiwa menjadikan hati keras untuk kembali kepadaNya...

Aku terkenang kisah2 Rasulullah dan para sahabat.Mereka sering sahaja mengalirkan air mata takut kepada Allah dan hari2 pembalasan.Walhal kita tahu mereka adalah manusia yang mulia di mata Allah.Sedangkan kita pula, masih tidak pasti kedudukannya.Entah2 langsung tidak "dipandang" oleh Allah kerana kedegilan2 kita.Besarnya keangkuhan diri dari  mendekatkan diri kepadaNya.Sedangkan Allah sentiasa membuka jalan selebar2nya untuk hambaNya kembali kepadaNya...Tapi kita masih  berdegil.Kita lebih senang ketawa dan berseronok.Kita selalu terbuai dengan angan2 dan pujian.Sedangkan masa itu sedikit pun tidak menanti kita..Dan kita termasuk orang2 yang merugikan diri dan kalah dalam ujian yang di beri.Kitalah selemah2 manusia.Kitalah serapuh2 manusia itu jika kita selalu berpaling dari mengingati Allah..

Sedikit Kisah Abdul Malik anakanda kepada Umar bin Abd.Aziz untuk renungan bersama...

Abdul Malik sering berjaga malam.Dia sering bersolat dalam gelap sewaktu orang lain nyenyak tidur..Beliau membaca
"Bagaimana fikiranmu ( Wahai Muhammad )? Jika kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun2, kemudian mereka di datangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka, ( tentulah ) kesenangan yang mereka nikmati bertahun2 itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan "( maksud surah Al-Shua'ra ayt 205-207)

Abdul Malik membacanya sambil menangis berulang ulang kali dengan nada yg sayu dan menyayat hati.Kemudian dia mengulang lagi sehinggakan esakannya membangunkan sepupu yang sedang nyenyak tidur.

Segera sepupunya berkata  "Tiada tuhan melainkan Allah dan segala puji untuk Allah"Dan sebaik Abdul Malik mendengar sepupunya berkata demikian, dia lalu berhenti menangis..Kerana itulah, walaupun usia Abdul Malik ketika itu masih muda, namun kedudukannya sebaris dengan para ulama Sham pd zamannya...

Begitulah antara rentetan cerita anak2 muda di zaman dahulu.Sangat berbeza dengan umat2 nabi di zaman ini.Dan aku jua sangat risau dan kerisauan itu tidak pernah surut.Dan moga2 Allah mengurniakan aku agar lebih merasa risau daripada terus2 bergembira selalu...

Aku masih teringat saat2 mak meluah kebimbangannya.Dia sering mengulang ayat ini kepadaku...."Kita ni perempuan., nabi selalu kata perempuan tu banyaknya menjadi ahli neraka"..

Dan sememangnya, kita harus akur, cabaran kita terlalu sebagai perempuan sangat hebat dalam mengawal nafsu di dunia ini.Serba serbi mencabar jika kita tidak kuat.

Kadang2 bila sunyi aku terkenang akan keindahan syurga itu.Tapi syurga itu hanya ditempatkan untuk wanita2 dan lelaki2 yang sempurna amalan dan imannya.Syurga itu ditempatkan untuk orang2 yang dipilih Allah kerana besarnya sifat Ar-RahmanNya.

Hati kembali  jadi risau.Dan aku sering tertanya kepada diri, adakah aku boleh menjadi salah seorang dari ahli syurga?.Atau akukah yang akan bersama mereka2 yang ramai ke neraka....Nauzubillah..Tidak sanggup memikirkan

Cuma Cinta kepada Allah  dan pergantungan yang kuat diserahkan kepadaNya adalah  antara air yang menyiram api kebusukan, kecemburuan dan kecelaruan dunia.....Dan sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.Sedangkan manusia semakin rapuh dan rapuh.........
Rapuh dalam pegangannya
Rapuh dalam pergantungannya..
Wallahua'lam...

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Hidup adalah pasti! Setiap orang bukan saja mesti mati malah merasai betapa sakitnya mati itu. كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ) Surah ALAnkabut:57 Bila menyebut tentang mati terdapat dalam Surah AliImran:102 ...وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
    bahawa jangan sekali2 kita mati melainkan pasti bersedia dlm keadaan Islam. SubhanAllah berapa byklah kita sudah kumpulkan AlQuran dan Hadis sebagai panduan hidup kita sebelum kita menyesal tidak kesudahan. Sebagaimana dlm suatu hadis Rasulullah saw dari Ibnu Mas`ud,`Tidaklah seseorang itu ditanya dari dirinya melainkan AlQuran, maka jika Ia kasih akan AlQuran maka sesungguhnya Ia kasih akan Allah, dan jika Ia telah genggam akan AlQuran, maka sesungguhnya Ia telah menggenggam Allah dan RasulNya` petikan dari kitab Pimpinan ArRahman dan Pimpinan Syaitan oleh Ibnu Taimiah. Wallahualam

    ReplyDelete