Thursday, March 18, 2010

Agar bahagia...




Aku sungguh tertarik dengan bait2 kata2 ini...

"Kebahagiaan keluarga itu akan tercapai dengan daya usaha mewujudkannya, bukan sekadar mengharapkan saja"

Sebagai seorang isteri yang serba kekurangan, aku selalu akur dengan kelemahan diri.Tapi dari hari ke hari aku juga cuba memperbaiki diri agar dapat menjadi isteri yg sentiasa menjadi penyejuk hati dan mata suami.Dan aku lihat usaha2 itu juga perlu ada pada diri seorang suami.Agar rumahtangga yang dibina insyaallah dalam "keredhaaNya"...

Sesiapun di dunia ini, apabila bergelar isteri, ingin sehidup semati bersama si suami.Maksudnya ingin susah senang, ketawa dan gembira bersama suami dan anak2.Mahu mengharungi segalanya bersama dalam sebuah ikatan yang suci iaitu "pernikahan".Kerana sidia adalah jodoh yang telah ditetapkan Allah sejak azali, sejak kita tidak mengerti apa2 tentang hidup ini.Itulah takdir Allah....

Namun, terasa sangat sedih jika perkahwinan yg dibina putus ditengah jalan.Dan lebih2 lagi jikalau terputusnya ikatan hanya kerana hal2 kecil yang tidak munasabah...........

Hari2 pertama di rumah mertua...
Teringat hari pertama melangkah ke rumah mertua.Perasaan gembira, cemas dan sedikit gementar kurasakan.Sepanjang perjalanan, aku banyak diam sahaja. Apalagi bila mengingatkan yg bapa mertuaku adalah seorang ustaz..Bimbang dengan keadaan diri yang tidak banyak tahu tentang hukum hakam dalam agama.Takut dan dihantui dengan pelbagai andaian2 buruk yang sebenarnya lebih kepada bisikan syaitan.....

Namun, kedatanganku rupanya disambut oleh bapa mertua dengan senyuman yang sangat manis.Salam ku disambut dengan penuh kemesraan.Hilang sedikit rasa bimbangku..Dan terasa andaian2 tadi hampir meleset sama sekali.

"Masuklah Ina, rumah ni sunyi sikit maklumlah tiada suri'Ujar Bak tersenyum lembut.Sebenarnya, ibu mertua telah kembali kerahmatullah beberapa tahun sebelum pernikahan kami.Agak sdih, kerana aku tidak pernah sempat menatap wajah bonda mertua.
"Ye lah..bak"Ujarku tersenyum sambil mengekori suami dari belakang.
"cantik rumah ni"Itulah bisikan pertama hati sebaik kaki memasuki ruang rumah ini.

Sungguh....seumur hidupku, aku tidak pernah masuk ke rumah sebesar dan secantik ini.Kurasakan seolah2 rumah besar dua  tingkat ini  seperti turut mengalu2kan kedatangan orang kerdil sepertiku.Iaitu orang yg tidak memilki apa2, hanya anak orang susah dan  tidak punya pelajaran sehebat adik beradik suami.

Beberapa hari di rumah mertua, kurasakan seronok kerana bapa mertua melayanku dengan ramah.Begitu juga adik beradik suami yg lain.Walaupn masing2 kini berpelajaran tinggi  tapi aku tidak pernah lihat ada kesombongan dalm perbicaraan mereka.Tidak seperti kebanyakan orang2 yang kulihat hari ini.Dan sehingga kini aku agak rapat dengan adik ipar yg kata suami seorang yang agak garang.Tapi, alhamdulillah..adik sebenarnya seorang yg peramah dan penyayang.

Tutur kata mereka juga sangat lembut didengar.Mereka tidak ketawa berdekah dekah seperti yg selalu aku adik beradik lakukan.Mereka bercakap dengan nada suara yg rendah dan menyenangkan.Membuatkan hati merasa ada kasih sayang yg melimpah ruah antara mereka.Terasa diri ini begitu dihargai walaupun aku bukanlah sesiapa...

Adakala terbit pertanyaan dalam hati...
"Ya Allah..apakah ada kebaikan pada diri hambamu yang Engkau lihat, sehingga Engkau mengurniakan seorang suami dan keluarga baru yang sangat baik buat diri ini?"

