Friday, June 24, 2011

Pakaian kita , wajah kita




"Laa..kenapa tak pakai baju lagi ni?"Tanya saya kepada Azwa.Geram juga bila melihat dia masih bermain-main dengan tualanya.Sedangkan agak lama saya tinggalkan dia untuk memakai bajunya sendiri.

Dia tidak menjawab.Sebaliknya menggeleng kepalanya.

"Mari sini mama pakaikan"Saya tarik tangannya menghampiri saya.

"Tak nak...malu la mama"

"Kenapa?"Tanya saya menguji.

"baju tu "tak malu" la mama."Ujar Azwa bersungguh-sungguh sambil menunding baju gaun yang saya pegang.


Saya mengeluh nafas panjang.Lucu juga melihatkan keletah Azwa sambil menggosok2 belakangnya...

Memang saya  perasan sejak akhir-akhir ini Azwa enggan kalau diminta mengenakan gaun.Lagi-lagi kalau gaunnya singkat dan terdedah pada bahagian atas.

Saya tidak pasti dari mana  dia mendapat ilham itu.Tapi yang pasti, gaunnya sudah banyak yang saya simpan dalam laci.Tidak saya keluarkan lagi sehingga sekarang.

Apalagi sekarang ini, dia sudah pandai mengomel.Menjuih bibir semacam benci bila melihat orang lain berpakaian seksi.Perkataan biasa yang dilontarkan adalah sepert ini..

"Eee tak malu..pakai baju tak betul"

Begitu juga, setiap kali hendak keluar rumah, dia sudah pandai mencari tudung dan akan minta saya pakaikan untuknya.Sedangkan selama ini saya tidaklah terlalu "strict" memakaikan dia tudung setiap kali keluar rumah.

Tapi kesungguhannya akhir-akhir ini membuat saya rasa  yang Azwa semakin bijak membuat pilihan dalam etika berpakaian.Mugkin ini adalah langkah pertama dia untuk memahami tentang penampilan diri sebagai seorang islam.Mungkin sahaja...kerana Azwa baru 4tahun untuk memahami.Dan pastinya ia terlalu awal untuk menilai.

Namun dalam hati, saya gembira dengan keadaan ini..Syukur kerana inilah pandangan pertama anak saya sebelum bertemu dgn dunia luar yang lebih mencabar...Moga-moga Allah melindungi kami dari fitnah dunia yang semakin hebat ini..

***
Berbanding dengan keadaan saya dahulu, saya memang agak culas berpakaian mengikut syariat islam..

Saya cuba lari dari mengingati yang saya seorang muslimah yag perlu menjaga aurat seperti dalam tuntutan Islam.Saya menganggap saya belum cukup sempurna dalam banyak hal berkaitan agama suci ini.Kerana itu saya tidak ambil pusing sangat dalam bab2 berpakaian yang sempurna mengikut syariat islam...

Malah saya sering kaitkan jika mereka yg bertudung litup itu adalah seorang yang agak ketinggalan.Tak mungkin saya akan berpenampilan sebegitu walaupun bila saya dah tua.

Betapa jahilnya saya ketika itu.....

Lama saya tesasar dengan dunia saya yang tidak menentuTapi kebahagiaan bukan juga milik saya.Banyak kenangan pahit yang saya tidak mahu ingat lagi ketika zaman kegelapan saya dulu...

Sehinggalah bila  saya berkahwin, barulah saya faham dan belajar tentang penjagaan aurat yg sebenar.Rupanya banyak kesilapan atau salah tafsir saya tentang pemakaian dalam islam ini.

Setelah tahu dan "ambil tahu"....Saya tidak memulakan dengan perlahan seperti kebanyakan orang lakukan, tapi perubahan saya agak drastik.Sehingga menimbulkan rasa hairan kepada orang sekeliling saya..Tapi saya tidak kisah.Asalkan hati saya tenang dan merasa lebih aman dengan "pakaian" yang "baru" ini.Apapun tanggapan orang saya anggap ia sebagai cabaran.

Dan sehingga sekarang saya masih dengan imej ini...Alhamdulillah...Cuma seperti kebiasaan, pekara yang baik selalunya memang ada dugaannya....Tapi saya tanamkan dalam diri, biarlah..biarlah....saya lakukan semua ini kerana Allah bukan sebab lain.Bukan untuk mengatakan saya baik, saya wanita solehah...


Tidak..tidak..saya hanya hamba Allah yang masih banyak kekurangan.Tapi saya sudah nekad untuk melakukannya.Untuk membuktikan yang saya ini hamba bukan sesiapa...Itulah yang ada pada benak saya dulu dan sehingga sekarang....

Kadang-kadang untuk menepis kata-kata negatif atau pandangan sinis, saya bisikkan pula dalam hati..."Ya Allah, semua ini aku lakukan keranMu ya Allah..maka cetuskanlah sedikit kekuatan dalam diri ini Ya Allah" .Itulah doa kerdil saya agar Allah sentiasa memberi saya kekuatan...

Ternyata ia tidak mudah yang disangka.Perubahan yang saya lakukan ke atas diri bukan sahaja perubahan hanya dari segi fizikal, malah mental saya juga perlu di"kebalkan"...


Kerana saya ingat dari mana saya datang.Dari keadaan apa saya bermula....

Jadi tohmahan sedikit sebanyak menerjah juga ke cuping telinga..

Saya akui saya  tidak tinggi ilmu dalam agama.Masih banyak kurang di mana2.Tetapi saya masih seorang muslimah.Suruhan Allah tetap menjadi keutamaan dalam hidup.Bukan fesyen arus semasa yang membenarkan perasaan riak, ujub dan sebagainya menguasai diri.Walaupun mungkin dulu ianya adalah kegilaan saya tapi tidak sekali-kali pada hari ini...Itulah azam dan tekad saya setiap kali.


