Thursday, March 25, 2010

Jadilah orang berguna


Artikel kali ini adalah rentetan daripada artikel berjudul "Sabar itu indah".Alhamdulillah banyak komen diterima menangkis percakapan orang2 yang sering bersikap pesimis terhadap sesuatu pekara terutama berkait dengan kelemahan orang lain..Dan ini  membuat diri ini benar2 merasa ada suatu "tenaga" untuk terus berbicara dan berkongsi rasa tentang perasaan hati ketika ini.

Kerana dulu, aku sering merasa kalah dengan teman2 yang punya kerjaya.Kadang2 rasa tersisih dek kerana sering menjeruk rasa dengan sindiran orang2 sekeliling.Padahal, jauh di sudut hati, aku juga mahu jadi seperti mereka.Punya kerjaya dan wang milik sendiri.Ingin jadi isteri yang sehebat wanita2 bekerjaya diluar sana.Padahal sepatutnya aku harus faham, kekurangan dan kelebihan yang Allah berikan terhadap setiap manusia itu berlainan sama sekali..Dan tidak semua impian kita itu adalah yang terbaik buat diri ini.


Aku masih ingat, tahun2 pertama bergelar "suri rumah ".Seluruh penghidupanku jadi benar2 berubah.Tiada lagi teman yang ramai disekeliling.Tiada lagi wang yang diterima setiap hujung bulan.Tiada lagi angan2 untuk memiliki itu dan ini setiap kali menerima wang hasil titik peluh sendiri.Setiap hari, rutinku hanya bergelut dengan kerja2 harian rumah seperti membasuh, memasak, mengemas, menjaga dan menyusukan anak.Menjelang petang pula, menunggu suami pulang dari kerja.Begitulah harianku, sehingga seringkali timbul rasa bosan.Dan rungutan2 itu sering hinggap di cuping  suami bagi meluah ketidak puasan hati.

Aku bukannya tidak punya jiran2 di sini untuk berbicara bg mengelak rasa bosan..Cumanya, keinginan aku sewaktu itu ialah aku ingin capai sesuatu dalam hidupku.Aku tidak mahu hanya membuang masa tanpa melakukan apa2..Justeru, pd pandanganku ketika itu, menjadi 'suri rumah"merupakan jawatan yang "ketinggalan zaman" untuk disandang oleh  wanita di zaman ini...

Pernah suatu ketika,  ketika aku sedang melayari internet, aku terjumpa beberapa "website dan blog2" ilmiah  yang berjaya membuka minda dan hatiku selama ini..Justeru, dari hari ke hari melalui pembacaan dan pendedahan harian, aku mula sedari tentang sedikit sebanyak persoalan sebenar hidup.Sungguh rugi rasanya jika setiap hari hanya mengeluh dan menyalahkan keadaan.Padahal, ada banyak pekara berguna yang mampu setiap orang lakukan.Begitu juga dengan diriku.

Manakala setiap pekara yang terjadi kepada kita  sebenarnya punya 1001 hikmah yang tidak kita sedari.Dan kerana itu, aku mahu belajar untuk sabar.
Sabar dengan nafsu yang tidak ada penghujungnya,
Sabar bila sering menjadi bahan sindiran.
Dan semua ini menjadikan aku tahu yang sifat sabar itu punya keindahan yg unik untuk dirasai.Dan hal ini hanya dirasai oleh pemilik hati yang melaluinya..Apatah lagi jika kesabaran itu disulami dengan perasaan mencintai Allah S.W.T.Percayalah.....ianya pasti membuahkan kebahagiaan.

Jadilah Orang yang Berguna.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Sebaik2 manusia itu adalah yang bermanfaat".
Dan untuk menjadi orang yang bermanfaat, tidak semestinya kita perlu jadi orang yang berjaya, bekerjaya dan berpengaruh.Tidak perlu sering tampil ke hadapan, berpidato yang hebat2 supaya dilihat ramai orang.
Kerana kita tetap boleh memberi manfaat dengan menjadi orang yang dibelakang tabir.

