Sunday, January 3, 2010

TUTUPLAH AURATMU



Assalamualaikum..W.B.T

Hari ini, sudah hari ke 4 tahun baru.Masa dirasakn cepat benar berlalu.Sedar x sedar umur kita semakin meningkat dan kematian jg semakin dekat.

Semalam, aku, suami, anak dan bapa mertua ku bersolat di masjid besar Pasir Gudang.Dah lama x ke masjid ni.Terasa rindu benar untuk ke sini.

Sewaktu melintas untuk ke bilik air, aku terserempak dgn seorang hamba Allah yg hanya berskirt pendek dan berbaju sendat.Hampir terbeliak biji mata melihatnya.Mujur kaum Adam sudah berada dalam masjid untuk bersolat.Klau tidak aku jg tidak sanggup utk memikirkannya...


 Memang biasa aku melihat kaum hawa yg suka berpakaian sedemikian tp selalunya di komplek2 membeli belah dan tempat2 besiar.Tapi bila terlihat di rumah Allah ini, terasa agak pelik.Si gadis tadi tidak kisah dan tidak peduli lg tentang malu..


Kalau di zaman Nabi S.A.W, pakaian sebegini hanyalah di pakai oleh wanita2 jahiliyah dan hamba sahaya sahajaKerana pakaian ini adalah untuk wanita yg rendah tarafnya.Sementara wanita islam pula pakaiannya menutup seluruh tubuhnya dari pandangan awam.Betapa terhormat kedudukan wanita islam sewaktu itu.


Tapi malangnya kebanyakan wanita islam hari ini telah menghinakan diri sendiri dgn mendedahkan tubuh mereka.Sungguh sedih melihatkan keadaan ini.

Telah banyak usaha2 untuk menegur dilakukan oleh para ustaz dan ustazah.Walaupun mungkin tebatas melalui penulisan dan ceramah2,tapi malangnya, kita tidak membuka minda kita.Seolah2 telinga telah tuli mendengar nasihat.


Untuk menyalahkan mereka 100% juga rasanya tidak boleh.Mungkin mereka kurang pengetahuan tentang ciri2 pemakaian dalam Islam.Ibu bapa juga kurang memberitahu @ sensitif dgn pekara ini.Undang2 pula sangat lemah dan seolah2 tidak beperanan walaupun digelar negara ISLAM...hmm..Itulah padahnya kalau mengenepikan hukum yg diciptakan oleh Allah..



sebenarnya, Kita kaum hawa hari ini baik tua atau muda hanya menganggap aurat ini sesuatu yg remeh.Tudung hanya lekat di kepala bila ke masjid, ke majlis2 agama, ke kenduri2 doa selamat dan lain2.Selain tempat2 ini, kita sudah suka-suka meninggalkannya.

Dan yg pelik tapi benar, kita bertudung tapi masih blm sempurna penutupannya.Bertudung tapi masih membesarkan rs riak dan bangga.Bertudung berfesyen yg melampau dan berhias berlebihan sememangnya tidak dibenarkan.Tapi kita tidak sedar dan hanya menganggap sebagai trend zaman sekarang..

Aku akui,aku jg pernah meremehkan soal menutup aurat ini suatu ketika dahulu.Aku jg pernah menganggap gol.wanita yg sempurna menutup aurat sbgai ketinggalan zaman.Sebab itu rasanya diri blm benar2 layak untuk menegur.Diri pula masih dalam proses belajar dan istiqamah dgn perubahan.Insyaallah.Mujur jg aku jarang keluar rumah dan tidak bekerja.Jadi, kuranglah risiko terikut2 lg.Ditambah lg dgn galakan suami yg jitu, maka segalanya jadi mudah insyaallah...

Memang bukan mudah.Apatah lg untuk berubah sekelip mata.Cuma niatkan dalam hati kerana Allah.Biarlah apa yg orang fikirkan pada kita, asalkan apa yg kita lakukan ini betul dan diredhai olehNya.

Mungkin kepada mereka2 yg belum sedar dari lena, harapnya tambah2kanlah ilmu tntng kemanisan menutup aurat, kerana selain merasa selamat drpd gangguan, hati jg jadi tenang dan rs dekat dengan Allah.Solat dan ibadah lain jg dirasakn lebih kusyuk.Inilah yg aku rasai setelah tekad untuk berubah menjadi bulat.

Disarankan juga kepada rakan2 agar cuba klik ke web favourite ku Ustaz Zaharuddin untuk mengetahui lanjut tentang aurat wanita dan nas2 mengenainya.Kerana pd pandanganku artikel yg ditulis cukup lengkap dan mudah difahami serta membuatkan hati tersentuh.

Selain itu jangan sekali2 jadikan artis sbgai idola sebaliknya carilah wanita solehah yg sebenar2nya yg sangat kurang pd zaman ini.

Kepada kaumku,cukup2lah mempamerkan kurniaan Allah yg dipinjamkan sementara ni.Dan paling penting.takutlah dengan azab Allah.Kerana kaum kita telah banyak di neraka.Bukankah Nabi S.A.W telah memberi amaran kepada kita sebelum kewafatan beliau??

Fikirlah..adakah kita sanggup menjadi salah seorang drpd isi api neraka yg panas itu??Nauzubillah..

Aku juga sering mengingatkan diri sendiri.Bimbang dgn iman yg tidak seteguh mana.Kerana aku jg manusia biasa yg punya naluri yg sama dgn kaum hawa yg lain.

Ditambah lg dgn keadaan zaman skrg yg penuh dgn fitnah.Segala kebatilan telah menutup segala kebenaran, dan kita seharusnya tekad menambah ilmu di dada utk menongkah arus yg semakin deras bg meraih keredhaan Pencipta kita dan insyaallah untuk menghuni syurga di sana kelak..Wallahualam...

2 comments:

  1. PUAN HASLINA,
    TAHNIAH, KERANA MENJADI PENDAKWAH MELALUI WADAH BLOG. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA MURNI PUAN.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Terima kasih.Ini hanya usaha kecil sy yg tidak seberapa...moga ada manfaat..
    Wallahu'alam

    ReplyDelete