Friday, February 19, 2010

Kita hanyalah hamba..

Hari ini... dalam keadaan kesihatan yg kurang memberansangkan.
Aku merasa rindu....benar2 rindu.
Resah mencari sesuatu yang kurasakan hilang..

Namun, inilah kehidupan..
Adakala kita berdiri dengan gah
Adakala kita tersungkur rebah.....

Manusia..
Dalam mencari kesempurnaan..
Kadang2 jadi lupa diri
Lupa hakikat yang diri ini hanyalah hamba..

Aku rindu saat2 itu.Saat zaman kanak2 ku.Yang tidak pernah kenal erti kepayahan hidup.Yang tidak kenal erti penderitaan.Yang kutahu hanyalah bermain.Aku masih ingat.Dulu, aku tidak pernah menikmati permainan canggih seperti yg dimiliki kanak2 hari ini.Tempat bermainku adalah paya yg kotor.Menangguk ikan2 kecil untuk di bawa pulang.Gemar mencari buah kemunting sebagai kudapan setiap kali mengikut abah ke hutan.Dan sangat gembira bila pulang dengan bekalan buah nipah dan sayur nibung..

Aku berasal dari kampung terpencil.Mak abah bukan orang senang.Kami selalu makan apa yg terhidang walaupun tidak seberapa.Aku sangat merasa bahagia walaupun penghidupan kami tidak seperti orang lain.Kerana aku masih kanak2 dan terlalu naif untuk mengerti penghidupan orang2 dewasa.

Sewaktu kami menyaksikan orang lain berkereta ke sana ke mari, kami hanya berpuas hati dengan basikal buruk sebagai pengangkutan.Namun itulah bagi kami pengangkutan yg tercanggih selain dua telapak kaki yang kami miliki...Anugerah dari Ilahi..

Namun, hari berganti hari..aku semakin dewasa.Dan sewaktu itu aku sudah suka2 untuk mengeluh.Marah dengan keadaan yang tidak seperti orang lain.Aku ingat lagi, aku pernah merajuk berhari2 hanya kerana abah tidak mampu membelikanku barang yang aku idam2kan.Dan kerana itu juga aku nekad untuk bekerja.

Emak merajuk.Abah bermasam muka.Melihat aku dengan kedegilanku.Masih bersekolah tapi dalam masa yg sama ingin bekerja.Ingin punya barang sendiri.Barang2 yang sekian lama aku idam2kan.Seperti kawan2 sebayaku.Seperti anak2 orang lain..Aku ingin memiliki semua itu..Tapi kenapa selalunya kehendak aku selalu terbatas.kenapa??

Sungguh payah penghidupan ini..
Tidak seindah yang aku bayangkan.Tidak seindah dalam cerita2 dongeng yang kubaca.

Aku juga masih ingat, bila ke sekolah..aku tidak pernah dibekalkan dengan duit.Bekal makanan juga jauh sekali.Aku biasanya terpaksa menahan lapar dan beralah untuk adik2.Aku tahu mak dan abah selalu tidak cukup duit.Aku juga tahu mereka kadang2 sering rasa bersalah dengan keadaan itu.Tapi aku selalu buat tidak faham.Aku hanya mementingkan gelodak hati dan kehendak diri yg tidak pernah berkesudahan

Seharian di sekolah, membuatkan badan sangat letih.Menahan kelaparan sudah cukup menyakitkan kepala.Namun aku gagahi jua untuk mengayuh basikal pulang.Bersama harapan agar adalah rezeki untukku jamah.Setiba dirumah, tudung saji kubuka......

Hanya sayur dan ikan masin..

"Mak..tak ada lauk lain ke?"Seperti biasa itu soalanku.Dan seperti biasa juga mak diam sahaja.Aku tahu perasaan mak begitu terguris dengan pertanyaan itu.