Tidak mengapa jika "aku" tidak dikenali, disebut2, tapi yang penting kehadiranku dirasai dan dihargai oleh orang yang aku sayang..Aku akan merasa sangat bahagia jika berjaya menjadi orang yang mampu menebar semangat ke atas kejayaan dan kecemerlangan suami dan anak2.Menjadi tulang belakang atas kejayaan yang mereka perolehi.Dan itulah usaha2 yang mahu aku jalani bagi meraih gelaran "orang berguna'.

"Dan diantara tanda2 kekuasaanNya, dia menciptakan untuk kalian isteri dari jenis kalian agar kalian merasakan sakinah dengannya.Dia juga menjadikan di antara kalian rasa cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda2 bagi orang2 yang berfikir" Surah Ar-Rum ayat 21.

Sakinah yang aku faham di sini adalah sifat2 yang perlu dimilki oleh wanita sekaligus isteri yang sering berusaha membahagiakan si suami.Itulah antara tugas2 mulia untuk difahami oleh semua isteri di dunia ini..

Dan hikmah yang aku tidak sedar selama ini adalah selama tidak bekerja, banyak aktiviti yang mendekatkan aku dengan Allah.Aku bebas melakukan ibadah2 sunat yang selama ini aku tidak pernah lakukannya.Aku juga dapat meng'qada' solat2 yang aku telah tinggal sewaktu remaja dulu.Malah setiap hari, aku boleh membaca Al-Quran tanpa ada kekangan waktu ekoran kesibukan bekerja.Dan dari hari ke hari, aku mulai merasa nikmatnya kurnian Allah terhadapku.Kerana sebenarnya, walaupun aku hanya berada di rumah, namun aku masih punya peranan yang besar untuk dipikul.

Masih ingatkah bagaimana perihal Syaiditina Khadijah ketika menjadi semangat kepada Rasulullah? Di saat2 orang tiada untuk menyokong dakwah baginda, beliaulah yang menjadi orang pertama yang memeluk agama suci ini.Di saat Rasulullah ketakutan selepas bertemu dengan Malaikat Jibril di gua Hira', dialah wanita yang hadir menyelimutkan dan memberi kata2 semangat buat suami tercinta.Dia juga hanya seorang suri rumah yang rela meninggalkan perniagaan besar yg dimiliki selama ini.Dia  wanita yang sepanjang hari berada di rumah tetapi mampu menjadi orang hebat di belakang tabir.Dialah yang membantu ketokohan nabi Muhammad S.A.W sehingga  baginda berjaya menjadi pemimpin dunia sekaligus Nabi di akhir zaman.Bukankah hebat kesungguhan Syaiditina Khadijah untuk direnungi?

Pernah mendengar kisah Stephen King?Seorang penulis terkenal dengan gelaran "King of the Horror".Sebelum menjadi  penulis terkenal, dia hanya penulis biasa yang karyanya sering ditolak.Tetapi beliau dikurniakan seorang isteri yang cukup kuat menyokong dan memberi semangat.Pd suatu ketika, dia mpernah menulis sebuah buku, tetapi kemudian merenyuk2kan dan dibuang dalam tong sampah kerana tidak yakin dengan tulisannya.Namun ketika isterinya yg kebetulan menemui naskah yang terbuang itu, dia lalu terus mengambilnya dan meminta suaminya menyambung tulisannya.Suami yang sudah hampir berputus asa, kembali mencurahkan karyanya ke atas novel itu.Setelah ianya siap, isterinya secara senyap2 menghantarnya ke sebuah syarikat penerbitan buku tanpa pengetahuan si suami.Dan karya tersebut akhirnya menjadi novel pertama yang terlaris di dunia.Dan namanya terus menjadi sebut sebutan berikutan penjualan buku yang mencecah beratus juta naskah sejak ia diterbitkan.Dan peranan si isteri walaupun nampak kecil tapi berjaya membuatkan si suami menjadi masyur Yang hebat lagi, .dia tidak dikenali dan namanya tidak menjadi sebutan.Tapi "kehadirannya"dapat  dirasai oleh setiap orang

Justeru, menyandang jawatan "suri rumah" adalah suatu anugerah yang Allah berikan kepada diri ini dan kepada wanita2 lain juga..Kerana, di saat2 isteri2 lain bersedih kerana terpaksa meninggalkan anak2 di rumah pengasuh di waktu pagi, kita pula merasa seronok kerana tidak pernah meninggalkan anak2.Mereka sering di hadapan mata, bermain, ketawa, menangis.Semuanya di bawah pengawasan ibunya sendiri.Dan di waktu petang pula,apabila isteri2 yg bekerja pulang , mereka terpaksa melakukan pekerjaan harian rumah seperti memasak, membasuh yang mana telah kita bereskan di siang hari.Yang perlu  kita lakukan  hanya perlu bersiap2 dan memperkemaskan diri untuk menyambut kepulangan suami yg tercinta.Bukankah ia terlalu indah untuk dibayangi?

