Sunday, March 7, 2010

Sabar itu indah


 "Ina..bila nak kerja ni, takkan nak duduk rumah je?"Begitulah lebih kurang kata2 seorang  teman yg pada aku lebih kepada satu sindiran.
Aku membalas dengan senyuman yang sedikit hambar..
"Macam mana nak kerja kak, suami tak bagi.."Balas aku dengan nada sedikit mengeluh.
"Hmm..kalau dah macam tu, duduk ajelah rumah buat anak ramai2.Baru berbaloi"Sambung rakan kemudian sambil ketawa.Aku juga turut ketawa kecil untuk mengelakkan ada ketegangan antara kami.Namun, dalam hati Allah sahaja yg tahu betapa hati rasa terguris takala mendengar kata2 itu.

Di hari yg lain pula..
"Bila nak kerja ni Ina, mak tu dahlah orang susah, harap anak bantu tapi dia pula tak nak kerja"Kata seorang saudara baru2 ini.

"Entah..buat apa belajar, kalau nak duduk di rumah je?"Sambung yang lain pula..
Dan seperti biasa aku diam dan tersenyum tawar.Balik2 yang aku beritahu kepada mereka, suami yg  tidak membenarkan.Walaupun sebenarnya jawapan yg kuberi seringkali tidak memuaskan hati mereka, tapi selalunya itulah jawapan yg tersedia dlm kepala yg mampu ku beri untuk membela diri.

Sebenarnya, bukan baru2 ini shj aku diajukan soalan2 seumpama ini.Baik dari kalangan rakan2 mahupun daripada saudara mara.Malah telinga seolah sudah lali mendengar sindiran2 ini.Dan aku akui, aku bukanlah sekuat mana untuk menelan kata2 seperti ini.Apatah lagi jika kata2 itu menggambarkan yang aku sebenarnya seperti tidak mendatangkan apa2 kepada suami dan keluarga.Kerana jika tidak membantu keluarga dan suami dari segi kewangan, mereka menganggap aku sebagai tidak lebih dari membuang masa.

Aku sungguh tertekan adakalanya.
Tapi aku tahu aku mesti bersabar..

Ya.Sabar....
Perkataan memang mudah disebutkan, tapi setakat mana ia boleh dipertahankan?

Dan kalau boleh memang benar2 aku ingin  katakan begini, aku memang ingin bekerja.kerana dari sekolah dulu aku memang suka bekerja.Tapi bila sudah begelar isteri, suami pula tidak membenarkan atas beberapa faktor seperti kesihatan diri yang selalu terganggu.Lagi pula, suami lebih suka aku di rumah menjaga dan  menyusukan anaknya sendiri.Dan untuk mengurangkan rasa bersalah aku kepada keluarga, suami memperuntukkan sejumlah wang untuk dikirim setiap bulan kepada kedua orang tua ku yg sgt memerlukan.

Jadi, atas alasan apa yg aku ada untuk  membantah kehendak suami yang hny menginginkan yang terbaik untuk keluarganya?Justeru, perlukah aku menderhakai suami hanya kerana menurutkan kehendak bekerja dan memiliki harta sendiri walaupun impian itu setinggi langit??Wajarkah aku?

Manakala tentang persoalan anak, segala2nya aku serahkan kepada Allah.Malah aku juga seperti wanita2 lain yg ingin memiliki anak yang ramai, tapi sekiranya bukan rezeki buat aku dan suami, kami redha.kami tidak kisah kalau sudah itu ketentuannya.

Tapi lidah selalu kelu dan tidak berdaya untuk berkata.Hanya senyuman pahit yg seringkali terukir demi menjaga hati2 mereka apatah lagi jika yg bertanya adalah orang yg lebih tua.Yang mampu kulakukan acapkali ialah penyerahan bulat kepada Allah.Kerana.hanya dia yang mengetahui segala2nya....

