Tuesday, January 12, 2010

CITA-CITA YANG BELUM TERCAPAI..



Dah lama tak menulis..nak menjenguk blog lama2 pn agak payah skrg ni.Sibuk sikit.Sebenarnya, aku dalam proses untuk 'develop' blog perniagaan.Insyaallah..ada rezeki, aku dan kawan baik akan meneruskan perniagaan barang2 muslimah ni insyaallah..

Sebenarnya sejak berumah tangga dan tidak bekerja, ada 3 cita2 ku selalu harapkan menjadi kenyataan.Cita2 ketigaku  ialah berniaga dlm internet dan yang kedua aku masih simpan cita2 untk sambung belajar ke peringkat degree dan kalau boleh ke peringkat seterusnya.Memang dari kecik aku punya cita2 tinggi.Tapi nampaknya sampai sekarang masih belum boleh tertunai.

Mungkin pelik kedengarannya, nak sambung belajar tapi tidak bekerja.Ada juga rakan2 yg tergelak mendengar cita2 ku yg satu ni..hi2..
"Nak belajar apa..kerja pn tidak"Begitulah lebih kurang sindiran hamba Allah ni terhadapku.

Tapi bagi ku, apa salahnya.Dalam Islam, kita digalakkan untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad.Dan menuntut ilmu itu jua tidak terbatas untuk sesiapa.Takkanlah belajar hanya untuk bekerja sj dan untuk peroleh pendapatan je..kalau kita niatkan menuntut ilmu kerana Allah bukankah lebih baik??
 
Dengan menuntut ilmu, walaupun hanya duduk di rumah, kita tetap tidak ketinggalan.Minda dan pemikiran kita bergerak searah dgn kemajuan di sekeliling.Jadi x bolehlah orang memperlekehkan kita sewenangnya.

Dan mendidik anak akan jadi lebih mudah.Anak tidak perlu hantar tuisyen?Belajar dgn ibu sendiri.Kan bagus...

"Susah nak belajar..anak lagi, jaga ank je sudah!"
Pada aku kalau berkehendakkan sesuatu mestilah punya tekad.Hendak dengan seribu daya, tapi jika tidak tentulah berderet alasan yg diberi.

Sebagai contoh, dulu aku teringin sgt utk punya blog sendiri, tanpa bantuan sesiapa perlahan2 aku mencuba.Bukannya pandai sgt, tp suka mencuba.TRY AND ERROR kata orang..tp alhamdulillhah, pekara yg kita tidak tahu menjadi mudah klau sudah punya kesungguhan.

Cuma sekarang masalahnya, sukar menentukan ms yg tepat untuk menyambung pelajaran.Mungkin aje bila Azwa sudah mula masuk sekolah ,jadi boleh sama2 study... apapun insyallah, aku akan meneruskan perjuangan menuntut ilmu ini

Gambar di atas adalah gambar masa konvo di IKMJB.Ms tu ambil sijil Electronic engineering.Ni jela gambar yg ada tertinggal dlm album lama.Gambar terbaru ms ambil diploma tak dpt ambil sbb waktu tu dlm pantang.Jadi tak dapatlah nak merakam kenangan.Bukan apa, gambar2 ni blh juga dijadikan penyuntik semangat anak2 untuk bersungguh dalam pelajaran.Nak jadi seperti mama, ayah..dan mana tahu lebih lagi...

Untuk pengetahuan semua jg, gambar yg menghiasi 'profile' tu bukanlah imej diriku yg sebenar.Aku tidak berpurdah dan mungkin tidaklah sebaik ciri2 pd wanita sebegini.Tapi hasrat dan cita2 ku  yg utama dan terpenting adalah menjadi isteri, wanita dan ibu yg solehah .Yang kembali kepada kekasih yang satu yg selama ini telah kuabaikan..

Memang sudah lama berniat untuk brtudung labuh, tapi selama ini lebih dalam hati shj.Itupun terdetik bila banyak kali terbaca tentang ancaman2 api neraka terhadap kaum hawa seperti ku. Maklum sj, sblm ni aku bekerja sbagai 'technician'.Tentulah tak sesuai berjubah dan bertudung labuh.Bekerja pula bercampur dengan ramai lelaki kerana bidang yg ku ambil  memang yg byk dipelopori oleh kaum adam..Jadi sewaktu itu agak sukar merealisasikannya.

Kenapa aku mengambil bidang ni? Hmm..itu silap aku sendiri.Kerana selama hidup di dunia ( ms zaman remaja ) ni aku jarang bergantung harap kepada Allah.Aku tidak bersolat istikharah untuk membuat sesuatu keputusan.Aku merasakn aku boleh merancang ms depan  tanpa mengingatkan Allahlah perancang yg paling baik.Kalau dulu, aku mengambil jurusan ni kerana jemu dengan kursus2 yg biasa kaum hawa ceburi.Kononnya ingin membuat sesuatu yg lain dari yg biasa.Tapi akhirnya....aku sendiri yg merasa menyesal..

Berbalik pd soal tadi, bila sudah menjadi suri rumah sepenuh masa,  tiada lg alasan untuk berkata tidak.Walaupun mengambil masa , tp aku lakukan jua dan nekad kerana Allah.Yelah..bukan mudah, sebab selama ni pakaian harian adlh seluar geans dan tshirt.Walaupun tshirt lengan panjang tapi aku masih rasa belum sempurna.

Namun..alhamdulillah..hari ini aku sudah bertudung labuh dan senang brbaju kurung atau berjubah.

Tapi, bukanlah aku mengaku yg aku sudah mjadi wanita baik2, tidak sekali2..Cuma diri sedang berusaha dan berusaha mencari dan terus mencari cinta daripada Allah S.W.T  sehingga ke akhir hayatku.Yelah selama ini, aku banyak membuang ms dan membiarkan ms berlalu begitu shj.

Kita ni sama2 beruntung kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menyesali perbuatan2 kita dan punya masa untuk kembali kepadaNya..

Apapun...sama2lah kita fikir..di umur yg sudah semakin bertambah tentulah semakin dekat kita dengan masa kematian kita.Dan apabila sampai waktunya,  kita x dapat mengundurkan @ mempercepatkannya walau sesaat pun...jadi bersegeralah..jgn ditangguh lagi......Wallahualam..









No comments:

Post a Comment