Asalkan waktu2 yang terluang kita gunakan untuk mengisi dengan pekara2 berfaedah, selagi itulah tiada ruginya buat kita.Dan kerana itulah seperti yang aku faham , Sabar itu sangat indah jika kita tahu hikmah yang tersembunyi disebalik segalanya.

"yang penting, kita tidak duduk bergoyang kaki" Itulah kata2 seorang sahabat maya kepadaku suatu ketika dulu.Walaupun mungkin kita tidak dapat membantu suami dari segi kewangan dan kemewahan, kita masih punya kudrat untuk menjadi penebar semangat untuk orang2 yang kita cintai..Dan yang penting sekali, biar apapun orang berkata itu dan ini, ianya tidak penting asalkan kita tahu kita berbuat yang betul dan apa yang kita lakukan adalah untuk meraih keredhaan dariNya.sekaligus kita dapat menjadi "orang yang berguna"......Insyaallah..

Bingkisan hati seorang isteri...

18 comments:

  1. Shukran for sharing...semoga menjadi Khadijah and Aishah kepada keluarga dan umat Islam sekalian-nya.

    ReplyDelete
  2. sronok bace.. kesimpulan nye perempuan adalah tulang belakang bagi lelaki... tanpa sorang perempuan siapalah laki.. thank 4 sharing..

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Jgnlah puan rasa rendah diri dlm menghadapi penghidupan krn sebenarnya kita hidup dlm sistem yg memboroskan masa sehingga menjauhkan kita dr membuat kerja2 kebajikan terutamanya mentadabbur AlQuran (AlZumar:53). Sebenarnya masa kita adalah terhad dan jgn berputus asa dari Rahmat Allah ketika usaha sedaya upaya. Namun begitu, kita terpaksa menghadapi sistem tsbt krn masalah keperluan penghidupan. Jgnlah kita terpedaya dgn mrk yg berjaya didunia krn itu hanyalah glamour sementara dan bibir manusia saja (Surah AlKahfi:28. Secara jujur, byk manalah yg dah kita pelajari ALQuran dan Hadis serta kaitan penghidupan kita setelah berumahtangga? Wallahualam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, adik Ina semakin yakin dengan pilihan ini. Jangan sekali-kali rasa rendah diri atau 'tak punya apa-apa' hanya kerana diri seorang suri rumah, kerana ianya tugas yang mulia dan tanggungjawab yang amat berat.

    Kita memang terpaksa membuat pilihan, walaupun kita tak pasti sama ada ia adalah yang terbaik. Hanya Allah swt saja yang tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan dan apa yang terbaik untuk kita. Oleh itu apa yang mampu kita buat ialah letakkan pengharapan kepadaNya agar kita dikurniakan yang terbaik di dunia & akhirat semasa membuat pilihan.

    Kak Ida baru saja berhenti kerja dari jawatan pengurus dari sebuah institusi pelaburan kerana mengikut suami bertugas di luar negara.Ramai bertanya ini pilihan yang betul ke?dah fikir habis2 ke? rugi ada qualification tapi tak kerja, kawan-kawan yang sama belajar dengan Kak Ida semuanya berjawatan tinggi, tidak ke Kak Ida terasa ketinggalan? apa akan terjadi kalau suami buat hal dan macam2 lagi kemungkinan yang menakutkan. Memang gerun kalau nak fikir semua.

    Bagi Kak Ida, kita memang tak tahu apa yang berlaku dimasa hadapan, jadi hanya kepada Allah kita pohon petunjuk dalam membuat keputusan dan hanya kepadaNya kita letakkan pengharapan agar dijauhkan dari segala ujian yang tidak mampu diharungi.