Di hari yg lain beberapa bulan selepas itu....
Pagi itu selepas bersarapan, aku menjenguk ke bilik bacaan.Memang banyak buku2 dan kitab2 tersusun kemas di rak2  yang disusun berdekatan.Aku membelek sebuah buku lama yang agak nipis.Aku tidak ingat akan tajuknya, tapi yg kuingat buku itu menceritakan tentang keperibadian yang harus ada pada seorang wanita terutamanya isteri.Tulisan dari penulis Indonesia yg padaku cukup menyentuh qalbu..

"Baca apa tu kak Ina?Asyik je nampak"Tiba2 aku disapa oleh adik iparku..
Aku menghulurkan buku itu kepada adik sambil tersenyum.Sedikit malu..
"Oo..buku ni ...bagus Kak Ina, bacalah..arwah mak dulu, selalu baca berulang2 kali, dah khatam, dia baca lagi"Kata adik menjelaskan sambil buku itu dihulurkan kembali kepadaku.

Aku masih ingat itu.Dan memori ini tidak pernah padam dalam minda.Kerana sejak meneliti penghidupan keluarga suami, aku jadi terdetik untuk mengubah diri..Mengubah kelakuan dan keadaan diri yg jahil dan degil ketika remaja.Dan masa yg ada ketika pulang ke kampung, aku sering ke bilik bacaan.Mencari sesuatu yg berguna buat diri yang banyak dosa ini.

Aku dan suami punya latar belakang yang jauh berbeza.Minat dan kecenderungan kami berdua juga banyka yg berbezaBaik melalui citarasa makanan, hobi di masa lapang, aktiviti harian...kami tidak berkongsi pekara yg sama.

Aku beri contoh..Aku suka berkebun dan menghias rumah.Tapi suami kurang minat dan jarang memberi idea.Segalanya diserahkan bulat2 kepadaku asal jangan membazir.

Contoh yang lain, bila menonton TV, aku suka tengok drama2 melayu, tapi suami kurang minat.Dia akan menekup bantal ke muka setiap kali drama melayu dipasang.Memang lucu melihat aksinya dan adakala merajuk juga aku dibuatnya.Tapi lama kelamaan aku sudah faham perangainya.Dan cuba juga melayan saluran kegemarannya iaitu "learning and discorvery channel" dan sejak akhir2 ini, aku juga tertarik menontonnya. Suami pula, adakala dia tengok juga drama melayu tapi yg tertentu shj.Yelah..bukan semua drama melayu tu tak ada kualiti, ada yang OK.Begitulah selalu kata suami.

Suami juga tidak minat menulis.Berbeza denganku yang suka menulis diari sejak dibangku sekolah lagi.Dan selama isterinya minat ber'blog'ni, dia jarang membacanya.Puas diberitahu, tapi dia selalu buat tak tahu..Tapi adakala di malam hari, apabila aku tersedar dari tidur, kulihat dia membuka blog ku.Terharu adakalanya walaupun selalu rasa merajuk pada awalnya...

Selain itu, jarang2 juga topik perbualan yg ingin kuutarakan menarik minatnya dan kadang2 dia tertidur semasa aku sedang berbicara.Memang rasa nak marah juga tapi aku tahu suami penat bekerja dan memerlukan rehat.Tapi yang hairan tu, bila topik yang nak kukatakan menarik minatnya, sampai jauh malam pun dia tidak kisah berbicara denganku..

Dan yg paling buat aku geram adakalanya, dia suka sepah2kan rumah.Baju2nya kadang2 disepahkan merata2.Aku pula selalu tolong kutipkan baju2nya dan basuh.Kemudian nanti dia akan bertanya balik, ke mana bajunya?.Dan dengan selamba aku katakan bajunya sudah kubasuh.Kemudian dia akan berkata yang baju itu masih mahu dipakai.Begitulah setiap kali berulang2 daripada awal perkahwinan kami.Memang kedengaran lucu tapi itulah.....