Tapi aku selalunya buat tidak tahu.Terus menyenduk nasi dan makan dengan lahapanya.Cukuplah bekal untuk sehari kerana belum tentu malamnya kami akan makan lagi...

Sebab itu kalau dulu, aku rasa sangat pelik bila dengar ada orang perempuan sibuk ber'diet'.Sanggup berhabisan duit beratus malah beribu ringgit untuk langsing.Sedangkan aku adik beradik, tidak pernah terfikir untuk berdiet.Kerana kami sememangnya kurang makan.Kalau ada nasi dan sayur pun itupun sudah dikira bagus kerana selalunya kami hanya makan bihun goreng tidak berencah atau bubur nasi yang sangat cair.Nak makan biskut kering sebulan sekali pun payah..apatah lagi biskut coklat.yang kadang2 hari ini anak kecilku buang2 bila tidak habis..

Sedih..mengenang saat itu.

Aku sebenarnya belum benar2 bersedia untuk berkongsi cerita ini.Kerana ini adalah penghidupan peribadiku.Jauh sekali untuk meminta simpati.Tapi sebentar tadi aku merasa terpukul, terkilan, sedih..dengan kenyataan seorang hamba Allah yang berniat untuk menukar agamanya.Dan yang menyakitkan hatiku adalah hanya kerana dia berasa hidupnya kini serba payah, tidak bahagia, kesusahan datang silih berganti.Maka dia  sanggup mengatakan Allah itu tidak adil.....Nauzubillah..

Majalah kegemaranku terasa ingin dilempar..
Aku mengertap bibir.
Takdir..!!
Ada orang mudah menyebutnya.Ada orang pula amat payah untuk mengungkapnya.
Namun segala sesuatu itu terlaksana dengan Takdir Allah..

"Dan segala sesuatu di sisi Tuhan adalah dengan ketentuan takdir".Surah Ar-Rad ayat 8

Hidup ini..realiti kehidupan..
Bukan seperti cerita2 dalam novel, bukan seperti dalam drama yg selalu kita harapkan dgn"Happy Ending"..
Setiap orang punya banyak cerita..punya banyak pengalaman yang dilalui..ditempuhi..
Sedih, gembira...semua itu selalu teriring bersama perjalanan waktu.

Dan kita dihantar ke dunia adalah untuk diuji oleh Allah S.W.T Bukannya untuk berseronok, besuka ria sehingga masa yg ada dipersiakan dgn mengeluh...menangis, menyalahkan takdir.. kerana dunia.

Sungguh hidup ini, ada orang susah yang banyak mengeluh.Ada orang susah yang banyak menangis kerana kesusahannya.Tapi kalau benar miskin itu hina dan menderita, kenapa ada orang kaya yang menghabiskan nyawanya di hujung jambatan?!Mengapa ada orang yang hartanya berlimpah ruah, tapi hidup dalam kesunyian dan menderita.Jiwa mereka tidak tenang?Kenapa??

Entahlah..manusia akhir zaman ini memang banyak kerenahnya.Ada orang yang sanggup menjual agama kerana wang, pangkat dan kedudukan.Ada orang pula sanggup bergadai maruah demi mengisi perut.Ada orang sanggup mengkhianati malah berbunuhan sesama sendiri kerana duit dan kesenangan..

Namun persoalannya..sampai bila kesenangan itu akan diraih.Sepuluh tahun, dua puluh tahun, 30 tahun..kemudian...??Bolehkah duit itu atau kesenangan itu membeli lagi umur agar dapat dilanjutkan ke 100tahun, 200tahun..atau tidak perlu tua langsung.Atau mungkin tidak akan mati??Bolehkah??

Lihat Rasulullah S.A.W yang mulia.Lihat sahabat2nya yang jarang2 merasa kenyang..
Lihat mereka.
Isteri2 Rasululullah..Siti Khadijah, Syaidatina Aisyah dan ramai lagi.Hidup mereka sangat susah.kadang2 hanya air sejuk sahaja yg mereka ada untuk mengisi perut..

