Thursday, February 18, 2010

Anugerah Terindah

 "Tak tahan la rasa sejak akhir2 megandung ni, seluruh badan gatal2.tengok ni..habis..."Kata adik perempuanku Shida sambil menggaru2 lengannya.Aku memandang bekas tempat yang digaru.Memang agak teruk.Dah hampir melecet.Parut2 jelas kelihatan pada kulitnya yg putih kemerahan itu.

"Sabarlah..sapu ubat ni, jangan garu"Balas aku sambil menghulurkan minyak kepadanya.

Shida menyambutnya malas.Mulutnya masih muncung..
"Orang lain mengandung tak susah macam ni kan?Tengok suhaila tu mengandung, melahirkan senang je"Rungut Shida lagi.Aku menggeleng kepala.

"Darah hb dia tinggi aje,biasa 11 atau 12%, kita ni dari awal sampai dah dekat nak bersalin pun, darah tak naik..still 8-9%je"Rungut Shida lagi.

Aku faham keadaan Shida.Dia terlalu risau kerana kandungan sel darah merahnya sentiasa rendah sepanjang tempoh kehamilannya.Sudah bermacam usaha yg adik lakukan seperti mengambil pil vitamin yg dibekalkan doktor, mengambil makanan yg tinggi zat besi, namun keberhasilannya sama sahaja

Aku sebenarnya sewaktu mengandung dahulu, juga turut mengalami pekara yg sama, tapi alhamdulillah kndgn hemoglobin meningkat sewaktu beberapa bulan terakhir sebelum bersalin.Tapi berbeza dgn Shida..Mungkin itulah yg menjadi penambah kepada kerisauannya.

Bagi yg pernah mengandung, tentu faham tentang kepentingan untuk mempunyai sel darah merah yg tinggi dlm darah.Sekiranya kurang darah merah, maka mudah untuk terjadinya tumpah darah saat melahirkan.Risiko  bersalin awal ( bayi pramatang) adalah tinggi. Dan lebih teruk lagi jika menyebabkan kematian bayi dlm kandungan dan boleh meragut nyawa ibu sekali.

Memang menjadi wanita yg mengandung , ini pekara biasa yg dirisaukan.Aku juga takut terutama bila mengingatkan saat  melahirkan anak.Kesakitannya hanya Allah sahaja yang tahu.Perasaan takut, gembira, sedih bercampur baur ketika itu.Belum ditambah lagi dgn keletihan yang dialami sepanjang waktu hamil.

Alahan yang teruk.
Aku antara ibu yang mengalami alahan yg sangat teruk sewaktu mengandung sehingga keadaan  memaksa aku untuk berhenti kerja.Bayangkan, setiap makanan yg masuk ke mulut pasti akan keluar balik.Pernah suatu ketika, aku muntah sampai 20kali sehingga aku ditahan di wad akibat dehidrasi ( kurang cairan dalam tubuh ).Alahan juga berterusan sehingga sehari sebelum bersalin.Cuma mungkin agak berkurangan.Dan biasanya aku hanya muntah diwaktu pagi sahaja ketika kadungan mencecah 7bulan ke atas..Namun rasa loya kekal  sehingga waktu melahirkan.

Sudah letih juga rasanya mengeluh.Apatah lagi keadaan ini yg menyebabkan aku berhenti kerja.Namun, kepada suami, tempat aku mengadu dan meluah rasa.Selain setiap malam memanjatkan doa agar dikurangkan kepayahan dalam tempoh hamil ini.

"Sabar sayang... ini semua dugaan."Begitulah selalu nasihat suami.Bayangkan, kadang2 setiap kali suami pulang dari kerja, aku akan menangis kerana kadang2 tidak sabar menghadapinya.Sedangkan suami lebih sabar dari aku.Manakan tidak, ekoran alahan yg sangat teruk, aku terpaksa tinggal di kampung sampai kandungan mencecah 7 bulan.Suami pula ditinggalkan sendirian tanpa ada yg menjaga makan minum dan pakainya.

Aku berhenti mengeluh kemudiannya kerana merasa itu perbuatan yg sangat sia2 dan dibenci Allah.Itu beerti kita tidak redha dengan takdir Allah.Namun pengalaman itu aku masih ingat dan masih segar dalam ingatan.Kerana itu, aku banyakkan berzikir sepanjang mengandung shgga saat2 Azwa dilahirkan.Dan antara doa yg aku amalkan adalah dari surah Al-Imran ayat 8-9 dan ayat 38.Juga doa dari Surah Ibrahim ayat 40-41.

Dugaan Diri..
Keadaan aku sewaktu itu seolah benar2 berehat selama setahun.Tiada apa yg aku buat selain menghabiskan masa di rumah.Keadaan benar2 menguji  keimanan dalam diri...

Aku tahu dan sedar, keadaan orang mengandung dan melahirkan ada macam2 cerita.Ada yg kita dengar lebih teruk keadaannya, namun tidak kurang yang bernasib baik jika mengalami alahan yg biasa2 atau tidak alah langsung.Syukurlah..bahagian masing2.Allah yang menetukan segalanya..

Cuma  aku sewaktu itu  lebih kepada berfikiran negatif dan tidak sabar..Setiap hari aku menyalahkan diri dengan keadaan yg cukup menyusahkan orang2 sekelilingku.
Tapi itulah..
Pekara dah berlepas dan aku selalu ingin belajar dari kesilapan.....