**

"Adik..tudung yang labuh sikit ada tak?"Tanya aku kepada seorang jurujual beberapa hari yg lalu.
"Tudung labuh?Tak ada kak..orang sekarang dah tak nak pakai tudung labuh lagi, kurang sambutan sebab tu sy tak jual"Ujar jurujual sambil tesenyum sinis.
"Ambil yang ni jelah kak, yang ni pun boleh tutup aurat apa, lagipun ni fesyen terbaru "Ujar hamba Allah ini lagi.
"Tak apalah dik, kalau tak ada tak apa.."Aku menolak perlahan dalam nada yg lembut.Dalam hati, mungkin ada benarnya kata jurujual ini, tapi tak mengapalah.
Jurujual tadi terus memasamkan muka sambil mulut terkumat kamit membicarakan sesuatu kepada rakannya.Kulihat rakannya ketawa kecil sambil memandang ke arah aku dari atas ke bawah..

Sebenarnya, aku tidak pasti apa kata2 yang dibisikkan.Tapi terus terang aku sedikit terasa dengan perbuatan itu.Mungkin, aku orangnya jenis yang cepat terasa tapi aku jarang mengenakan orang balik.Segala2 aku simpan dalam hati.

Aku tahu, pakaian dan tudung yang dijual sekarang memang cantik2.Tapi malangnya, kebanyakan fesyen baju2 itu memang kurang sempurna untuk menutup tubuh mengikut syariat agama.Jadi agak sukar membuat pilihan.Rata2 kedai yang ku cari tidak menyediakan pakaian dan tudung2 yang aku inginkan.

Mungkin benarlah kata jurujual itu, jubah2 atau tudung labuh yang lebih nampak sopan sangat kurang sambutannya.Kalau adapun hanya terdapat di kedai2 yang menjual telekung dan peralatan2 untuk menunaikan haji.Itupun dengan harga yang boleh tahan mahalnya.

Tapi sebolehnya, itu bukanlah alasan yg wajar untuk tidak mentaati perintah Allah.

 ***
Sebenarnya, beberapa tahun kebelakangan ini, aku memang mahu berubah.Tapi terlalu susah.Banyak rintangan yang aku lalui.Belum lagi dengan sindiran2 yang melukakan hati yang aku tidak mahu ingati lagi.Tapi aku ingin selalu sabar..

"Sabarlah sayang..jangan peduli kata2 orang, lagipun tidak penting pandangan manusia kepada kita, tapi pandangan Allah yang lebih baik"Begitulah kata2 suami setiap kali diadu.Dan kata2 ini selalu buat hati sedikit lega.

Aku sedar, banyak pekara yang aku perlu korbankan untuk menjadi hamba yg taat.Pertamanya, dan yg sangat berat buatku adalah takala melawan nafsu.Bukan mudah kerana aku dilahirkan sebagai wanita.Dan fitrah wanita itu sukakan kecantikan.

Aku akui aku jua tidak terlepas dari keinginan2 untuk tampil cantik, bergaya dan serba ada di hadapan orang.Aku akui aku inginkan semua itu.Tapi aku harus bersabar kerana suami tidak mungkin menyediakan segala kehendakku yang tinggi menggunung ini apatah lagi kerana ia sangat jauh dari piawaian pakaian dlm Islam..Dan apabila melihat wanita2 cantik di kaca2 TV, majalah dan disekeliling, membuat hati teruja.Dalam hati kecil, ada sedikit perasaan kagum.Tapi aku sudah nekad untuk berubah.Jadi aku perlu buang perasaan itu jauh2.Aku perlu tepis dan tidak mahu dihanyutkan lagi dengan angan2 yang menipu..

Memang benar,
Kalau dulu, aku bebas memilih apa jua jenis fesyen pakaian yg aku suka,yg paling up to date.. tapi kini aku mahu berusaha sebolehmungkin untuk merelakan dengan pakaian yg biasa2 asal dapat menutup aurat dan mengurangkan tabbaruj..

