Saturday, April 10, 2010

Pengorbanan yang perlu dihargai...


Sungguh sekejap dirasakan masa berlalu.Seminggu di kampung terasa begitu singkat untuk dilalui.Dan di waktu ini kerinduan itu masih terasa kerana terpaksa berpisahdgn keluarga terutama  dengan mak dan abah.

Aku bukannya anak yg terlalu manja.Selama ini pun aku selalu berpisah dengan mak dan abah.Tapi entah kenapa sejak begelar isteri, setiap kali hendak berpisah, hati jadi sangat berat.Sehingga mudah saja bergenang air mata dikelopak.Lagipula mak selalu kata..."Tempat seorang isteri itu adalah di sisi suami"Aku faham dan redha menerima semua itu.Kerana hati juga enggan lama2 berpisah dengan ayah kepada anakku.Kerana cinta dan kasih sayang kepada kedua mereka seperti air yang tidak bisa dicincang..Akan ku bawa sehingga ke akhir hayatku..Begitulah selalu harapanku....

Kelahiran cahaya mata

Sebenarnya, seminggu aku di kampung adlh untuk membantu mak menjaga adik yang sedang dalam tempoh berpantang.mak pun sekarang ni tidak berapa sihat.Penyakit darah tinggi mak adakala menyerang tidak kira waktu.Bimbang juga kalau mak jatuh sakit.Jadi setelah berbincang dgn suami, aku diizinkan untk membantu mak.

Alhamdulillah sgl2 berjalan lancar.Adikku  dan bayinya  kelihatan baik2 shj.Cumanya agak kekok melayan dan menyusu bayi.Maklum saja  anak sulung.Segala2nya perlu diberi tunjuk ajar oleh mak .Aku juga begitu masa melahirkan Azwa..Tapi pengalaman Syida, sakit menanggung kontraksi sewktu hendak melahirkan agak lama tempohnya.Melebihi 15jam....

Sememangnya pengalaman itu kata adik adalah sesuatu pengalaman yang sukar untuk dibayangi.Hanya mati yang terlintas di hati..Bayangkan adik menahan sakit lebih dari 15jam..Dan itulah waktu  yang akan diingati seumur hidupnya.Detik2 dirasakan sangat lambat berjalan.Peluh2 sudah membasahi seluruh tubuh.Dan dalam ketidak dayaannya, hanya zikir menyebut nama Allah berulang2kali disebut...

Aku terharu mendengar luahan adik.Dan sekaligus terkenang pekara yg sama ketika ingin melahirkan Azwa.Syukurlah...segala2nya selamat.Dan kini, azwa sudah semakin membesar.
"Haa..inilah yang semua ibu rasa setiap kali nak melahirkan anak, mak dulu...6 orang anak, 6 kali rasa sakit hendak melahirkan.. "Kata mak sewaktu mendengar perbualan kami.
"Betul ye mak, sakitnya tak boleh nak gambarkan..rasa mcm  pinggang ni hendak putus"Beritahu Syida.
"Hmm sekarang barulah awak semua tahu bukan senang nak menjadi seorang ibu.Macam2 pengorbanan yg kena tempuh"Beritahu mak lagi sambil senyum penuh makna.

Kami berpandangan sesama sendiri.Memang aku akui, sewaktu sedang menahan sakit itu, wajah mak dan abah silih berganti terbayang depan mata.Sehinggakan sewaktu katilku disorong ke bilik bersalin, aku terlihat kelibat mak disisiku.Aku lihat mak senyum ke arah aku.Tapi aku tidak berdaya untuk berkata apa2 kepada mak.Dan sebaik Azwa dilahirkan, mak mengunjungiku di katil wad hospital.Kata suami, mak baru sampai dari kampung.Aku agak terkejut dan sehingga kini aku selalu tertanya2 siapa wanita yg kulihat itu?.Dan yang lebih menghairankan lagi , baju dan warna tudung yg dipakai oleh wanita itu persis seperti baju kurung yang mak pakai ketika itu.

Tapi aku tidak mahu ambil pusing sangat hal2 ini, cumanya hal tersirat yang aku nampak adalah bayangan itu menggambarkan yang aku sangat merindui mak dikala itu.Aku telah rasa apa yg mak rasa spjg tempoh hendak melahirkan aku seaktu 28 tahun yg lalu....Menurut mak, spjg perjalanan menaiki bas dari Pahang ke  Johor, mak rasa tidak tenang.Sepanjang malam sebelumnya mak tidak dapat tidur.Kata mak dia hny terbayang wajah aku.Lagipula kerisauan itu bertambah2 mengenang yg aku ketika itu sedang sarat.