Selama 4 tahun begelar isteri, tidak banyak pengalaman yg dapat aku kongsikan.Bak kata orang, kami masih lagi 'mentah' dalam mengharungi bahtera sebuah rumah tangga.Kerana itu aku suka mendengar dan memerhati kasih sayang suami isteri dulu2.Baik melalui cerita2 dari bapa mertua mahupun mak dan atuk sendiri.Aku mudah rasa terpegun dengan kisah2 "cinta" orang-orang lama seperti mereka.Memang terlalu jauh nak dibandingkan dengan "percintaan" orang2 zaman sekarang yg hanya ranum dipermulaan dan mula hambar dipertengahan.

Aku tahu, perangai dan sikap manusia ini masing2 berlainan.Aku dan suami juga begitu.Mungkin secara tidak sedar ada pekara yang terlepas pandang dari kita.Namun itu lumrah manusia.Kerana kita manusia biasa, tak mungkin dapat memuaskan hati orang semuanya.Pasti ada tersilap samada dari cara percakapan atau perbuatan.Namun itu tidak beerti kita tidak boleh bahagia kerana selagi ada usaha dan doa untuk menyemai benih2 bahagia itu, insyaallah ia akan terhasil..Asalkan ada usaha dan tidak hanya mengharapkannya sahaja..
Apalagi jika masing2 sentiasa terbuka hati untuk sedia memaafkan dan redha atas kekurangan pasangan masing2.

Bergaduh kecil itu pekara biasa.Asalkan jangan "mencurah minyak ke dalam api" , sebaliknya siramlah air atau kibas dengan bahan yang menyejukkan.Begitu juga dalam perkahwinan.Aku banyak diam bila suami marah, dan bila aku membebel, suami pula memilih untuk diam.

Apapun, aku tidak mahu jadikan kekurangan suami sebagai alasan untuk merasa tidak bahagia disampingnya.Kerana walaupun banyak perbezaan antara kami, aku tetap rasa bahagia.Kerana setiap kali diri ini dihurung perasaan sedih, ketika aku tidak sihat, dialah orang pertama yang ada di sisi.Dialah yang akan menemani diri ini.dan aku tahu, dia tetap menyayangiku sebagai isteri walaupun dia tidak pandai menunjukkannya.

Teringat,  sewaktu aku sakit beberapa bulan lepas kerana gastrik.Aku tidak makan apa2 sepanjang hari kecuali air kosong.Asyik muntah dan pening dari pagi.Sudahnya, petang itu sewaktu suami baru pulang dr kerja,dia membawaku ke hospital. Dan aku terpaksa ditahan di wad kerana dehidrasi..

Sepanjang malam dia tidak tidur.Dia hanya duduk disebelahku sambil tersengguk sengguk memicit kepalaku.Sementara anak kecilku dibiarkan berbaring disebelahku kerana anak masih menyusu badan.

Bayangkan, dengan kepenatan seharian bekerja..suami tidak sempat makan dan berehat.Sebaliknya terpaksa menjaga isterinya.Dan satu yg aku tidak akn lupa sehingga hayat dikandung badan, di saat suami sanggup menadah muntahku dengan tangan sewaktu diri ini tidak terdaya untuk bangun.Saat suami mengelap kotoran pada bajuku dan membasuh mukaku....Aku ingat detik2yang mengharukan itu.Dan suami sedikit pun tidak merungut atau marah bila bil yang tinggi mencecah ribuan ringgit ditunjukkan kepadanya setiap kali ke hospital.

"Abang tak kisah berhabis duit untuk berubat, tapi abang lebih ralat kalau ayang tidak sihat tapi abang tak berbuat apa2"Kata suami bersungguh2 disaat diri ini menyuarakan keresahan kerana adakala suami terpaksa menggunakan kad kredit apabila tidak cukup membayar dengan tunai.

"Sakinah Mawaddah wa Rahmah"
Itulah, ayat2 keramat yang sering dilontar untuk menggambarkan akan kebahagian rumahtangga.Tapi yang sebenarnya usaha dalam mewujudkan suasana itu perlu ada.Dan yang penting, jangan tanya
Apa yang suami mampu lakukan untuk buat diri ini bahagia?
sebaliknya..
Tanya diri, apakah yang termampu aku lakukan untuk membahagiakan suami.
 Dan aku percaya dengan doa dan usaha, insyaallah...Allah tidak akan mengecewakan hambaNya.