Kalau dulu, aku punya ramai kawan dan aku bebas bergaul dengan lelaki dan perempuan, tapi sekarang..aku hanya dirumah.Aku tidak punya ramai kawan.Dan selalu rasa kesunyian.

Kalau dulu, pendapat dan minat aku dan rakan2 selalu sama dan kami enjoy dengan cara kami, tapi kini kebanyakan pendapatku disangkal kerana mereka menyangka aku sengaja tunjuk baik...perasan diri bagus..

Memang segala2nya aku rasa begitu asing daripada kebiasaan,

Ya Allah...
Aku akui aku memang tidak kuat.
Apatah lagi untuk melawan kehendak2 diri..
Keadaan sekeliling dan apa yang aku sering dihadapkan
Benar2 menguji keadaan iman yg tidak sekuat mana..

Namun, pergantungan yang kuat kuserahkan kepadamu jua...

Aku mengaku,
Adakala diri ini terbabas juga dalam perbuatan dan kata2,
Namun hati tidak pernah rela membiarkan kesalahan itu....

Sabar itu indah
Namun disebalik segalanya, kesabaran itu sungguh indah jika kita benar2 tahu keberuntungan orang2 yang bersifat sabar.menurut firman Allah dalam al-Quran;

"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" Surah Ali-Imran ayat 120


"Dan besabarlah..sesungguhnya Allah beserta orang2 yang sabar."Surah al-Anfal ayat 46


"Dan Allah menyukai orang2 yang sabar"Surah Ali imran ayat 146


Sebenarnya banyak lagi firman2 Allah tentang kesabaran.Dan setiap kali membacanya, hati merasa ada kelegaan yang begitu nyaman.Walaupun apa yg sering aku berdepan adalah pekara yg tidak seberapa, namun kekuatan itu aku masih perlukan untuk meneruskan hidup ini.

Dan  hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati..justeru, hari akhirat itulah yg lebih utama...
 ****
Aku selalu menggumi wanita2 solehah diluar sana yg mampu mengawal gejolak nafsu mereka.Tapi bilangan mereka sangat kecil dan sukar dicari.Aku mahukan" role model" untuk menjadi penguat sesama sendiri.Tapi aku selalu kebuntuan.Yang paling kusedihkan, beberapa muslimah yang aku ingin jadi seperti mereka telah mula berubah sedikit demi sedikit.Dan mereka kulihat semakin hanyut dibawa arus fesyen dan trend masa kini.

Ya Allah..aku selalu berasa kesunyian,
Selain keranaMu, hanya suami dan anaklah yang menjadi kekuatan diri.
Mak dan abah juga...

Dan pendekatan yang aku ada untuk menyemai sifat sabar, tidak lain bila membaca kisah2 kesabaran Nabi S.A.W, isteri2 baginda dan sahabat2.Mereka sangat hebat!!Aku jua mengagumi pejuang2 Islam yang bersungguh2 melawan musuh Islam, menegakkan agama semata2 kerana Allah pada hari ini.Mereka jg hebat!!sungguh hebat!!
Kerana mereka orang2 yang sabar...

Sabar bila dikeji,
Sabar bila dihina, difitnah,
Sabar melawan musuh,
Walau terpaksa bergelut dengan air mata dan darah,


Hati mereka tidak pernah terusik,
tidak gentar,
Tidak pernah berubah pendiriannya,
Umpama batu karang di tengah lautan,
Tidak berubah walau dipukul ombak dan gelombang yg bergulung2..

Kerana hidup dan mati mereka
Tidak lain mengharap keredhaan Allah..


Wallahualam...

Hanya bingkisan hati dr seorang wanita dan isteri.

