Thursday, February 25, 2010

Aku merinduinya..


( sekadar gambar hiasan )

Hari ini, jika imbas kembali pada beribu2 tahun dahulu, telah lahir seorang rasul yang membawa sinar ke seluruh alam ini.Dialah insan mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W, penghulu kita, penghulu umat Islam iaitu Rasul yang terakhir....

Setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati Rasulullah S.A.W.Namun sedalam mana penghayatan kita ke atas sambutan ini, terpulang kepada diri sendiri.Terpulang kepada sebanyak mana perasaan cintakan Rasul kita.

Kerana jika kita tidak memupuk dalam diri akan perasaan cintakan Rasul, manakan boleh meraih nikmat rindukannya.Kerana disebabkan cinta jugalah membawa kita untuk patuh dengan sunahnya.Membawa kita untuk mencontohi keperibadian baginda yg sangat mulia.

Sesungguhnya telah ada pada ( diri ) Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu ( iaitu ) bagi orang yang mengharap ( rahmat ) Allah dan ( kedatangan ) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
( Surah Al-Ahzab ayat 21 )

Namun, sedihnya  berapa ramai sangat antara kita umat islam  yang benar2 mencintai Rasulullah?Berapa ramai yang benar2 menghayati sambutan bagi meraikan kelahiran insan mulia ini?.Malah kita benar2 jadi manusia yang kedekut dan sombong untuk mengalirkan air mata rindu kepada baginda.Atau setidak2nya sedih apabila mengingati perjuangan pahit getir baginda dlm menegakkan syiar Islam.



Tapi yg hairannya pula, kita langsung tidak kisah apabila menangis terisak2 untuk artis kesayangan kita.Kita tidak kisah  membelanjakan wang untuk menghadiri konsert2 mereka, menonton filem2  mereka, mengundi mereka agar mereka memperoleh trofi.Itu belum lagi dalam hal untuk sanggup bersesak2 untuk bertemu dengan mereka,berhabisan duit rberatus malah beribu2 untuk menunjukkan betapa mereka ada di hati kita.Betapa kita menyanjungi mereka.Betapa untuk membuktikan kita adalah peminat yg nombor satu....

Sungguh sedih....

Idola
Aku teringat  zaman2 remajaku dulu.Aku hanya beranggapan kisah2 nabi ini tidak lebih hanya merupakan kisah2 tinggalan sejarah.Aku selalu menyebut Nama nabi Muhammad, tapi tiada langsung penghayatan untuk mencintai baginda dan mengenal keperibadian baginda yg mulia.Yang aku pentingkan adalah apa yg nampak di depan mata.Apa yg dipuja orang2 sekeliling.Kerana itu aku lebih meminati artis2 dan lebih cenderung untuk meminati orang2 barat yang tidak lebih hny menjanjikan keseronokan palsu..

Kerana pada aku, mereka sangat terkenal.Paras wajah mereka sangat bagus.Apa2 yang mereka lakukan semuanya nampak begitu menyenangkan.Mereka telah berjaya menghiburkan hatiku yang selalu kesunyian. Jadi tidak hairanlah, jika aku sanggup menabung sedikit2 untuk memiliki majalah yang ada wajah artis kegemaranku.Sedangkan aku bukan orang senang.

Dan di antara sebab kenapa aku ingin bekerja sewaktu sekolah adalah kerana aku ingin mengumpul majalah2, poster dan kaset2 artis kononnya kesayangan ini.Kononnya merekalah pujaan hati.Jadi hati cepat mencair kerana kegilaan itu.Malah Kawan2 sekelas di sekolah juga turut berkongsi minat yg sama.Kami tidak mahu terlepas untuk mengikuti perkembangan artis2 ini.Malah habis lirik2 lagu, hobi dan hal2 peribadi mereka kami hafal dan ingat satu persatu.

Dan yg lebih menyedihkan lagi, kami tahu ada segelintir daripada artis2 pujaan ini  bukan sahaja meminum arak dan mabuk, tapi mereka juga sukakan pergaulan bebas yg memang sudah menjadi gaya hidup orang barat.Apalagi artis perempuan yg berpakaian cukup menjolok mata.Mereka suka bertatu, mengambil dadah, melakukan jenayah dan berbagai lagi akhlak yg terlalu buruk untuk dilihat apatah lagi untuk dicontohi..Tapi hati selalu buta untuk menilai.Pandangan sering ditutup dengan keseronokan semata2.

Padahal kalau nak diikutkn, mereka tidak pernah peduli dengan orang2 sepertiku.Setiap hari dalam hidup mereka  tidak lebih hanya untuk wang, keseronokan, pujian dan kegilaan orang terhadap mereka..Itu yg mereka kejar.Itu yg mereka impikan sebenarnya.Tidak ada sesaat pun dalam hidup mereka peduli akan kita iaitu orang melayu islam apatah lagi org yg tidak berharta ini.

Jadi untuk apalah selama ini aku membazirkan masa untuk pekara2 yang langsung tidak berfaedah ini.Dan terasa masa, wang dan tenaga itu habis dengan keadaan yg sangat sia2.Kerana meletakkan seseuatu itu tidak pada haknya.Memuja seseorang yg tidak mendatangkan sedikit pun manfaat pada diri.