Namun,Mereka hamba Allah yang hebat.Tidak mengeluh dengan kesusahan.Dan kesusahan hidup tidak menggetarkan mereka untuk manjadi hamba yang mulia di mata Allah..Kerana Rahmat dan Redha Allah yang diutamakan.Bukan nafsu dan bisikan Syaitan...

Namun..
Berbeza benar dengan kebanyakan hamba2 Allah hari ini.Mereka tidak perlu dihunus dengan pedang, tidak perlu dilempar dengan batu, tidak perlu orang kafir bersusah payah .Mereka sungguh mudah meninggalkan agama suci ini dan mempermainkannya..Nauzubillah..

Dan nafsu sudah menjadi raja dan penakluk jiwa2 sekian banyak manusia hari ini.tak kira yang miskin atau yang kaya...

Aku bukan berlagak pandai.Apalagi hendak mengajar orang.Aku cuma merasa sedih dengan keadaan hari ini.Memang dulu aku susah..tapi yang buat aku sedih sekarang bukanlah kerana hidup susah..tapi, kerana aku sewaktu itu aku jauh dengan Allah..Kadang2 bila susah aku ingat tapi kadang2 aku lupa.Kadang2 aku berdoa tapi kadang2 aku tidak solat langsung ...itulah yg sangat2 aku kesalkan..

Dan sekarang..aku masih diberi peluang dengan sisa2 masa yg entah berapa hari, bulan, tahun..entahlah..tidak tahu masih sempat atau tidak untuk aku terus sujud, meletakkan dahi di sejadah untuk meng'qada' solat yg tertinggal...

Hanya Allah yang tahu.....
Hanya Dia tempat aku berserah.....
Hanya padaMu Ya Rabb..

Kita Hanyalah Hamba..
Aku ketika ini sedang selesa duduk di kerusi empuk.Menghadap komputer dan senang melayari internet.Segala maklumat di depan mata.Kadang2 tidak perlu keluar, cuma memesan barang dari  komputer ciptaan manusia yang semakin hari semakin canggih..

Dan disebalik kenikmatan ini, aku sudah semakin lupa keadaan aku dahulu..

Mak...
Jika petang2 begini, dia sudah risau memikirkan apa yg perlu di makan untuk hari esok.Sudahnya, selalu kami merayap dalam semak, mencari pucuk paku atau sayur hutan untuk di buat lauk...

Ada orang ketika ini, sedang bertarung dengan nyawa demi memberi anak2 makan.Sedangkan aku hari ini, apabila cukup bulan akan pergi berbelanja di pasaraya2 untuk stok sbulan.Sedangkan waktu dulu, jangan katakan untuk sebulan, untuk sehari pun kadang2 kami tidak dapat merasakannya...

Bersyukurlah.
Rezeki..
memang yang namanya rezeki adalah milik Allah.Dialah yang menentukan sebanyak mana yang dikehendaki kepada hamba2Nya.Cuma yang selebihnya, terpulang kepada kita untuk mensyukurinya atau tidak.

Tidak penting sebanyak mana rezeki yang kita peroleh, tapi setinggi mana rasa bersyukur kita kepada Allah..kerana hidup ini bukanlah lama.Ibarat berjalan dari satu pohon ke satu pohon.Jadi sangat rugi kalau kita mempersiakan dengan menyesali setiap yg terjadi.


Dan sebagai orang Islam, kita juga  wajib percaya kepada rukun iman yang ke 5 ini , iaitu percaya kepada Qada dan Qadar..Kerana itu asas yg perlu kita pegang dan fahami.


Aku sedar..aku bukanlah orang yang layak bercakap hal ini.Aku hanya bercerita tentang pemahaman aku yg sangat terbatas ini.