17 comments:

  1. Salam..
    k.ina..sdih bc entryni..lbh kurang smje kt..tp inila hakikatnya..bkn semua org ble trima perubahan..terutama ke arah kebaikan..dan bkn mudah jg memuaskan semua hati org..cm mahu mencari ketidaksempurnaan kt sdgkan dr mreka jg blum tntu sempurna..utk mendpt keredhaan Allah..bkn mudah..tp 1 je kt kn sabar..krn sabar itu sebahagian dr iman..truskan berdoa smg Allah tetapkan iman kita..tabah menempuh sgala dugaan drNya..ketepikan ckp2 manusia krn yg kt semua sma cm yg membezakan antra kt adalah seteguh mn iman dan ketakwaan kt kpd Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. saya terkesan dgn kata2 ni..."bila nak keje, mak tu dah la org susah, dia pulak tak nak keje"

    itulah conflict wanita zaman sekrang..apa pun u beruntung suami mahu perutukan duit utk mertua.apa yg u sedih lagi?

    nanti kalo bkawin saya pun mahu resign keje jika suami sanggup budget sikit utk my parents - SERI

    ReplyDelete
  3. salam Ida,
    Terima kasih atas nasihat.Kak Ina hargai sepenuhnya...
    Ida da chat ye??
    Haslina

    ReplyDelete
  4. Salam seri..

    Alahamdulillah suami cukup memahamikeadaan keluarga sy yg serba kekurangan.

    Cuma, yg sy sedih tu bila selalu sgt dengar ckp2 orang yg negatif pd sy.Dan sy tak mampu nak luahkan ketidakpuasan sy itu.Atau mungkin jg kerana sy ini mmg jenis yg cepat terasa..

    Tapi apapun sy tlh memaafkan mrk.

    BTW betul ke Seri nak resign klau suami sggp tlg keluarga?Dah bersedia utk jadi suri rumahtangga sepenuh ms ye?Baguslah tu, impian yg ptt dipuji.

    Jrg wanita zmn skrg berfikiran mcm tu.kebanyakan mrk suka mmndg rendh kpd gol.suri rmah spt sy..dan mahu mncr lebih lagi dlm mengejar harta dunia.

    Sy dulu pn, agak sukar unk menyesuaikan diri dgn keadaan tak bekerja.Sbb sy jenis yg tak suka duk rumah.Keinginan sy dgn Seri lain agaknya.Sy berangan nak jd isteri yg bekerjaya, punya duit hasil titik pluh sndiri dn mmbli brg2 yg sy idam2kan slm ini dgn duit sndiri.

    Tp itulah, takdir Allah itu lebih baik dan sy redha terima semua ini..Itulah sbbnya, sy perlu lebih menyemai sifat sabar yang sebenarnya indah ini.Kerana hidup ini bukanlah lama, klau bersedih sbb pekara dunia, kitalah yg rugi sebenarnya...Wallahu'alam..

    Haslina

    ReplyDelete
  5. Anyway, sy juga sebenarnya "respect"kpd wanita2 yg bekerja utk membantu meringankan beban suami dan bekerja di atas keizinan suami.Mereka sggp melawan rs penat demi membantu suami..Mereka wanita yg hebat bg sy..

    ReplyDelete
  6. Salam Haslina Mohamad,

    Sy rasa sy dh melalui apa yg awk lalui..tetapi semua cabaran itu bersifat sementara, (tahun2 pertama after resign je) suatu waktu awk akn temui keadaan di mana awk tidak lagi "kisah" dgn tiap apa pun perkataan yg org lain ucapkan.

    Alhamdulillah setelah 10 thn berlalu, "soalan2" berbaur negatif spt itu bertukar jd sebaliknya...awk akan dgr pula mcm ni..
    "bestnya awak duduk rumah, sy jelous la dgn awak, boleh relax2 tiap hari".
    So, just ignore tiap apa yg org kata & simpan kewangan dgn sempurna.

    Maaf menerjah blog awak. Salam perkenalan dr saya... Miss Mirror.

    ReplyDelete
  7. Salam Miss Mirror..

