Thursday, December 9, 2010

Masa yg terus berjalan.....salam Maal-Hijrah




Alhamdulillah...

Syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya...kita masih bernafas di bumi Allah ini.Terasa diri cukup kerdil untuk terus menikmati segala anugerah ini.Mahasuci Allah kerana masih memberi ruang dan masa untuk hambaNya terus bermuasabah diri.Mengukur kehilafan selama hayat ini...

Masa berlalu begitu pantas.Sedar dan tidak, kini aku telah pun begelar seorang isteri.Tempatku di sini.Di sisi suami yang tersayang.Meski susah dan senang, aku ingin mengharunginya bersama2 suami.Itulah  niat yg terpatri semenjak hari pertama pernikahan kami.Itulah yg sering aku harapkan untuk sisa hidupku nanti..

Mungkin perjalanan yg bakal kami tempuhi masih jauh dan mungkin berliku2 keadaannya....namun tiada lain yg kuharapkan selain segalanya berjalan dgn baik.Bak kata, lidah mana yg tidak pernah tergigit, ini kan pula suami isteri...tidak pernah lekang doa agar kebahagiaan itu menjadi milik kami.....

Sungguh masa itu terasa singkat...

Tiap kali bila berhubung dengan teman2 lama, seperti seakan semalam meninggalkan alam pengajian.Seakan segalanya baru berlangsung semalam.Dr zaman kanak2, seterusnya ke alam remaja dan sekarng mnuju kealam kedewasaan.Segalanya berlangsung bagai sebuah  mimpi di malam hari.

Dan masa yg berlalu membuatkan aku selalu berfikir..yg masa tidak pernah berhenti.Sentiasa berjalan mengikut aturannya.Seperti bumi yang sentiasa berputar pada paksinya.Seperti malam dan siang yg silih berganti  mengikut peredarannya...Maha suci Allah yang menjadikan semua ini.Dialah yang mengatur setiap sesuatu itu......ubhanallah..

Yang telah pergi...
Sebenarnya, baru2 ini aku sedikit terkejut dengan peristiwa kematian anak kepada sahabat mak.Kematiannya sgt tragis dan menyayat hati.Hanya doa Semoga Allah memberi kekuatan kepada si ibu yg baru kehilangan anaknya.Mengenang usia arwah yg masih belasan tahun, mengingatkan aku yg kematian itu  tidak pernah mengenal usia.Di mana dan dengan keadaan yg bagaimana tidak pernah kita tahu keadaannya melainkan yang Maha Mengetahui....

Dan demi masa...
manusia itu selalu dalam  kerugiaan...
Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
serta berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran...
Surah al-Asr (ayat1-3)

Dan masa itu akan terus berjalan.Tapi yg nyata ia bukan milik kita......

 wallahua'lam....

Tuesday, November 2, 2010

Menulislah kerana Allah..



 Alhamdulillah...Syukur kepada Allah kerana sekali lagi aku diberi ruang dan kesempatan untuk terus bertinta...Dan aku bersyukur kerana sudah semakin pulih dari alahan yg agak teruk semasa mengandung..

Terima kasih juga yg tak terhingga kepada rakan2 yg sudi mendoakan dan mengambil berat tentang diri ini..Alhamdulillah,,moga ukhuwah antara kita berterusan meskipun tidak pernah bersua muka.

Semakin sarat..

Friday, May 7, 2010

Berehat seketika...

Sudah lama rasanya membiarkan blog ini sepi tanpa pengisian.Terasa sedikit janggal setiap kali jari menyentuh papan kekunci.Dan seperti hari2 semalam, aku menulis lagi.Dan ternyata rasa rindu benar untuk bertinta...apalagi memikirkan masih ada pekara yang ingin sangat2 aku kongsi bersama.Dan terkadang rasa sarat untuk diluah, namun ternyata pekara itu agak sukar dilakukan buat masa ini...


Berita suka duka..
Sebenarnya, untuk pengetahuan sesiapa yg mengikuti penulisanku, aku telah hamil 2 bulan lebih.Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan  rezeki.Dan sememangnya berita ini sangat dinanti suami.Suami memang ingin punya anak yang ramai.Aku juga begitu...Cuma, mengandung kali ini alahannya seperti mengandungkan anak sulung dulu.Agak teruk....

Setiap hari aku merasa lesu.Tekak sentiasa mual dan muntah2 sehingga 2-3 kali sehari.Dan sememangnya aku merasakan ini adalah sesuatu yang agak berat untuk dilalui buat ibu2 terutama yang pernah mengalaminya.Memang tidak mampu berbuat banyak pekara dan tidak aktif seperti kebiasaan..

