Friday, January 29, 2010

Mengapa perlu berubah??


"Kak..boleh tak kita nak pakai tudung labuh?"

Suatu ketika aku pernah ditanya begini.Tidak faham kenapa dia memilih aku untuk bertanyakan soalan sebegini.Sedangkan pada dasarnya, aku tidak layak ditanya begitu.Aku hanya hamba yang sering melakukan kesilapan.Yang jarang2 taat untuk beribadah.

Adakala bila aku rasa perlu untuk solat, aku akan solat tapi jika tidak aku akan mengabaikannya.Walaupun terkadang timbul penyesalan dlm hati, tapi sering tidak serik melakukannya.Mungkin jika datang keinsafan hanyalah untuk seketika, kemudian mengulang dan ulang lagi kesilapan yg sama..

Walaupun adakala terbit perasaan bimbang untuk menghadapai hari2 kematian, tapi sering menyedapkan hati.
 "Ala..esok2 bertaubatlah, masa panjang lagi .."
Begitulah alasan dalam hati.

Bukan tidak percaya dengan kematian!Bukan!
Tapi suka buat2 lupa.
Bukan tidak takut dengan hari pembalasan!Bukan!
Tapi sering malas memikirkannya..
Itulah diriku...suatu ketika dulu...

"Entah ye..Kak Ina pun tak pasti, tapi...kenapa Zana (bukan nama sebenar) nak bertudung labuh, baju yg ada kan dah elok di pakai?"
Zana menundukkan mukanya.Seketika dia menghela nafas..ada garis2 kesedihan tergambar di wajah ayunya.

"Akak tengoklah kita ni, berazam nak kurus..jadi kita selalu puasa, dan bila dah berjaya kurus ni, berazam nak pakai tudung labuh pulak la kak".Ujar Zana sambil memandangku.

"Bila selalu puasa ni, rasa diri dekat dengan Allah kak..tu sebab Zana nak buat keputusan bertudung labuh"Sambung Zana lagi..

Oh ye..Zana dah nampak sedikit kurus.Aku memuji dlam hati.
"Tapi..akak tak rasa itu cadangan yg baik.Bukan nak menghalang, tapi tengok ajelah kawan2 yang bertudung labuh kat sini, nampak mcm alim je tapi..."Aku berhenti seketika.Bimbang juga dgn kata2 yg bakal diucapkan.

"Hmm..beginilah, akak rasa kalau Zana nak bertudung labuh, lakukannya kerana ikhlas dan kena istiqamah, tapi kalau setakat rasa pasti dengan tidak lebih baik tak payah!"Sambungku lagi.

Aku tidak berniat menghina sesiapa sewaktu itu.Tapi selama ini, aku banyak lihat kebanyakan wanita yg bertudung labuh ini tidaklah sebaik akhlak yg cuba ditonjolkan.Malah, ada yang aku lihat, akhlaknya jauh lebih buruk daripada orang yang tidak bertudung labuh.Apatah lagi, iman mereka juga tidak seteguh yg kita jangkakan.Pantang bertemu dgn sedikit ujian, mereka mudah kalah dan lebih cepat tergoda.

Padahal aku harus sedar..
Kalau selagi namanya manusia, tidak akan pernah terlepas dari godaan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan..Sesiapapun.Tak kira orang yang punya ilmu agama yg tinggi atau tidak!Tetapi sikap2 sesetengah dari merekalah menjadi penyumbang kenapa mereka tidak dicontohi, kenapa mereka tidak dijadikan panduan untuk hati2 yang sedang mencari kekuatan..

Zana kulihat mengangguk faham kata2 aku.Dan selepas pertanyaan itu, beberapa minggu dan entah memakan bulan, kelibat Zana tidak kulihat.Dan mata bagai tidak percaya bila terpandang susuk tubuh ini dengan pakaian yg lebih berani.Bukan bertudung labuh seperti yg dicita2kan, tapi.....??

Aku mengeluh panjang.Dan sehingga kini aku terfikir, adakah silap aku kerana berkata sedemikian kepada Zana.Sehingga terus dia mempedulikan impian murninya baru2 ini

Terfikir apakah kini dia merasa tubuhnya sudah langsing dan layak untuk dipamerkan kepada umum.Dan apakah kini tubuhnya sudah anggun untuk diperlihatkan setelah sekian lama memendam kerana bertubuh gempal..Berbagai persoalan timbul ketika itu.

Namun aku tidak dapat menghalang dan merasa malang kerana tidak berjaya mendorong seseorang yang sudah berniat baik untuk meneruskan niatnya..

Sehingga beberapa lama, hal ini kubiarkan bersama perjalanan waktu yang tidak berhenti.Pendapatku teguh seperti sebelumnya.Untuk apa betudung labuh, jika iman tidak sekuat mana.

Dan beberapa lagi contoh2 manusia akhir zaman kulihat di hadapan mata.Tapi minda tidak pernah terbuka.Nafsu pula sering menutup pintu2 hati untuk bertaubat..Aku lebih memilih untuk besederhana dalam segalanya.Memilih untuk lebih 'enjoy'.Lebih 'santai' bersama mimpi2 indah..

Aku juga hairan kenapa ada golongan yg terlalu 'extreme' dalam beragama.Aku juga seboleh mungkin untuk mengelak berbaik dengan mereka walaupun aku memandang tinggi pada sesetengah mereka tapi aku tidak pernah pun bercita2 menjadi seperti mereka.


Kemudian bila sering bersendirian di rumah begini, bersama janji2 palsu dunia yg selama ini kucita2kan..akhirnya aku memilih untuk kembali ke pangkuan Yang Esa.Yang selama ini aku abaikan...