    Alhamdulillah..sy setuju 100%.

    Sy sepatutnya lebih fikir begini, biarlah apa orang nak fikir janji sy tahu sy buat yg betul..Insyaallah..moga Allah mmbr sy kekuatan..

    Salam kenal juga.Jgn jemu kembali..:-)
    Haslina

    ReplyDelete
  8. salam kak,

    moga terus tabah..Allah bersama2 dgn orang yg berusaha memperbaiki diri :)

    saya sekarang pun tak kerja..sebelum ni kerja swasta, gaji mmg dah kira banyak (bagi sayalah). sebelum kahwin saya berhenti sebab tmpt jauh dgn suami dan lain2 sbb.. memang kadang2 rasa menyesal pula berhenti. tapi suami saya pun lebih suka saya tak kerja. sekarang ni dia izinkan saya kerja tapi hanya kerja2 tertentu. pesan suami saya sebanyak mana kita cari kerja, kalau tidak bekerja yang terbaik utk kita, Allah tidak akan bagi kita kerja.

    sabarlah ya kak..setahu saya seorang isteri yg taat kpd suami dia, ibubapa isteri itu pun dapat kebaikan. dah bagus tu suami bagi duit kat ibubapa kak..rezeki itu kan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit..insyaAllah Allah murahkan rezeki ibubapa kak dari sudut yg lain..

    ReplyDelete
  9. Salam Sakinah,

    Insyaallah dik..Terima kasih di atas nasihat yg sgt berguna buat diri akak.Mmg akak stuju dengan apa yg adik katakan tu.

    Smg kita sama2 menyemai sifat sabar dan mampu meraih gelaran isteri solehah disamping suami dan keluarga tercinta..Amin..

    ReplyDelete
  10. salam kak ina..

    kita berkongsi jawatan yang sama.. :)alhamdulillah, saya memang seronok dgn jawatan ni.. tak tergambar rasanya bagaimana keadaan saya kalau bekerja waktu bergelar isteri dan ibu ini..

    permulaannya, mmg ada suara kegusaran dr keluarga, mampukah suami yg menampung semuanya? tp alhamdulillah, kini mereka mula faham dan tidak lagi mpersoalkan apa2.. moga allah murahkan rezeki kami sekeluarga..

    tp rata2 rakan ramai yg cemburu jg bila tahu kita tak bekerja kak. yelah, penat kata mereka bekerja, kalau diberi pilihan, mmg tak nak kerja kata mereka. sbnrnya, pilihan itu ada andai kita menitikkan keberkatan rumah tangga dan memilih cara hidup yg berpada, insyallah..

    tak salah bekerja andai keadaan memaksa, tp saya tgk skrg ni isteri yg berkerjaya secara sedar atau tak, byk yg mengundang kemungkaran dan mengurangkan keberkatan.. lihat saja pada contoh minima, iaitu dlm berpakaian ke pejabat.. itu blm ditambah dengan pergaulan dgn rakan sekerja, gurauan yg adakala melanggar batasan antara lelaki dan perempuan.. ia pengalaman dari pemerhatian saya bekerja sedikit masa dulu. apa yg penting, betulkan niat untuk bekerja. itu yg wanita dan para isteri perlu tekankan.

    moga kita yg sbg suri ini pun berjaya sbgai isteri, ibu dan wanita solehah ye kak. walau duduk di rumah je, banyak juga cabarannya kan kak.. :)

    ReplyDelete
  11. Salam Al-atiff,

    Terima kasih sudi menjenguk dan meninggalkan komen.

    pengalaman akak pula berbeza dgn adk.Kbykan org yg akak jumpa memandang rendah pada isteri yg tidak bekerja.jarang sgt jumpa yg cemburu.
    Tu yg kdg2 menjeruk rasa selalu.