Cintakan nabi
Perjalanan waktu selalu mengajar diri akan kehidupan.Terkadang, apabila hati tergerak untuk membaca kisah2 nabi ini, timbul 1001 pertanyaan dalam diri.Mengapa tidak dari dulu aku mencintai Rasulullah.Insan yang berhak untuk dicintai?Insan yang punya keperibadian yang sangat jauh dibandingkan dengan artis2 pujaanku dahulu..

Dan buat masa sekarang, aku sedang cuba memupuk jiwaku agar selalu teringat Nabi S.A.W. Sering timbul rasa suka membaca kisah2 nabi, kisah perjuangan dan perjalanan hidup baginda yg serba payah.Dan air mata mudah berderai mengenang kisah2 lampau yg dilalui baginda

Nabi S.A.W sangat2 mengasihi umatnya.Sehingga akhir nafas baginda yg mulia pun, masih baginda mengingati umatnya..Malah apabila beliau bangkit dari kubur pd hari kiamat ( Nabi Muhammad S.A.W adalah makhluk pertama yg dibangkitkan dari kubur ), perkara pertama yg disebut adalah "Ummati..ummati" ( umat ku...).

Baginda seorang yg zuhud, sangat besederhana orangnya, mencintai anak2 yatim, sering menghidupkan malam dgn bertahajjud sehingga bengkak kedua kaki baginda, sering berlapar dan dahaga, dilempar batu, dihina, dicaci oleh org kafir dan yang paling sedihnya, air mata baginda mudah berlinang  mengenang umatnya yg sekian banyak menghuni neraka.

Masih ingatkah kita hari di mana baginda telah naik ke langit  ketika peristiwa Isra' Mikraj?Tidakkah kita ingat seperti baginda mengingati kita?Tidakkah kita kasih seperti mana baginda mengasihi kita?

Dan mengapa orang kafir atau orang yg kurang didikan agama yg kita jadikan pujaan?Mengapa tidak tokoh2 Islam yg keperibadiannya jauh lebih baik, yang hidup dan matinya untuk Allah, berjuang di jalan kebenaran.Malah mengapa tidak rasulullah sendiri  yg  kita jadikan "role model" sepanjang hidup ini?Mengapa tergamak diri ini?

Dan jika hendak mengambil orang kafir sebagai idola sekalipun,carilah orang2 yang berjaya. Contohi kebijaksanaan mereka.Contohi kecerdikan mereka.Belajar tentang kesungguhan mereka untuk peroleh kejayaan.Malah Rasulullah sendiri menyuruh umatnya menuntut Ilmu,tidak kiralah kita belajar dari siapa dan apa agama mereka, asalkan ia memberi manfaat buat kita malah untuk Islam keseluruhannya.

Entahlah..aku sebenarnya memang  tidak pandai berhujah.Seperti yg selalu aku beritahu, aku juga kurang ilmu.Aku seperti orang2 kebanyakan hari ini.Sehingga terlalu banyak kesilapan yg telah aku lakukan dan tidak sedar ianya akan menjadi bebanan yg cukup berat di akhirat sana..

Namun bila kesedaran itu hadir, aku rasa syg untuk tidak berkongsi.Walaupun ianya amatlah tidak seberapa.Kerana aku sedar siapa diri dan sentiasa mahu untuk muhasabah akan kekurangan diri.Jadi aku bukan menulis untuk suka2 dan jauh sekali mencari publisiti diri..Tapi yg aku inginkan hanyalah Keredhaan dari Ilahi.Itu sahaja...

Pesanan Nabi S.A.W
Ini pula adalah antara pesanan terakhir yang terkandung dalam khutbah terakhir baginda yg kujadikan penutup artikel ini.sama2lah kita renungi akan kesilapan diri.Selawat dan Salam buat nabi junjungan kita S.A.W.

"wahai umatku, kita semua dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya.Maka taatilah dan bertakwa kepadaNya.Kuwariskan dua pekara kepada kalian iaitu al-Quran an sunnahku.barangsiapa mencintai sunnahku, maka ia mencintaiku dan kelak orang2 yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."Khutbah singkat ini diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap satu persatu sahabat2nya..

Sungguh....... rindunya diri ini....
Hanya Allah yang tahu...

Wallahu'alam..
Hanya Perkongsian yang tidak seberapa..
Haslina



.

2 comments:

  1. Salam!
    Rasulullah saw bersabda yg diriwayatkan oleh Tarmizi,`Sunnahku ada dua jenis Sunnah, Sunnah yg fardhu(wajib) asalnya dr kitab Allah, mengambilnya berpetunjuk dan meninggalkannya sesat, Sunnahku yg kedua mengambilnya berpahal dan meninggalkannya dgn tiada kesalahan/dosa`. Setakat ni berapa ramailah mrk yg hidup dgn AlQuran sebagai sunnahnya? Berapa banyakkah kefahaman AlQuran didada kita? Tidakkah kita terfikir dgn meninggalkan AlQuran, kita telah meninggalkan sunah Rasulullah saw lebih2 lagi setelah hilangnya Daulah Islamiah... Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Salam. Allahuma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad...

    ReplyDelete