Aku tahu ini merupakan ujian buat diri ini.Dan sesiapa pun ibu2 di dunia ini rasanya mahu mudah melalui pengalaman mengandung dan melahirkan.Namun tidak semua ibu memperoleh anugerah ini.

Apapun, aku redha atas semuanya.Dan ini adalah bahagian2 yang Allah sudah tentukan untuk hamba2nya.Cumanya aku sedikit kasihan melihat anak dan suami.Mujur suami sangat memahami.Bayangkan, sepanjang tempoh ini, aku tidak dapat menyediakan masakan untuk suami.Kerana aku alah dengan bau masakan.Setiap hari suami terpaksa membeli makanan dari luar..

Terima kasih suamiku...
Dikesempatan yg ada ini juga aku ingin ucapkan ribuan terima kasih untuk suami.Ternyata layanan suami tidak pernah berubah setiap kali aku tidak sihat.Dialah yang sentiasa menemaniku...memicit dan memberi kata2 semangat dan dorongan agar isterinya kuat dalam menghadapi kesakitan ini..

Berehat seketika..
Dan memandangkan keadaan kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan, aku mengambil keputusan untuk berehat seketika.Mungkin 3 bulan,4 atau 9 bulan..Jika diizinkan Allah, aku ingin sekali menulis dan menulis sekiranya ada rezeki untukku lagi...

Cuma apa yang dapat aku kongsikan sedikit pd pengalaman kal ini adalah, mungkin inilah hikmah kenapa aku ditakdirkan Allah tidak bekerja..Itu jua hikmah yang tersembunyi yg tidak aku sedari selama ini.Kerana jika keadaan aku begini, aku tidak mungkin selesa melakukan banyak kerja.Pening, mual dan demam silih berganti mendatangi aku...dan aku redha menghadapi semua ini.Moga2 Allah mengampuni dosa2 ku yang lampau....

p/s untuk sahabat2 semua, insyaallah..jika punya kelapangan waktu dan terasa agak sihat, kalian akan terus kukunjungi.Doakan diriku dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan selamat dan sihat....Ameen...

Sekian dulu ..Wallahua'lam..
Bingkisan hati seorang hamba yang lemah....

Tuesday, April 13, 2010

Aku yang masih rapuh...








 Opick-Rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya diriMu yang bertahta..

"Kawan baik mak  baru je meninggal baru2 ni"Mak memberitahuku baru2 ini.Aku merenung ke ruang mata mak.Cuba membaca kesedihan yang tampak bersarang di raut wajahnya.

Monday, April 12, 2010

Dalam mencari rezeki..



Baru2 ini, ketika aku sedang  menonton TV, aku dikejutkan dengan suara memberi salam.Bisik hati, siapa yang datang panas2 begini.Aku bangkit dr duduk dan terus melihat ke luar tingkap.Kelihatan seorang budak membawa basikal di pintu pagar rumah. Bahagian depan dan belakangnya sarat dengan bungkusan2 makanan.

"Nak beli mee rojak cik?"Tanya kanak2 itu separuh menjerit.

Saturday, April 10, 2010

Pengorbanan yang perlu dihargai...


Sungguh sekejap dirasakan masa berlalu.Seminggu di kampung terasa begitu singkat untuk dilalui.Dan di waktu ini kerinduan itu masih terasa kerana terpaksa berpisahdgn keluarga terutama  dengan mak dan abah.

Aku bukannya anak yg terlalu manja.Selama ini pun aku selalu berpisah dengan mak dan abah.Tapi entah kenapa sejak begelar isteri, setiap kali hendak berpisah, hati jadi sangat berat.Sehingga mudah saja bergenang air mata dikelopak.Lagipula mak selalu kata..."Tempat seorang isteri itu adalah di sisi suami"Aku faham dan redha menerima semua itu.Kerana hati juga enggan lama2 berpisah dengan ayah kepada anakku.Kerana cinta dan kasih sayang kepada kedua mereka seperti air yang tidak bisa dicincang..Akan ku bawa sehingga ke akhir hayatku..Begitulah selalu harapanku....

Kelahiran cahaya mata

Thursday, March 25, 2010

Jadilah orang berguna


Artikel kali ini adalah rentetan daripada artikel berjudul "Sabar itu indah".Alhamdulillah banyak komen diterima menangkis percakapan orang2 yang sering bersikap pesimis terhadap sesuatu pekara terutama berkait dengan kelemahan orang lain..Dan ini  membuat diri ini benar2 merasa ada suatu "tenaga" untuk terus berbicara dan berkongsi rasa tentang perasaan hati ketika ini.