"Jangan asyik mengeluh tak baik, banyakkan beristighfar."Aku meneruskan kata2 nasihat sambil bercerita tentang keadaan aku yang teruk sewaktu mengandung dan melahirkan.Shidah mengangguk faham.Kulihat dia sudah mampu tersenyum sedikit sambil bersitighfar perlahan.

"Yang penting sekarang ni, jaga kesihatan..masalah susah atau tidak itu dah jadi ujian buat kita, mana tahu Allah beri kita susah sewaktu mengandung dan melahirkan..tapi bila anak kita membesar, dia jadi anak yang soleh solehah, jadi anak yg bijak dan membanggakan..mana tahu ?"Kata aku panjang lebar.Kulihat suami mengerling ke arah aku sambil senyum.

Anugerah terindah
Sebenarnya jika kita tahu betapa indahnya saat menjadi ibu, tentu saja segala kesakitan dan keadaan teruk yang kita alami sepanjang kehamilan akan lenyap dengan sekelip mata.Apalagi takala melihat si anak lahir dengan keadaan sihat.

Tercatat dalam Al-Quran tentang keadaan ibu yang serba payah demi untuk mandapatkan zuriat yang disayangi.Kerana itu ganjaran besar juga diperolehi ibu2 ini.

Firman Allah SWT (31:14):


وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertimpa-timpa dan menyusukan dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembali"

Dan betapa pahala syahid akan diraih oleh kita kaum muslimah sekiranya meninggal ketika melahirkan.Subhanallah...Dalam sepotong hadis ada menyebutkan.,Sabda Rasulullahi SAW:

وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ. رواه مالك وأحمد وأبو داود وغيرهم

"Wanita yang meninggal kerana mengandung adalah syahid (orang yang mati syahid). H.R Malik, Ahmad, Abu Daud dll. Disahihkan oleh Albani.


Perjuangan menjadi ibu juga tidak pernah akan berakhir selagi belum menutup mata.Tidak pernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan.Kerana zuriat yang dilahirkan adalah amanah Allah yg sangat tidak ternilai harganya.Bayangkan.sekian banyak hamba di muka bumi ini, kita terpilih menjadi ibu yang mampu melahirkan zuriat sedangkan ada ibu2 yang tidak berpeluang untuk memilikinya.

Begitu banyak sebenarnya  pengorbanan yg ibu2 perlu lalui.Kesakitan demi kesakitan, kasabaran demi kesabaran..demi untuk melahirkan, menyusu dan membesarkan anak..dan pengalaman ini hanya dirasai oleh kita yg bernama wanita..

"Sebab itu anak yang dilahirkan..bukan untuk disia2kan..Didik anak dengan ajaran Islam yg sempurna."Ujarku lagi mengakhiri perbualan.Shida tersenyum lagi...

Dan kini,  aku masih teringin untuk melahirkan zuriat lagi untuk suamiku tapi nampaknya belum rezeki lagi.Apatah lagi, baru2 ini aku diuji dgn keguguran.Namun, seperti yg aku kata, aku harus redha dengan takdir.Dan percaya akan ketentuan Qada' dan Qadar Allah..

Aku memandang emak ketika itu..Mak yang dari tadi mengikuti perbualan kami dari jauh tersenyum memandang kerenah anak2nya...Mak sekarang sudah jadi nenek.Aku dan adik perempuanku juga akan bergelar dengan gelaran yg sama juga jika ditakdirkan umur kami panjang.

Sememangnya, Anugerah menjadi seorang ibu adalah  anugerah yang sangat indah buatku.Dan aku percaya ibu2 yang lain juga sama.Kepenatan seolah2 hilang bila melihat anak yang dilahirkan membesar di depan mata.Sungguh.. ibu mana yg tidak mahu anaknya berjaya dunia akhirat.Cumanya, kita perlu menjadi muslimah yang bersemangat dan tabah demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan yang boleh diharap untuk menjadi pewaris negara....Wallahu'alam..

Sebuah perkongsian yg tidak seberapa..

4 comments:

  1. sesungguhnya, anugerah menjadi seorang ibu itu adalah anugerah terindah buat seorang wanita bergelar isteri kerana tidak semua orang yang diaugerahkan anugerah sedemikian

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    ni 1st tyme fifah baca blog akak, sgt bermanfaat rasanya. harap dapat jd blogger yg mantap macam akak, luahan lahir dari hati sehingga menyentuh hati ini.. syukur pada ALLAH.

    ReplyDelete
  3. salam..

    betul sy stuju.Semoga mereka yg belum dikurniakan anak akan terus berdoa dan tidak jemu berusaha.Dan yg penting redha atas takdir.

    Sy pun br sorang je..tertunggu2 jg yg seterusnya,tp blm ada rezeki lagi..

    ReplyDelete
  4. Salam fiefah..

    Segala yg akak tulis adalh luahan dari hati.Dan untuk memudahkan diri untuk menulis, biarlah ekikhlasan itu ada.

    Dan yg baik itu sesungguhnya dari Allah dan yang buruk itu daripada akak & kelemahan diri akak sendiri.

    Semoga adik dpt menulis dgn ketelusan hati.Gud luck utk adik ye..

    ReplyDelete