Kerana itu, semenjak mengetahui ketulusan suami, aku selalu berazam untuk menjadi penyejuk mata dan hati suami.Aku mahu membahagiakan suami dan anak2 selagi hayat ini dikandung badan.Dan doa2  ini selalu hadir mengiringi suami walau ke mana suami pergi.Kerana inilah yang mampu kulakukan kerana aku tidak punya kudrat lain selain menyediakan keperluan suami setiap hari, mengemas, membasuh, menjaga dan menyusukan anaknya.Aku tidak mampu bantu suami dari segi  kewangan dan cuma doa.
Doa agar suami dimurahkan rezeki, dimudahkan pekerjaanya, disenangkan hatinya dan agar dia sentiasa terpelihara dalam rahmat dan keberkatanNya..

Aku teringat kisah ini....

"Dengan wajah yang selalu ceria memancarkan kebahagiaan, isteriku sentiasa menyambut kedatanganku.Begitupun saat dia menghantarku setiap kali aku keluar rumah.Dia pun segera menyapaku lembut, menanyakan kerisauan yang bermain di kepalaku, setiap melihatku temenung, dia bertanya..
 "Ada apa denganmu sayang?Apa yang kau risaukan?Ketahuilah bila rezekimu yang kau risaukan, rezekimu tetap ada di tangan Allah.Namun bila yang kau risaukan urusan akhirat, semoga Allah menambah rasa risaumu"Isteriku selalu bertingkah demikian"Beritahu seseorang kepada rasulullah....

Gambaran isteri yang mntenteramkan itu membuat  Rasulullah tidak kuasa menahan kelegaan seraya berkata dengan yakin 
"Kalau begitu, sampaikanlah khabar gembira tentang syurga yang sedang menunggunya!Katakan padanya, ia termasuk salah satu pekerja Allah.Allah S.W.T mencatat baginya setiap hari pahala tujuh puluh syurga"Demikianlah kata Rasulullah yang tercatat dalam kitab Makarimul Akhlaq

Dan fahamlah aku kini, sewaktu saat2 kami hendak diijb qabulakn, suami ada menghadiahkan aku sebuah buku bertajuk "Isteri yang membahagiakan suami" dan satu krim muka.Entah apa jenamanya aku sendiri lupa tapi aku tahu ia agak mahal.Aku tersenyum sendirian dan sedikit tercuit hati  melihat hadiah ituAku buat tidak tahu walaupun tertanya2 apa maksud suami sebenarnya.Rupa2nya jelas ada maksud tersirat yang ingin suami sampaikan kepada insan yang akan begelar suri di hatinya....

Puas aku berfikir dan bertanya, dan akhirnya kini aku mendapat jawapan itu.Sebenarnya, suami mahu isterinya punya kecantikan dari segi menjaga tingkah laku sebagai isteri solehah dan menjaga penampilan diri.Kerana penampilan diri juga sangat penting selain dari keperibadian yang menawan.Kerana secantik2 perhiasan itu adalah wanita solehah.

Segala2nya hanya kerana Allah..
Aku selalu lihat ketabahan dalam diri  mak.Memang ramai yang kata mak wanita yang sabar bila dimadukan.Tapi disebalik ketabahan, mak selalu sembunyikan air matanya daripada kami.Walaupun di hadapan kami, mak berlagak tenang tapi bila malam hari, kulihat mak menangis. Terisak2 tangisannya setiap kali berdoa sehingga basah hujung kain telekungnya.Mak juga tetap tekun menyediakan makan minum abah dan kami adik beradik, mendidik dan mengasuh kami sejak kecil tanpa ada rasa jemu.Mak tetap menjalankan tugasnya sebagai isteri dan ibu walaupun hati mak selalu terluka.Bertahun2, begitulah harian mak, bersama titipan doa yang tidak lekang dibibir mak agar peroleh bahagia..

Dan ternyata hasilnya, abah lebih menyayangi mak.Buktinya, apabila dalam kesusahan mak lah tempat yang abah suka adukan berbanding isteri muda.Apabila abah sakit, mak orang pertama yang dicari.Minta dipicitkan dan ditemani ke hospital.Begitu juga dengan hal2 yang kecil seperti memotong kuku, bercukur, semua itu menjadi tugas mak sejak berpuluh tahun tanpa ada orang yang menggantikannya...