Kerana dulu, aku sering merasa kalah dengan teman2 yang punya kerjaya.Kadang2 rasa tersisih dek kerana sering menjeruk rasa dengan sindiran orang2 sekeliling.Padahal, jauh di sudut hati, aku juga mahu jadi seperti mereka.Punya kerjaya dan wang milik sendiri.Ingin jadi isteri yang sehebat wanita2 bekerjaya diluar sana.Padahal sepatutnya aku harus faham, kekurangan dan kelebihan yang Allah berikan terhadap setiap manusia itu berlainan sama sekali..Dan tidak semua impian kita itu adalah yang terbaik buat diri ini.


Thursday, March 18, 2010

Agar bahagia...




Aku sungguh tertarik dengan bait2 kata2 ini...

"Kebahagiaan keluarga itu akan tercapai dengan daya usaha mewujudkannya, bukan sekadar mengharapkan saja"

Sebagai seorang isteri yang serba kekurangan, aku selalu akur dengan kelemahan diri.Tapi dari hari ke hari aku juga cuba memperbaiki diri agar dapat menjadi isteri yg sentiasa menjadi penyejuk hati dan mata suami.Dan aku lihat usaha2 itu juga perlu ada pada diri seorang suami.Agar rumahtangga yang dibina insyaallah dalam "keredhaaNya"...

Sesiapun di dunia ini, apabila bergelar isteri, ingin sehidup semati bersama si suami.Maksudnya ingin susah senang, ketawa dan gembira bersama suami dan anak2.Mahu mengharungi segalanya bersama dalam sebuah ikatan yang suci iaitu "pernikahan".Kerana sidia adalah jodoh yang telah ditetapkan Allah sejak azali, sejak kita tidak mengerti apa2 tentang hidup ini.Itulah takdir Allah....

Namun, terasa sangat sedih jika perkahwinan yg dibina putus ditengah jalan.Dan lebih2 lagi jikalau terputusnya ikatan hanya kerana hal2 kecil yang tidak munasabah...........

Hari2 pertama di rumah mertua...

Tuesday, March 9, 2010

Kita semakin terancam...


Sejak kebelakangan ni, aku tidak dapat tidur lena.Ada bermacam persoalan, kerisauan, kesedihan yang bersarang dalam fikiran..Puas memikir, puas termenung, akhirnya aku memilih untuk meluah dalam blog...untuk berbicara telus melalui hati dan moga Allah terus memberikan kekuatan kepada diri ini..
**

Sunday, March 7, 2010

Sabar itu indah


 "Ina..bila nak kerja ni, takkan nak duduk rumah je?"Begitulah lebih kurang kata2 seorang  teman yg pada aku lebih kepada satu sindiran.
Aku membalas dengan senyuman yang sedikit hambar..
"Macam mana nak kerja kak, suami tak bagi.."Balas aku dengan nada sedikit mengeluh.
"Hmm..kalau dah macam tu, duduk ajelah rumah buat anak ramai2.Baru berbaloi"Sambung rakan kemudian sambil ketawa.Aku juga turut ketawa kecil untuk mengelakkan ada ketegangan antara kami.Namun, dalam hati Allah sahaja yg tahu betapa hati rasa terguris takala mendengar kata2 itu.

Sunday, February 28, 2010

Kita semakin kejam...kenapa??



Ya Allah..

Air mata yang sudah ku tahan akhirnya bederai juga.Hati benar2 sebak sebaik telinga mendengar kisah ini.Bukan kisah dongeng tapi suatu  kenyataan yang tidak boleh diundur.Ketika berita ini kudengar, aku masih leka di dapur menghabiskan sisa2 pinggan yang hendak dibasuh.Namun entah kenapa tubuh seolah2 terdorong untuk menyaksikan berita ini di kaca TV.

Thursday, February 25, 2010

Aku merinduinya..


( sekadar gambar hiasan )

Hari ini, jika imbas kembali pada beribu2 tahun dahulu, telah lahir seorang rasul yang membawa sinar ke seluruh alam ini.Dialah insan mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W, penghulu kita, penghulu umat Islam iaitu Rasul yang terakhir....

Setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati Rasulullah S.A.W.Namun sedalam mana penghayatan kita ke atas sambutan ini, terpulang kepada diri sendiri.Terpulang kepada sebanyak mana perasaan cintakan Rasul kita.