Wahai insan..
Berhentilah mengeluh.
Berhentilah menangisi dunia
kerana ia tidak lain hanyalah keindahan yang sementara..
Kelak dikau akan menyesal
Dan bimbang ketika itu sudah tidak sempat lagi..

Satu yg perlu kita  ingat, kita ini hanyalah hamba.Dan siapalah kita untuk menentukan hidup sendiri.Kerana kehadiran kita di muka bumi Allah ini juga adalah kerana takdirnya...

Manusia..
Dalam mencari kesempurnaan seringkali lupa..
Seringkali terlena..
Dan pabila terhantuk
inilah masanya
Kembalilah.. Sujudlah...
Kerana Allah itu sangat luas Rahmat dan PengampunanNya...

Walla'hualam..

"Dan suatu tanda ( kekuasaan Allah ) untuk mereka itu ialah adanya waktu malam.Kami tanggalkan siang daripadanya, kemudian serta merta mereka dalam kegelapan.dan matahari itu berjalan ditempat peredarannya.Itulah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui.juga bulan telah kami tetapkan tempat-tempatnya sampai kembalilah dia sebagai bentuk tandan tua ( melengkung). Tidak sepatutnya matahari mengejar bulan dan malam tidak dapat mendahului siang.Masing2 itu berjalan dalam garis edarannya ".Surah Yassin, ayat 40


10 comments:

  1. Salam..
    Betul k.ina..hny yg mengalamai akn faham betapa skrnya hidup ini..jk dbndgkan zmn dl dan skrg..jauh bezanya..betapa beruntung mereka yg hdup dzmn ini..btpa besar nikmat Allah beri..tp,brp rmai klangan kt yg mnsykuri sgala nkmatNya..mengeluh..mmberontak..kufur nikmat..terlalu mncr ksmpurnaan dunia tnp mnsykuri sgala nkmat Allah yg ada..sedarlah bhw kt hnylah HambaNya..yg mnumpang dibumi ini dan Pasti Akn Dijmput Utk Pulang..

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan,ina..
    sedih baca entry.kita hanyalah hamba Allah seharusnya akur dgn segala takdirnya..semoga kita menjadi hamba yang bersyukur..

    ReplyDelete
  3. Salam Ida..

    Betui..betui betui..

    Ingat dulu ek, kita sesama cr buah kemunting balik dr ngaji.
    Lama x makan ek.Hutan kt belakang rumah tu pun rasa dah x bole pegi lg..dah jadi utan tebal dah..

    Maseh da dgn komen..
    Kak Ina

    ReplyDelete
  4. Salam hamizah..
    Insyaallah..segala nikmat yang Allah beri, musibah, ujian ke atas hambanNya adalah HakNya..Dia yang mengetahui setiap apd yg ada dilangit dan bumi..dan kita hanyalah hamba.

    ReplyDelete
  5. isk3 .
    touchg2 .
    btol tu sis .
    mse xkan bptah balik an .

    ReplyDelete
  6. salam...sedih baca entry ni..nak copy paste ekk nak ltk kat blog terima kasih

    ReplyDelete
  7. Salam Lina,
    Sedih baca n3 dik.Memang kenangan semasa kecil ada manis dan ada pahitnya.Kemiskinan dan penghinaan.
    Akak alami ini dan akak kutip sebagai pedoman untuk menjalani hidup yang berbaki yang tinggal.Sebelum Allah menuntut apa yang dipinjamkan.

    ReplyDelete
  8. Salam Umiliya..
    Terima kasih di atas kunjungan ye..
    Silakn..hanya sedikit perkongsian dr sy dan ianya bukanlah seberapa.
    Apapun, Smg beroleh manfaat ye :-).
    rajin2 datang lagi..

    Haslina.

    ReplyDelete
  9. salam
    ( anak muaallaf )
    Alahmdulillah, smg kak beroleh Rahmat dan keredhaan dariNya..
    Sy setuju dgn kata2 kak tu...
    Haslina

    ReplyDelete