Abah juga sekarang semakin rajin solat malam dan sangat kurang tidur berbanding dahulu.Dan yang terbaru abah telah berhenti merokok secara drastik sejak bulan puasa kelmarin..Kami juga terkejut.Tapi kami adik beradik percaya, ini adalah hasil doa2 mak yang telah Allah tunaikan.Dan aku tahu Allah memang selalu bersama orang yang sabar..

Sewaktu kecil, aku selalu tanya abah;
"Abah sayangkan mak tak?"
 "Tentulah sayang"
"kita adik beradik?"
"Sayang"
"Tapi kenapa abah kahwin lain?"
Abah diam.Dia kemudian menyambung..
"Yang penting abah sayang semua anak2 abah, dan mak tu tetap nombor satu dalam hati abah"Ujar abah perlahan.Dan abah selalu cakap kepada kami, walau macam mana mak marah, membebel dan merajuk dengan abah, abah tetap akan maafkan mak sampai akhir hayat abah.

Dan setiap kali hal ini kami sampaikan kepada mak, mak senyum berbunga.Air mata mak berjurai jatuh ke pipi.Dan aku tahu, walaupun mak memang suka marah2 kepada abah, tapi aku tahu mak sayangkan abah.dan sejak2 akhir2 ini, mak mula merelakan segalanya setelah berbelas tahun hidup bermadu.

Mak sudah mula berbaik dengan ibu tiri sejak beberapa tahun terakhir ini dan kata mak dia lakukan semua ini kerana Allah.Dia tidak mahu menyimpan dendam kepada sesiapa.kerana walau semarah manapun dan terluka hatinya, dia tetap tidak dapat mengubah kenyataan yang abah telah berkahwin lain.Lagipun umur yg ada bukanlah hanya untuk menangisi pekara dunia kerana itu akan merugikan mak selama ini.Begitulah kata2 mak yang sering membuat aku rasa hiba takala mendengarnya...Dan aku tahu mak kini tenang dalam keputusannya..

Dalam surah Al-Fath ayat 4, Allah S.w.t berfirman, "Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin".

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan ketenteraman hati hanya mampu dimunculkan oleh Allah Yang Maha Pengasih.Itupun hanya diberikan kepada mereka yang beriman.Dan kerana itu jualah, kelaurga yang "sakinah" tidak akan mampu dibangun kecuali keluarga itu dibangun dengan landasan keimanan yang kuat ...Wallahualam..

Bunga2 itu,
akan layu,
jika tidak di baja dan disiram,
Begitu juga ikatan perkahwinan ini,
akan layu jika tidak dibajai dengan kasih sayang dan pengorbanan,
Sabar dan doa adalah air,,
dan  ketakwaan kepada Allah umpama matahari yang membekalkan cahaya,
Agar cinta itu,
tidak layu dimakan usia
Sekian..bingkisan hati seorang isteri...

22 comments:

  1. Salam...
    Bingkisan cerita yang menarik, semoga Ina terus bahagia di bawah lindungan payung-Nya. Ameen.

    ReplyDelete
  2. Salam!
    Semakin berusianya seseorang lelaki, besar kemungkinan perangainya berubah menjadi lebih pendiam hasil dari proses kematangan. Bukan bermakna kasih dah berubah tetapi perkara2 yg lebih besar harus difokuskan. Menjadi ketua dlm keluarga, mungkin ketua juga dlm masyarakat dan tempat kerja juga menyebabkan masa yg diluangkan utk keluarga makin berkurangan tetapi itukan tugas `hablon minannas` yg menjadi t/jawab kpd Allah. Yg paling penting seorang isteri kena faham bahawa dgn menjaga anak2nya maka kita telah menterjemahkan kasih syg pada ibu kpd anak2 tersebut krn suami tahu betapa susahnya seorg ibu melahir dan mendidik anak2. Wallahualam

    ReplyDelete
  3. salam..fia doakan pkahwinan haslina kekal sehingga ke akhirat kelak..amin =)

    ReplyDelete
  4. Salam Tajnur,
    terima kasih Kerana selalu sudi mencoret komen2 yang sangat berguna untuk dikongsi..