Aku tahu perasaan seorang ibu dan anak itu seperti dekat.Seolah2 punya kesinambungan dari segi emosi dan perasaan.Sehinggakan melihat wajah mak atau abah hati mudah rasa kasihan.Cumanya kadang2 aku jadi hairan dengan orang2 yang selalu "membuang ibu bapa" mereka.Seolah2 setelah menjalani kehidupan baru, maka ibu dan ayah terus dilupakan.Padahal kerana pengorbanan dan kasih sayang  merekalah kita dibesarkan sehingga kini..

Aku teringat saat2 mak menjaga aku ketika baru keluar hospital..Paginya, mak mendapat panggilan dari abah di kampung mengatakan nenek telah meninggal dunia.Waktu itu Azwa baru berusia 2 hari.Bayangkan perasaan mak ketika itu.Sewaktu sedang begembira mendapat cucu, dlm ms yg sama, ibunya telah pergi buat selama2nya.

Mak satu2nya anak perempuan nenek.Maklah yg  menjaga nenek yang terlantar selama bertahun2 tanpa rasa jemu.Nenek sudah nyanyuk.Dia hanya terbaring sepanjang hari.Makan minum perlu bersuap.Perlu dimandikan dan dicuci najisnya.Tapi mak memang sabar.Tidak pernah memarahi atau mengasari nenek.Cumanya, kalau mak merasa tidak tahan kerana dimarahi ( nenek sudah lupa dan adakala mengherdik atau memukul mak ) atau terlalu penat, mak akan menangis sendirian.Tapi apa yg aku kesalkan, anak2 lain pula kurang memerhatikan nenek.Padahal anak2 nenek 6 orang kesemuanya.Mungkin masing2 tinggal jauh dan ada t/jawab masing2.

Namun bagiku, itu bukanlah alasan wajar untuk mengenepikan orang tua..Kerana darah yg mengalir ditubuh ini adalah daripada darah mereka.Daging mereka jua.Jadi mana mungkin kita melupakan orang tua yang beperanan besar dlm membesar dan mendidik kita.meskipun orang tua sudah tidak kenal lagi anak2 mereka.Sama seperti keadaan kita ketika bayi.Kita juga tidak kenal ibu bapa kita.Tapi merekalah yang sanggup bersusah payah membesarka anak..

Kerana itu setiap kali terdengar cerita2 anak yang menderhaka kepada kedua orang tua, hati jadi meruntun hiba.Sedangkan kalau kita menghayati Al-Quran Surah Al-Isra ayat 23-24 yang bermaksud

"Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan hanya kepadaNya semata2, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapamu.Jika salah seorang dari keduanya atau kedua2nya, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata "uuh"dan janganlah engkau menengking mereka.Tetapi ucapkanlah kepada mereka dgn perkataan yg mulia dan bersopan santun.Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah mereka ( dgn doa )"Wahai tuhanku cucurilah rahmat kepada kedua mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semenjak kecil"

Jadi renung2kanlah bersama.Biarpun buruk atau baik ibu bapa kita, miskin atau kaya..dia tetap ibu dan bapa kita.Dan kalaulah semua orang dapat merasai kesakitan hendak bersalin,.walaupun mungkin itu fasa pertama yg perlu dilalui setiap ibu, maka setiap orang itu akan sedar....pengorbanan ibu terlalu besar.Begitu juga pengorbanan seorang bapa yg membanting tenaga mencari sesuap nasi untuk anak2nya... Wallahua'lam

statistik jenayah dilakukan anak kepada ibubapa antara tahun 2005 hingga september 2009 [ sumber bahagian siasatan seksual/kanak2 , jab jenayah bukit aman ]

2005 [ 3093 kes ] suspek anak 198 orang
2006 [ 3264 kes ] suspek anak 235 org
2007 [ 3756 kes ] suspek anak 222 orang
2008 [ 3038 kes ] suspek anak 218 kes
2009 [ 2930 kes ] suspek anak 232 orang

ini kes yang dilaporkan , entah berapa banyak kes [terutama dikampung2] yang tidak dilaporkan , gejala anak melawan makbapak , memukul , menghalau dari rumah , menzalimi makbapak sendiri , mencuri harta ibubapa , [malah membakar rumah] ..

belum termasuk kes anak tidak sanggup memelihara orang tua sendiri , lalu dihantar kerumah penjagaan orang tua2 ..dari saat dimasukkan sehingga meninggal , si anak tidak pernah sekalipun datang melawat.

1 comment: