Thursday, February 4, 2010

Bolehkah Zuhud?


Aku adalah antara ribuan wanita yang sukakan majalah dekorasi.Kerana memang fitrah wanita sukakan kecantikan dan keindahan.Suka bila dipuji..Suka kalau dikagumi.Apalagi menonton rancangan DECO, pasti aku tidak 'miss' walau satu episod.

Kerana itu, kalau punya wang yang lebih, aku sering meminta suami membelikan perabot dan pelbagai perhiasan.Aku memang obses dengan warna cat yg pelbagai dengan bunga2 dan pasu pasu apalagi dengan kilauan lampu 2 yang pelbagai gaya.Pendek kata, itulah yang menjadi hobiku yang nombor satu selain berkebun.

Kerana itu hampir setiap tahun, apabila menerima bonus, suami akan memberikan wang untuk peruntukan DECO rumah.Walaupun suami bukanlah jenis lelaki yg gemar menghias rumah, tapi dia tetap memberi kepadaku.Sekadar menggembirakan hatiku yg tidak bekerja dan menghabiskan ms dirumah shj..Tujuannya tidak lebih untuk membuat aku senang..

Tapi sekarang....aku memikirkan untuk berhenti perlahan2 untuk tidak lagi menghias rumah secara berlebihanAku tidak lagi membeli majalah dekorasi dan menonton rancangan itu.Bukan kerana aku tidak lg suka pada kecantikan, tapi cukuplah sekadar rumah itu bersih dan selesa pada pandangan mata.Tidak perlulah sampai berhabisan untuk itu..


TABBARUJ

"Epit, awak tak layak tau pakai baju ni"Ulas adik lelakiku kpd adik bongsu.Ketika itu kami sedang menonton TV.

Adik memandang abangnya dengan muka berkerut.

Aku yang mendengar itu, terus menyampuk..Kerana memang aku selalu membela adik bongsuku.Agaknya mungkin kerana Ridwan ni perangainya agak garang dan kadang2 kelakuannya agak menjengkelkan pd aku.Sedangkan adik bongsuku, Firdaus, lebih berlembut dalam betutur dan lebih tinggi sifat sabarnya.

"Kenapa pulak, biarlah dia..dia nak begaya sikit apa salahnya".

"Bukan tu masalahnya, tapi dia ni bergaya sangat.Setiap kali nak keluar mesti nak smart2.Stylish la konon.Rambut cacak2"Komen Ridwan lagi.Aku mencebik muka.

"Ala..dengki la tu"Firdaus membalas..

"A'ah..apa salahnya, takkan nak selekeh je.Islam pun menggalakkan seseorang tu untuk sentiasa kemas dan bersih.Islam pun suka pada kecantikan kan?"Balas aku lagi membela.Aku tidak mahu juga meneruskan kata2.Takut Ridwan akan terasa.

Sebab adikku yg seorang ini memang tidak pandai bergaya macam anak2 muda lain.Apa yang dipakai dirumah, itulah yg dia pakai untuk keluar.Yang hairannya, dia selesa dengan imej selekehnya.Kecuali ke masjid, dia akan pakai cantiksikit  dengan semburan perfume .Gaya percakapan dan pemikirannya pula selalu macam orang2 yang dah tua.Sebab tu Ridwan tak punya ramai kawan.Masanya pula lebih banyak dirumah kalau tidak bekerja.Tidak pandai membuang waktu jauh sekali nak melepak2 atau merayau diluar.Tapi yang ini memang aku puji.

"OK ye..cuba awak pakai baju buruk ni, pergi ke bandar, boleh?"Tanya Ridwan sambil menunjukkan Tshirt buruknya.

Firdaus tersenyum sinis."Tak naklah malu.."

"Haa..sebabtulah aku kata awak tak layak pakai, sebab awak akan malu kalau pakai baju buruk ni kan?Sebab tu setiap kali nak keluar mesti nak kena pakai lawa2 nak tunjuk orang yang awak ni bergaya, ..sebab apa?RIAK la tu namanya.."

Aku diam saja.Tak ada ayat pembelaan lagi.Dalam diam mengiyakan kata2nya..Memang benar, kita malu kalau dipandang miskin dan selekeh, tapi kita tidak malu kalau tidak bersolat dan beramal soleh.Kita malu kalau rumah kita buruk dan usang tapi kita bangga kalau punya rumah yang gah dan mewah walaupun dgn cara yg tidak diredhai Allah...

Dulu sewaktu gaji suami masih rendah, aku tidak kisah kalau rumah tidak punya perabot.Tapi adakala timbul juga rasa malu  kalau ada orang bertandang.Apa lagi kalau yang datang itu, matanya suka memandang keliling rumah.

Aku sering beranggap , biarlah berhabis sedikit asalkan rumah nampak cantik.Barulah orang yang datang tidak mengata...

Kadang2 terfikir, sikap aku yang satu ini terlalu buruk.Sedangkan selama ini aku berusaha untuk tidak Tabbaruj dan terlalu mencintai dunia.Kalau dulu, setiap kali keluar dari rumah,aku akan mengenakan solekan, semburan minyak wangi dan pakaian yg 'up to date'..tetapi kerana mencintai Allah dan mahu menjadi hamba yg taat, aku tinggalkannya satu persatu.Walaupun sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, tapi akhirnya aku berjaya juga dgn keazaman yg kuat....Tapi dalam tak sedar minat aku untuk DECO ini pula menjadi salah satu perbuatan yg  mengundang kepada TABBARUJ..

Aku jadi manusia yang bangga dengan apa yang aku miliki..

Maaflah jika mungkin aku tersalh tafsir perkataan Tabbaruj atau dengan kata lainnya, riak, ujub dengan kelebihan diri.Mungkin juga kita berusaha untuk tidak memiliki sifat tercela ini, tapi dalam diam kita tidak sedar perasaan ini menular dalam hati.Walaupun aku sering merasa rendah diri dalam pemakaian, tapi aku tetap merasa tinggi dalam menghias rumah.

Apapun pada aku, tidak salah mencantikkan rumah kita.Apatah lagi rumah itu adalah tempat kita dan keluarga .Tempat anak2 kita membesar.Jadi tentulah kita memerlukan keselesaan dan kelengkapan ..tapi tidak perlulah secara berlebihan.Kerana wang lebih yang ada lebih elok disalurkan untuk golongan fakir miskin atau anak yatim.Kerana mereka jangan katakan untuk DECO rumah, untuk mengisi perut pun adakala mereka tidak dapat.Sedangkan kita, makanan yg ada dibuang2.

Aku berkata begini, kerana memang aku dilahirkan serba kekurangan.Abah cuma bekerja kampung.Kadang2 ambil 'Subcontract' menanam rumput.Jadi kemiskinan sgt sinonim dengan hidup kami.Emak tidak pernah fikir untuk menambah perabot dalam rumah atau membeli barang kemas sebaliknya apa yg dipentingkan hanya perut anak2 yang sering berkeroncong..Kadang2 bila bumbung rumah bocor apabila hujan, kami adik beradik sudah pandai mencari bekas untuk menadah air itu.Jadi bagaimana boleh untuk berfikir membesarkan rumah, sedangkan untuk mengganti atap yang bocor pun bertangguh2.

Fikirlah kaum wanita...kita ini golongan yang banyak bilangannya di neraka.Penyebab utama adalah kerana kita mudah dipersonakan dengan keduniaan.Kerana mungkin fitrah wanita sebegitu,.Tapi itu tidak beerti kita harus mengikutkan segala perasaan hati.Besederhanalah dan itu lebih baik.Jangan menyusahkan pekara yang senang..Jadi besabarlah.......

KITA ADALAH UNTUK AKHIRAT
Umar bin Al Khattab R.A meriwayatkan, "Bahawa pada suatu hari aku datang menziarahi Nabi S.A.W, ketika itu aku dapati baginda sedang berbaring di atas tikar yang kasar, yang membekas pada kulit baginda.