Kerana jika kita tidak memupuk dalam diri akan perasaan cintakan Rasul, manakan boleh meraih nikmat rindukannya.Kerana disebabkan cinta jugalah membawa kita untuk patuh dengan sunahnya.Membawa kita untuk mencontohi keperibadian baginda yg sangat mulia.

Sesungguhnya telah ada pada ( diri ) Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu ( iaitu ) bagi orang yang mengharap ( rahmat ) Allah dan ( kedatangan ) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
( Surah Al-Ahzab ayat 21 )

Namun, sedihnya  berapa ramai sangat antara kita umat islam  yang benar2 mencintai Rasulullah?Berapa ramai yang benar2 menghayati sambutan bagi meraikan kelahiran insan mulia ini?.Malah kita benar2 jadi manusia yang kedekut dan sombong untuk mengalirkan air mata rindu kepada baginda.Atau setidak2nya sedih apabila mengingati perjuangan pahit getir baginda dlm menegakkan syiar Islam.

Friday, February 19, 2010

Kita hanyalah hamba..

Hari ini... dalam keadaan kesihatan yg kurang memberansangkan.
Aku merasa rindu....benar2 rindu.
Resah mencari sesuatu yang kurasakan hilang..

Namun, inilah kehidupan..
Adakala kita berdiri dengan gah
Adakala kita tersungkur rebah.....

Manusia..
Dalam mencari kesempurnaan..
Kadang2 jadi lupa diri
Lupa hakikat yang diri ini hanyalah hamba..

Aku rindu saat2 itu.Saat zaman kanak2 ku.Yang tidak pernah kenal erti kepayahan hidup.Yang tidak kenal erti penderitaan.Yang kutahu hanyalah bermain.Aku masih ingat.Dulu, aku tidak pernah menikmati permainan canggih seperti yg dimiliki kanak2 hari ini.Tempat bermainku adalah paya yg kotor.Menangguk ikan2 kecil untuk di bawa pulang.Gemar mencari buah kemunting sebagai kudapan setiap kali mengikut abah ke hutan.Dan sangat gembira bila pulang dengan bekalan buah nipah dan sayur nibung..

Thursday, February 18, 2010

Anugerah Terindah

 "Tak tahan la rasa sejak akhir2 megandung ni, seluruh badan gatal2.tengok ni..habis..."Kata adik perempuanku Shida sambil menggaru2 lengannya.Aku memandang bekas tempat yang digaru.Memang agak teruk.Dah hampir melecet.Parut2 jelas kelihatan pada kulitnya yg putih kemerahan itu.

"Sabarlah..sapu ubat ni, jangan garu"Balas aku sambil menghulurkan minyak kepadanya.

Thursday, February 4, 2010

Bolehkah Zuhud?


Aku adalah antara ribuan wanita yang sukakan majalah dekorasi.Kerana memang fitrah wanita sukakan kecantikan dan keindahan.Suka bila dipuji..Suka kalau dikagumi.Apalagi menonton rancangan DECO, pasti aku tidak 'miss' walau satu episod.

Friday, January 29, 2010

Mengapa perlu berubah??


"Kak..boleh tak kita nak pakai tudung labuh?"

Suatu ketika aku pernah ditanya begini.Tidak faham kenapa dia memilih aku untuk bertanyakan soalan sebegini.Sedangkan pada dasarnya, aku tidak layak ditanya begitu.Aku hanya hamba yang sering melakukan kesilapan.Yang jarang2 taat untuk beribadah.

Adakala bila aku rasa perlu untuk solat, aku akan solat tapi jika tidak aku akan mengabaikannya.Walaupun terkadang timbul penyesalan dlm hati, tapi sering tidak serik melakukannya.Mungkin jika datang keinsafan hanyalah untuk seketika, kemudian mengulang dan ulang lagi kesilapan yg sama..

Monday, January 25, 2010

Mana bayi kita?



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ceria tak melihat wajah comel di bawah ni.Sebagai ibu, aku sangat merasa terhibur..jom cuci mata sama2..insyaallah..



























Tapi macam mana dengan bayi ni??



Ini juga..?!


Dan yang ni?


Sebagai seorang ibu, hati juga mudah rasa tersentuh.Melihat anak2 orang lain, seperti melihat anak sendiri.

kerana apa ya?
Kerana aku juga seorang ibu, aku juga seorang insan.Yang punya rasa simpati dan peduli..

Tapi sampai mana?

Anak2 kita orang ISLAM.Bayi2 dan kanak2 ini adalah generasi ISLAM.Sampai bila ye ini akan berterusan..
Berjuanglah adik, berjuanglah rakan2 kerana Allah..

Selamatkanlah PALESTINE..
SAVE PALESTINE..