    ReplyDelete
  5. Salam Fia Abas...
    Alhamdulillah..terima kasih atas doanya ye adik Fia.:-)

    ReplyDelete
  6. salam..agak terlewat mbc..da 2 ari xonline..sdih bc entry kalini...xble tahan air mata..entry yg sgt2 menarik..sdih bc ksah mama..mdah2an kt ble jd setabah mama dlm mnjlani hidup sbg seorg isteri..mg kbahagiaan milik kt dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  7. Salam Ida..
    mama mmg kuat kan ida.Byk sbenarnya nak tulis pasal mak tapi tak termampu nak cite..

    Smg kita jumpa ye kat Rompin nanti.Mcm2 ada nak cite
    .:-)

    ReplyDelete
  8. sangat menarik dan saya terlalu terharu sampai mengalir air mata. semoga perkahwinan kakak sampai ke Jannah.

    ReplyDelete
  9. Salam Syaza Mari'yah..

    Alhamdulillah..Terima kasih atas doanya ye adik Syaza..Ameen

    ReplyDelete
  10. salam ayang....

    terharu baca blog ayang...rasa nak menitis air mata....

    maafkn abg kalu ada masa abg melukakn ati ayg...

    Apapun,sama2 kita b'doa kebahagiaan milik kita smpi akhir hayat kita...

    suamimu, Muhammad Azhan.

    ReplyDelete
  11. Salam suamiku,

    Terima kasih, terharu rsnya kerana akhirnya abg sudi mencoret sepatah dua kata untuk blog ni.Ayang dah tahu abang mmg sll curi2 baca blog ayang kan?
    Hehe..
    Sebenarnya,ayg yg lebih byk buat salah dgn abg.Smg abg maafkan isteri abang yg banyak kekurangan ni ye..
    Sama2 jg kita berdoa agar dapat membangunkan keluarga sakinah bersama.Ameen..

    ReplyDelete
  12. Masyallah suami isteri yang memahami..malah boleh beri qudwah pada bakal yg bergelar suami dan i=steri yang halal itu..

    barakallahu lakuma...allahumma amin..
    dari sy..ibn suhaimi jordn..

    ReplyDelete
  13. salam akak..
    sy suke la baca blog akak..
    sy dpt rasekan ketulusan hati akak tyme sy bace entri2 akak..
    ade yg sedih..xdapat nak tahan..
    smoge kisah akak boleh dijadikan panduan..insyaAllah...
    n smoge Allah sentiasa melindungi akak n suami ye..(^_^)
    all the best!!smoge berbahagia selalu..

    ReplyDelete
  14. sgt menarik... moga kekal hingga ke syugaNYA..
    -ainurislah-

    ReplyDelete
  15. Salam ibn Suhaimi..
    Ameen..
    Yang baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu adalah daripada kelemahan kami masing2..wallahua'lam...:-)

    ReplyDelete
  16. Salam Laila Abdullah..
    Maaf agak kelewatan membalas komen2 yg ada.
    Adik Laila,
    Apa yg akak tulis ni adlh mengenai kisah yg akak lalui yg akak rs blh berkongsi dgn semua..Wallahua'lam..
    BTW, Terima kasih atas doanya ye dik..Ameen..:-)

    ReplyDelete
  17. Terharunya, menarik catitannya...cemburu melihat kebahagian tersebut..kerana saya sangat jauh beza dari kak haslina..xmungkin saya akan dapat membina keluarga yg sebagus ini...sebab Allah dah janji, pompuan baik untuk lelaki baik..tpi saya xbaik mana...thanks atas coretan yang sgt bermakne..
    saya doakan semoga bahagia dunia akhirat..Amin...

    ReplyDelete
  18. tahniah.... bc blog lina ni beri 1 suntikan semangat pd diri saya ni.. smoga sy jg mengharungi bahtera perkahwinan sy sama seperti lina dgn penuh kebahagian... sy doakan lina, lina doakan sy jg ye...
    ........ UMMU RAZIQUE

    ReplyDelete
  19. salam kakhaslina, jzkk atas perkongsian hati yg menjadi tarbiyah diri..sgt menarik..lebih menarik bila nukilan hidup kakhaslina ni mirip kisah sy..lagi terkesan dan tersentuh..jazakillahukhair kak ina..smoga Allah takdirkan yg terbaik utk kita..

    ReplyDelete
  20. terharu baca ceritaney... alhamdullilah Allah mmberikan bahagia pada kak,,,,

    ReplyDelete