    BTW, akak setuju mmg wanita bekerjaya cabaran mereka lebih tinggi dlm mengharungi hari2 apatah lg bila begelar isteri.Apapun selagi mereka keluar bekerja bertepatan dgn hukum2 fiqh bekerja dlm Islam untuk wanita, mereka tidak berdosa tapi klau hanya menurutkan nafsu semata2 dibimbangi hny memperoleh kemurkaan allah..

    Walla'hualam..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum
    Salam manis.

    Untuk apa dihiraukan kata2 orang sebab yang memberikan rezeki adalah Allah. Orang yang bekerja, pegang duit sendiri belum tentu bahagia. Malah kadangkala mereka ini jauh lebih derita. Sebab duit gaji yang diterima belum tentu lagi berkatnya.

    Berkatkah duit itu jika tanpa redha suami, jika melakukan kerja tidak dgn ikhlas.

    Lebih baik duduk di rumah sahaja.

    Wanita yang hanya duduk di rumah sekarang masih boleh membantu keluarga jika diizinkan suaminya dan pandai menguruskan waktunya.

    masih boleh berniaga (cabang rezeki yang utama), masih boleh menjual idea2 demi dakwah melalui lorongan internet (penulisan karya2 ilmiah seperti novel dakwah).

    Jangan malu hanya kerana kita tidak bekerja. Sebab apa yang Allah sediakan untuk kita adalah yang TERBAIK daripada apa yang kita inginkan.

    Sentiasa positifkan diri..

    ReplyDelete
  13. salam ummu Sofea,

    terima kasih di atas nasihat yang sangat berguna.Sy hargai sepenuhnya..

    Cuma apa yg sy ceritakan adalah kelemahan diri sy yang selalu cepat terasa.Mmg selalu ingin fikir positif, tp adakala merasa tidak kuat melayan pertanyaan2 yg cukup2 melukakan hati..

    Kerana sy hanya insan lemah.Namun, terima kasih yg tak terhingga atas penjelasan yg ternyata membuat diri ini mampu tersenyum..terima kasih jg atas kunjungan.Moga ukhuwah dpt dikekalkan.insyaallah....

    ReplyDelete
  14. Salam Puan Haslina,
    Saya pertama kali terjumpa blog puan dan terbaca pula coretan puan ni..
    Sedikit sebanyak memberikan kelegaan kpd saya yang menghadapi persoalan2 dr sahabat2 dan saudara mara mengenai keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa padahal memiliki segulung ijazah. Kadang2 saya akui memang saya merasa amat tertekan dan kdg kala bisikan syaitan datang menghasut. Terima kasih kerana berkongsi di sini... Saya masih lg mencari kekuatan dan semangat utk terus menjadi surirumah yang ikhlas yang mana saya rasakan amat sukar bg saya buat masa skrg..

    ReplyDelete
  15. tahniah kepada isteri-isteri yang tabah.memang dizaman ini memang susah untuk mencari isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa.macam saya masih lagi bekerja untuk menolong suami dan ibubapa dari segi kewangan.
    saya di sini ingin memohon pendapat dari saudari sekalian mengenai masalah saya jika saudari sekalian sudi jadi saya minta kebanarn dulu

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum....
    Puan Haslina

    Saya ingin ssgt menjadi seorang yg sgt sabar seperti puan. tapi apa kan daya saya hanyalah insan biasa.

    Saya merupakan wanita yg berkerjaya, sudah berumahtangga tp masih belum di kurniakan zuriat. Kedua org tua saya sudah meninggal dunia. Saya sangat tension bila keluarga sebelah suami pertikaikan soal anak.

    saya sgt tertekan hinggakan rasa mahu berpisah dengan suami.

    ReplyDelete
  17. Sabar itu indah........... walau ape jua keadaan, bersabarlah... sama2 kita bersabar, memang pahit untuk ditelan, tp manisnya akan datang kemudian hari:)
    saya suka dengan 'SABAR ITU INDAH'

    ReplyDelete