    Tentang ada qualification tapi tak kerja tu rasanya satu statement yang mungkin dah tak relevant dizaman modern ni. Nak jadi suri rumah mesti pandai uruskan rumahtangga ikut kemampuan kewangan suami, melayan suami berbincang isu-isu semasa, beri pandangan nak atasi masalah di tempat kerja suami atau kawasan perumahan dan yang penting sekali mendidik anak2. Semua tu memerlukan ilmu...

    Apa-apa pun, hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Dia lah Yang Maha Pengasih dan Penyayang....mohonlah rahmatNya.

    ReplyDelete
  5. Salam. Ada awrd yg perlu di ambil kat blog say tu, sudi2 kan ya

    ReplyDelete
  6. salam Has.
    saya tertarik dengan kata-kata ini,
    "Dan hikmah yang aku tidak sedar selama ini adalah selama tidak bekerja, banyak aktiviti yang mendekatkan aku dengan Allah.Aku bebas melakukan ibadah2 sunat yang selama ini aku tidak pernah lakukannya."
    dan sesungguhnya masa emas ini mat beharga Has.waktu sebegini amat bernilai harganya. bersama keluarga dan tersayang adalah lebih bernilai. Meski tidak disebut-sebut, namun ada keistimewaan yang sangat berharga.yang sukar untuk saya ungkap dengan kata.bagaikan butiran mutiara...

    ReplyDelete
  7. Salam, Ina...

    Alhamdulillah..dari mula Kak Ina membaca luahan hati Ina yang digarap menjadi sebuah artikel, dengan bahasa yang bagi Kak Ina cukuplembut, sehinggalah membaca artikel ini,ia amat menusuk hati wanita Kak Ina yang membacanya.

    Tahniah dik :)

    Walau apa pun posisi kita di dalam masyarakat, baik bekerjaya mahupun sekadar suri rumahtangga, yang utama adalah tidak melupakan tanggungjawab asas sebagai isteri dan ibu.

    Alhamdulillah, bersyukurlah jika kita telah menjalankannya sebaik mungkin dengan kudrat yang ada. Biar pun nampak kecil, namun amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap perkembangan generasi masa depan yang ada di dalam tangan kita, iaitu anak-anak.

    Teruskan perkongsianmu...jika mengimpikan menjadi seseorang di dalam hidupmu, jadilah dulu seseorang buat suami dan anak-anakmu yang disayangi.

    ReplyDelete
  8. Salam Eone, sama2.Moga2 perkongsian yg tidak seberapa ini ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  9. Salam Tajur,
    terima kasih kerana selalu sudi memberi komen pd setiap artikel dan berkongsi sesuatu yg bermanfaat untuk renungan bersama

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Ida..
    Yang penting kita tidak berputus asa dengan rahmat Allah..kerana yg menentukan kebahagiaan kepada kita hanyalah Allah S.W.T

    Ilmu juga pada sy sangat penting walaupun hanya suri rumah.

    Anyway, thanks kak atas pekongsian yang penuh dengan pengisian untuk difahami dan direnugi..Alhamdulillah, Syukran...

    ReplyDelete
  11. Salam Qaseh Mas..

    Alhamdulillah..
    Benar Qaseh, sy setuju...masa itu tidak sewnangnya kita undur..dan entah berapa hari lagi yang akan kita tempuh, segala2nya menjadi rahsia Allah..namun kita sebagai hamba, harus selalu taat dan redha atas ketentuannya...

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Ina,..

    Terima kasih Kak Ina di atas sokongan.Sy sangat hargainya...
    Dan nasihat2 Kak Ina sll sy jadikan inspirasi kepada sy dlm mengharungi penghidupan sbagai suri rumah yang berjaya menjadi "orang yang berguna" itu.Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  13. Amat beruntunglah suami2 yang mempunyai isteri2 sebagai ratunya di sisi dan anak2 yang mempunyai ibu2 yang dapat memberikan sepenuhnya perhatian dan kasih pada mereka.

    ReplyDelete
  14. Artikel y sudah lma dcari u mmotivasikn diri ini spy tdk slalu bsdih,kcewa,rndh dri dan myesali dgn status diri sbg suri rumah spenuh masa stlh mninggalkn bdg krjya n pniagaan y dbgunkn.skiranya ada lg bhn2 u dkongsi bsama,paparkn lah bg insan2 y mmerlukn motivasi diri spt ku..trma ksh u pnulis n para komentar.