"Kemudian aku melihat ke dalam rumahnya dan aku dapati hanya ada satu gantanng gandum kasar.Melihat itu, aku merasa sebak dan menangis tidak tahan maka rasulullah S.A.W bertanya:

"Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"

Aku menjawab : "Aku melihat para kaisar dan kisra, mereka tidur di atas katil-katil dan ranjang yang bagus bagus beralaskan kain sutera, tapi sebaliknya aku melihat engkau Ya Rasulullah tidak seperti mereka"

Kemudian Rasulullah bersabda:"Wahai Umar, tidakkah engkau lebih suka bila untuk kita adalah akhirat dan untuk mereka adalah dunia.

Sedangkan Rasulullah S.A.W, insan yang sangat mulia tidak pernah merasai kemewahan hidup, inikan pula kita yang hina dan banyak dosa.

Tidak salah rasanya mencari kekayaan, tapi janganlah terlalu mencita2kannya.Jika ada rezeki yang lebih, lebih baik diperuntukkan ke jalan Allah.Seperti sifat sahabat2 nabi yang asalnya kaya raya, tapi menjadi miskin kerana menyalurkan hartanya untuk perjuangn Islam.

Tapi bolehkah di zman ini kita ZUHUD?

Kerana manusia hari ini dipandang mulia kerana memiliki harta.Bila punya harta, ramai yang ingin bersahabat dengan kita.Tapi bila kita miskin, saudara pun tidak mengaku saudara.Sedangkan harta itu tidak dibawa mati.

Mahukah aku berkongsi satu lagi cerita.Ada seorang hamba Allah ini, sewaktu hidupnya berusaha mengumpul wang sebanyak mungkin untuk membina rumah besar dan gah, tapi sebaik 2,3 hari rumah itu siap..hamba Allah ini pun kembali kerahmatullah.Jadi tinggallah rumah ini untuk anak cucunya.Yang dia bawa hanyalah amalnya selama di dunia untuk dibawa ke rumah sempit, sunyi dan ternyata gelap itu.

Sedangkan rumah besar yang dibanggak2kan itu hanya memandang bisu sekujur tubuh yang tidak lg bernyawa.Tinggallah rumah itu untuk anak cucunya, dan bagus juga jika sekiranya cara mendapatkan rumah itu dengan cara yang diredhai Allah, tapi jika cara mendapatkannya dengan menipu, menganiaya,..tentulah saham2 dosa itu dirasai oelh keturunanya.Apapun Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yg terjadi kepadanya.Sedangkan sebelum ini, sudah berulang kali dia  diingatkan, tapi kini tidak lg dapat ditolong,Nauzubillah..

Jadi, sama2lah kita fikir keadaan kita ini.Muhasabah diri sebelum terlambat..Wallahu'alam
 Hanya sebuah perkongsian yg tak seberapa..

8 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah, kesedaran2 itu Allah yang letakkan dalam hati.

    Bersederhanalah dalam segala hal. Pakaian, mewah, up to date, smart tak penting..yang penting kemas dan bersih..bila dikatakan zuhud, pakaian kita bukanlah bermaksud selekeh atau koyak rabak. sebaliknya sebagai orang Islam kena jaga kebersihan dan penampilan kemas.

    Orang datang rumah untuk melihat isi rumah? pendedahan yang baru kepada saya sebab masyarakat yang saya lahir dan membesar tidak pula begitu.


    "Hiduplah dengan Islam dan keredhaan Allah, bukan hidup dengan adat dunia dan keredhaan manusia"

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..

    benar dik..kita perlu besederhana..dan itu lebih baik.
    Zuhud bukanlah beerti kita perlu pakai baju koyak, selekeh tak bergosok dgn rambut kusut masai, membiarkan badan berbau atau sbgainya.Islam sendiri mementingkan kebersihan luar dan dalam.

    Rasulullah sendiri suka dgn kecantikan & menyuruh umatnya berpakaian kemas dan bersih.Apatah lagi dgn persekitaran kita.

    Cumanya tidaklah perlu membazir wang yg banyak untuk itu..besederhana itu lebih baik.Bg org yg punya wang yg lebih, misalnya klau blh membeli brgn buatan tempatan lebih elok brbanding membelanjakan untk perabot luar negara.Dan banyak lg contoh lain..