Entahlah...aku merasa begitu kecewa dengan diri ini kerana selama ini aku tidak pernah mengenali cinta sebenar yang sepatutnya dari dulu kucari..

Sebenarnya apa yg sering aku fikirkan sewaktu itu adalah kenapa kita perlu berubah?
Apakah ada alasan yg ternyata kukuh untuk itu?..

Jawapan sebenarnya sangat mudah..
Kita tanya diri sendiri, adakah kita yakin umur kita masih panjang?
kalau yakin..maka teruslah bercanda dengan irama palsu duniawi ini.
Dan jika tidak!
Maka inilah masanya untuk berubah..

Tidak perlu disuruh, tak perlu dipaksa..semuanya datang dari cetusan2 hati yg bisu tapi mampu menerbitkan perasaan indah ini.Kerana selagi kita berusaha dekat kepada Allah, maka beribu kali Allah mahu dekat dengan kita..

Memang hidup sering berdepan dengan pilihan.Dan pilihan yang kita lakukan harus berupaya untuk menjadikan kita manusia.Bukan manusia biasa, tapi manusia yang taat akan perintah tuhannya.

Jika perjalanan hidup tidak mampu mentarbiyah diri untuk jadi manusia beriman maka disinilah peranan kita untuk mencari ilmu..
Maka diwaktu inilah kita perlu membuka kitab suci yang mungkin sekian lama telah kita tinggalkan..
Bacalah dan fahamilah maknanya..nanti akan terbitlah satu perasaan aneh dalam diri.Dan keindahannya menjadi ubat pada duka lara hidup ini..kerana itulah kalam Allah, Kalam dari Penguasa Sekelian alam..

Memang berat menceritakan persoalan ini kerana aku bukanlah ahlinya.Dan adakala aku merasa takut melihat keadaan hari ini..Kemungkaran melata di mana2.

"Eh!Kau ingat tak si pulan bin sipulan..sudah tak adalah, accident.."
Berkali2 teringat..berkali juga diingatkan..
Dan apabila tiba saat itu, mungkin takut akan terlambat.....................

Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati..Jadi salahkah aku bersedih?
Sekadar luahan hati..

(note : Jika benar2 mahu berubah, janganlah bertanya/meminta pendapat kepada org yg jahil, yg kurg ilmu tntg agama, sebaliknya carilah orang2 yg soleh, yg punya ilmu untuk dirujuk, didampingi dan dijadikan sahabat)
Wallahualam....

6 comments:

  1. salam.. akak..jd tak dier pki tudg labuh?? sy cdg jgn halang, bg support...

    dier dah meninggal ker?

    ReplyDelete
  2. ya Allah kak...
    terase jauh saagt dengan Allah
    Tuhanku..
    ampunkan seala dosa ku
    kurniakan aku husnul khotimah...
    untuk jejakkan kaki ke syurga-Mu

    ReplyDelete
  3. salam adik..(murabbi)

    Kalau adik terasa jauh dgn Allah waktu ini, apatah lagi akak waktu dulu.

    Ms tidak dpt diundur, dan jgn siakan lg sisa2 ms yg ada ni..wallahualam..

    Kak Haslina

    ReplyDelete
  4. Salam LanunSepet..

    Dia belum meninggal dik.Akak juga tak tahu apa perkembangan dia sekarang.Kali terakhir akak tgk dia berpakaian agak ranggi..

    Pendapat yg akak bg ms akak jahil dik.Pekara dah lepas dan tak mungkin boleh diundur ms..

    Apapun pd akak skrg, klau nak berubah kita yg mesti mulakan dari diri sendiri..usaha mencari Redha Allah.Itu yg penting.

    Pendapat orang terutama yg jahil tak boleh diterima pakai.sebaliknya bertanya dan bersahabatlah dgn org yg soleh..itu lebih baik..

    Wallu'alam
    Kak Haslina

    ReplyDelete
  5. mmg benar di tmpt kerja saya pun, mereka yang bertudung labuh menunjukkan perilaku yang tidak sesuai dengan imej yang mereka tunjukkan...kdg2 org2 yg jahil dan orang bukan islam juga memandang dari aspek yg lain...jd bg saya, bg mereka yang bertudung labuh sepatutnya lagi perlu menjaga kelakuan supaya tidak menjadi fitnah kepada agama mereka sendiri...

    ReplyDelete
  6. salam (ibu aiman)

    terima kasih sudi memberi pendapat..

    Memang benar org2 yg bertudung labuh perlulah menunjukkan sikap yg baik dan saharusnya mpy peribadi yg boleh menarik org untk menyukai Islam.Tapi malangnya, sikap sesetengah mereka, menjadikan org memandang sinis kpd gol.ini termasuk sy pd ketika itu..

    Tapi yg penting,jgn pula kerana nila setitik rosak susu sebelanga, jgn kerana sikap sesetengah mereka jd kita terus labelkan org yg bertudung labuh ini adalah jahat..

    Yang seeloknya,bila kita berhijab, hijablah hati sx.Jgn hanya luaran shj yg bagus, tp di dlm kacau bilau.

    Pd sy pula,sy memilih bertudung labuh sbagai satu langkah untuk mendekatkan lagi diri kpd Allah,dlmn jg byk yg perlu dibaiki.Tapi lama juga sebenarnya menangguh impian ini, kerana takut dalaman sy yg tak sesuai dgn pemakaian.
    Apapun sy masih berusaha utk istiqamah dan mahu sgt menjadi hamba yg taat..Insyaallah..

    Haslina

    ReplyDelete