    ReplyDelete
  15. Salam,
    saya suka baca artikel saudari...saudari amat bertuah dapat menjadi surirumahtangga sepanjang masa...saya seorang pensyarah di salah sebuah universiti awam dan perlu melanjutkan pengajian di peringkat PHD di luar negara...suami bekerja sama tempat cuma bukan bidang akademik...konfliknya....kalau saya pergi overseas suami perlu mengikut dan tempoh perkhidmatan tidak dikira sepanjang saya di sana....apa pandanagn saudari sekiranya suami yg perlu mengikut isteri?

    ReplyDelete
  16. Salam umi Ida..
    Moga2 artikel yg tidak seberapa ini boleh memotivasikan diri bersama..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  17. salam saudari yg bertanya..

    Ada beberapa faktor yg sy dapat lihat apabila suami saudari membuat keputusan mengikut isterinya bersama..
    Pertmanya, sy rs mungkin suami risaukan keselamatan saudari kerana terpaksa besendirian di rantau org apalagi dlm tempoh yg agak lama.Jadi kerana dia merasa t/jawabnya menjaga saudari, dia mengambil keputusan menemani saudari di sana.
    Keduanya, mungkin kehadirannya bersama di sisi isteri dpt mmberi motivasi kepada isteri dan lebih tenang utk belajar..
    Cumanya...ada beberapa faktor sampingan jg yg sy rs perlu difikirklan terutamanya dari segi perbelanjaan spjg di sana.
    Namun,sgalanya Terpulang kepada keputusan bersama dan pd sy sebaik2nya elakkan berjauhan kerana ianya lebih byk keburukan dr kebaikan utk suami isteri , tapi jika keadaan memaksa terutamanya berpisah utk menuntut ilmu, mencari rezeki ( terutama kpd lelaki ) sy rs tiada salahnya.Apalagi jika perpisahan itu hny sementara(spjg tmph belajar).

    melalui pengalaman yg sy lihat, 2 org teman sekerja suami meninggalkan kerjaya untuk menemani isteri masing2 melanjutkan pelajaran di sana.
    Apapun saudari, rajin2lah melakukan solat istikharah dlm mmbuat sesuatu keputusan.Minta kpd Allah agr diberikan jln yg terbaik untk saudari pilih.sy doakan dr jauh.Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah ana rasa menjadi suri rumah sangat banyak boleh di tempa... untuk mengisi masa lapang belajar menjahit , dekorasi apa2, mencuba pelbagai masakan disamping mempunyai byk masa mendidik anak-anak depan mata...begitu juga mencari redha Allah...
    Diluar begitu banyak dosa di tempa secara sengaja atau tidak secara sedar atau tidak...
    sebaik baik suami itu yang dapat mencukupi keperluan anak isteri dari segi keperluannya...kerana wanita yang duduk di rumah paling mudah masuk syurga ALLAH...tiada apa yang kita cari di dunia ini...yang paling penting redha Allah , Redha suami...dunia penempatan sementara....hidup dalam kesederhanaan lebih2 lagi kaum wanita.... yang paling ramai di dalam neraka kelak.....syukurlah kita dengan ketentuan ALLAH yang maha mengetahui akan segala ketentuannya dan isi kandungannya
    Taat pada suami, taat suruhan ALLAH , menjaga kehormatan diri dirumah...menjaga maruah suami serta membimbing dan didik anak2 menjadi anak solehah... insyallah jalan yang lurus dalam mencari Syurga ALLAH, di luar hidup berkerja sangat mudah terperangkap dengan dosa...
    "Panahan mata antara lelaki dan perempuan itu perantaraannya adalah Syaitan..." lengok liuk berjalan, suara yang di lenggokan secara sedar tak sedar, pakaian yang menutup aurat tapi merangsang,langkah bersahaja tapi menaikkan syahwat... masyaalah... dunia berkerja amat sukar menjaga keterampilan, (fitnah manusia merata-rata) adalah lebih bersyukur sekiranya dapat wanita itu duduk dirumah yang menjadi perlindung baginya dari kekebalan kemaksiatan diluar rumah yang sangat sukar untuk kita menidakkan. bersyukurlah bersyukurlahhhhhhhhhh

    ReplyDelete