Mahukah melihat  bayi2 orang ISLAM lagi..?
Ini dia..


Bayi ISLAM..dilahirkan untuk diambil nyawanya?
Aku tidak sanggup merenung gambar ini lagi.Kerana aku tidak kuat..Kuatkah orang lain melihatnya..Kuatkah??

Dan cukupkah sekadar bersimpati?Cukupkah?

Sudahkah kita bertanya diri apa silap kita?Adakah kita rela membiarkannya??

Kalaulah mengikut sedikit iman yang terpalit pada diri, sanggupkah kita syahid kerana Allah?Ke medan perang?.Atau setidaknya perjuangan menentang hawa nafsu duniawi.Menentang hasutan hasutan Syaitan..Bolehkah kita?

Sampai bila hendak melihat bayi ISLAM yang sebegini?
Sampai bila....?







Tuesday, January 19, 2010

"Anak kita di syurga.."



“Ye Ye adik balik! Adik balik!”Kami adik beradik bersorak keseronokan.Rindu benar dengan adik.Dirasakan waktu seminggu sudah cukup lama berpisah dengan si kecil bernama Hasnadiah.
Tak tertahan rasanya untuk mencium pipi adik yang gebu.
“Mak..kenapa orang tu  bungkus adik?”Begitulah soalanku sewaktu melihat adik diperlakukan sedemikian rupa.
Kulihat ada beberapa orang yang memandang aku sambil menggeleng.Pelik!Ramai  sungguh orang berkopiah dan bersongkok  sewaktu itu.Yang pelik lagi, mak, atuk dan abah tidak seperti biasa.Kelakuan mereka hari itu sungguh aneh.
Ku lihat mak duduk berdekatan adik.Air mata masih bersisa di matanya yg sudah membengkak.Perasaan mak ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu….

Tuesday, January 12, 2010

CITA-CITA YANG BELUM TERCAPAI..



Dah lama tak menulis..nak menjenguk blog lama2 pn agak payah skrg ni.Sibuk sikit.Sebenarnya, aku dalam proses untuk 'develop' blog perniagaan.Insyaallah..ada rezeki, aku dan kawan baik akan meneruskan perniagaan barang2 muslimah ni insyaallah..

Sebenarnya sejak berumah tangga dan tidak bekerja, ada 3 cita2 ku selalu harapkan menjadi kenyataan.Cita2 ketigaku  ialah berniaga dlm internet dan yang kedua aku masih simpan cita2 untk sambung belajar ke peringkat degree dan kalau boleh ke peringkat seterusnya.Memang dari kecik aku punya cita2 tinggi.Tapi nampaknya sampai sekarang masih belum boleh tertunai.

Wednesday, January 6, 2010

AKU BUKAN SESIAPA....











Aku bukanlah sesiapa.Hanya seorang isteri yg serba kekurangan.Serta sering mengharapkan pengertian ...tapi tidak tahu bagaimana?
“Jomlah..kita pergi”Beria2  suamiku mengajak.
“Tak naklah..segan”Jawabku dalam nada bergurau.
Suami menarik muka sedikit.Merajuk agaknya
“Segan apa?”
“Segan dgn kawan2 abang”Ujarku bersahaja sambil senyum.

Begitulah seringkali alasan yg kuberi walaupun akhirnya  aku akur dgn kehendak suami.Bimbang kalau2 terpaksa melukakan hati orang tersayang.
Cuma, entah kenapa aku rasa rendah diri dgn kawan2 abang.Aku tidak tahu kenapa?Tapi hati memang culas, cemas dan gelisah setiap kali suami mengajak untuk ke majlis2 rumah terbuka.
Bukan menolak untuk menemani suami.Bukan juga sombong tidak mahu bercampur...

Sunday, January 3, 2010

TUTUPLAH AURATMU



Assalamualaikum..W.B.T

Hari ini, sudah hari ke 4 tahun baru.Masa dirasakn cepat benar berlalu.Sedar x sedar umur kita semakin meningkat dan kematian jg semakin dekat.

Semalam, aku, suami, anak dan bapa mertua ku bersolat di masjid besar Pasir Gudang.Dah lama x ke masjid ni.Terasa rindu benar untuk ke sini.

Sewaktu melintas untuk ke bilik air, aku terserempak dgn seorang hamba Allah yg hanya berskirt pendek dan berbaju sendat.Hampir terbeliak biji mata melihatnya.Mujur kaum Adam sudah berada dalam masjid untuk bersolat.Klau tidak aku jg tidak sanggup utk memikirkannya...