Kerana itu saya terfikir untuk meluah rasa dalam entri yang berjudul "pakaian kita adalah wajah kita"..
Saya ingin kongsikan sedikit tentang apa yang saya lalui dan tahu...

Saya  yakin, kebanyakan wanita muslim sudah tahu bahawa aurat wanita muslim itu meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Tapi dalam bab meng"aplikasikan" dalam kehidupan seharian ramai yang culas melaksanakan.Atau terlepas pandang akan kesempurnaan mengikuti suruhan ini.

Alasan biasa, "aku tak perfect"..."aku bukan ustazah"

Itu "standard" jawapan yang ada dalam pemikiran saya suatu ketika dulu.....

Dari seluar geans ke pakaian litup..
Saya dulu penggemar pakaian moden.Pendek kata. saya memang pengikut fesyen arus semasa.Alat solek memang tidak pernah lepas dari wajah setiap kali hendak keluar rumah. Terutama setelah saya memasuki alam pekerjaan...


Namun, Saya tidak pasti keinginan saya yang sebenar.Kerana pada masa itu, saya masih tidak suka menjadi bahan usikan atau siulan  kaum2 adam terhadap saya dan rakan-rakan..Seolah2 mereka tiada perasaan hormat kepada kami....

Tapi saya tetap tidak mahu membataskan diri dalam berfesyen.Saya tetap dengan pendirian saya..

Kerana itu,bila saya ingat2 kembali, saya rasa rugi.Rugi yang teramat sangat...Kerana aurat saya telah dilihat banyak orang.Malah masih ada gambar-gambar yang tidak bertudung rasanya ada dalam simpanan kawan-kawan yang mungkin sahaja boleh dilihat sesiapa...

Saya kesal....sehingga saya benci bila mengingati semuanya...

Tapi saya sedar, saya manusia biasa.Saya pernah melakukan kesilapan dan saya harus bertaubat......Itulah pujukan buat diri saya...

Kini, saya selesa dengan imej ini.Walau ada yang mengharap lebih daripada saya...tapi saya lakukan setakat termampu...

ilmu bukan segalanya....

Dulu anggapan saya, kalau ilmu sedikit biarlah biasa2 sahaja.Yang bertudung labuh hanya layak untuk seorang "ustazah"

Tapi kebenarannya...ilmu bukan segalanya tapi ilmu itu tetap penting...dan kita mesti tidak jemu mencari dan belajar..

Namun,kalau punya ilmu setinggi gunung, tapi kita gagal menawan nafsu sendiri...jadilah kita orang yang gagal.Tapi bila kita punya sedikit ilmu yang bermanfaat, tapi sentiasa berusaha menawan nafsu..kita boleh "menang "asal kuat pergantungan kepada Allah.

Saya khuatir sebenarnya.

saya selalu mengeluh sendirian...

Khuatir dengan pendedahan pemakaian wanita islam hari iniTerlalu banyak yang mengelirukan.Saya risau anak2 kecil akan tersalah ambil.Yang kurang ilmu akan terpesong daripada kebenaran....

Kerana saya lihat, ada ramai muslimah yang berilmu tinggi tapi gagal berpakaian mengikut etika islam.Walaupun menutup aurat pada zahirnya, tapi masih memperlihatkan tabaruj dalam dirinya.Masih mengenakan solekan pada wajahnya...Sedangkan muslimah itu sudah cukup cantik tanpa solekan..

Ada "ustazah" moden hari ini yang arif tentang agama, tapi tesasar dalam menangani nafsu sendiri...Sungguh sedih rasanya..Rasa kesal dengan keadaan ini..

The true beauty...

Saya sebanarnya lebih sukakan wanita yang tidak bersolek.Selain menunjukkan ketaatan kepada pencipta, mereka tidak perlu berpura-pura.Tidak pula membiarkan diri berselindung disebalik pembohongan kosmetik...

Imej "pucat" masih cantik jika kita melihat dalamannnya juga...Asalkan kemas, bersih, tentu sahaja ada kedamaian bila memandangnya.Hati budi juga memainkan peranan penting dalam menentukan kecantikan dalam diri seorang wanita itu....Bukan hanya luaran saya rasa...

Malah saya rasa lebih tenang bila melihat wanita yang biasa biasa dalam ilmu agama, tapi merendah diri dalam berpakaian.Terasa ketaatan sebagai hamba itu mengalir dalam dirinya..

Kerana itu dalam hal berpakaian, ianya bukan hanya sekadar untuk menutup tubuh tapi menunjukkan wajah kita yang sebenar.Dalam eti kata lain menunjukkan siapa diri kita dan bagaimana kita mengawalnya.Bukan mudah melaksanakannya.Kita sentiasa selalu tabah berperang dengan nafsu setiap hari.

Seperti saya, saya kurang kawan yang boleh sama2 mengingatkan saya.Tapi semestinya itu bukan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik...Wallahua'alam..

 



.

4 comments:

  1. Assalamualaikum PN Haslina
    Saya ingatkan sudah berhenti menulis.
    Teruskan tulisan2 yg menarik ini.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam...
    terima kasih atas skgn...

    ReplyDelete
  3. sy bersyukur, suami selalu tegur tentang pakaian... alhamdulillah, sy cuba perbaiki

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah saya juga sedang berusaha utk islahkan diri saya ke jalan agama..sesungguhnya hanya dalam agama bawa kejayaan dunia dn akhirat..

    ReplyDelete