    Orang datang melihat isi rumah..sebenarnya akak sering berdepan dgn mereka sbb itu akak berani katakan.Akak join Yassin & Marhaban di tmpt akak, kbykn mereka suka berbisik2.Komen itu & ini bila msk rumah yg kurg lengkap.Tp memuji2 bila msk ke dlm rumah yg cantyik dekorasinya.Baygkan, mulut mbc yassin tapi mata melilau...klau bersimpati x mengapa, tp mengata..itu yg kadg2tidak tahan.

    Trend berelumba2 membesarkan rumah jg dh sinonim bg org2 dicni.Yg oparah lg mereka sggp berhutang keliling pinggang bg memenuhi keinginan mereka itu..

    Akak hny mbr pendapat..mmg kita hidup perlu mcr keredhan Allah, tp bolehkah kita meraihnya dgn cr begini??

    Adik mungkin beruntung, x terdedah dgn situasi ini..Alhamdulillah..

    Anyway, terima kasih di atas komen..
    Haslina

    ReplyDelete
  3. Sungguh aman Malaysia ini jika semua wanita telah menjadi seperti Puan. Hari ini dunia menjadi huru-hara kerana manusia semakin tamak.
    Sindiran ustaz Zainuddin MZ secara berseloroh mengatakan "Golomgan yang haloba itu mahu segala-galanya, jika boleh langit pun hendak dijadikan hak miliknya. Marilah kita semua bersikap Qanaah. Semoga dengan itu kita semua lebih tenang dalam menghadapi kehidupan. Dengan ketenangan itulah, kita dapat membentuk generasi yang lebih berkarisme dan disegani.

    ReplyDelete
  4. Salam MSOM..

    Sebenarnya sy tidak layak sama sekali dijadikan contoh terbaik.
    Sy sendiri juga skrg sedang berusaha mendidik nafsu sendiri.Mungkin scr berperingkat2..

    Sedangkan pd sy cth terbaik yg harus diikuti adalah isteri2 nabi dan sahabat yg tidak kisah dgn harta dunia ini.malah Rasulullah sndri adlh insan yg patut dicontohi sepenuhnya.
    Tp dizmn ini, berapa rmai sgt yg mencotohi
    peribadi Rasulullah..Sedih.
    Benar Cikgu, bersifat Qanaah lebih baik.Sy sentiasa ingatkan diri sy...
    Haslina

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...salam perkenalan

    setuju dgn akak tp mmg perempuan suka benda-benda yang cantik termasuklah diri saya sbb perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal...jadi kena mujahadah melawan nafsu, itu yang paling susah utk dilaksanakan...

    jika sudi jenguklah blog saya kat www.klinik-ibuaiman.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. hari ini isteri tau jalan ke tesco siap dgn shortcutnya...tapi jalan ke syurga...???
    hari ini sume org bercita cita mencontohi khadijah r.a fatimah r.a aisyah r.a sumayyah r.a dan sahabiah yg lain2 tapi knowlegde ttg hidup mereka hanya 1% saje yg tau...so camno nak ikut..???
    camno cara mereka makan minum kelaparan hadrat fatimah r.a tahajjud aisyah r.a zuhud khadijah r.a kesyahidan summayah r.a....

    ReplyDelete
  7. Salam Kak ( ibu aiman )

    terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog yg tidak seberapa ini.

    Jihad 'melawan nafsu'...itulah sebaik2 jihad.Setiap hr sy ingatkan diri, hidup ini tidak lama.Jadi jgn bersedih dgn dunia, akhiratlah yg utama.

    Sy juga sentiasa ingatkan diri supaya jgn membebankan suami..meminta itu dan ini hny untk memenuhi tuntutan nafsu.

    Tapi itulah, ia x semudah yg kita sangka.Sebab setiap hr kita berlawan dgn gejolak nafsu.Kiri kanan kita dipenuhi dgn janji palsu dunia.Kdg2 merasa tidak kuat jg.

    Apapun semoga Allah memberi kekuatan kpd kita.
    Wallau'alam..
    Haslina

    ReplyDelete
  8. Salam (akuhuduh)

    Masyaallah..mereka terlalu hebat!!

    Haslina

    ReplyDelete