Wednesday, January 6, 2010

AKU BUKAN SESIAPA....











Aku bukanlah sesiapa.Hanya seorang isteri yg serba kekurangan.Serta sering mengharapkan pengertian ...tapi tidak tahu bagaimana?
“Jomlah..kita pergi”Beria2  suamiku mengajak.
“Tak naklah..segan”Jawabku dalam nada bergurau.
Suami menarik muka sedikit.Merajuk agaknya
“Segan apa?”
“Segan dgn kawan2 abang”Ujarku bersahaja sambil senyum.

Begitulah seringkali alasan yg kuberi walaupun akhirnya  aku akur dgn kehendak suami.Bimbang kalau2 terpaksa melukakan hati orang tersayang.
Cuma, entah kenapa aku rasa rendah diri dgn kawan2 abang.Aku tidak tahu kenapa?Tapi hati memang culas, cemas dan gelisah setiap kali suami mengajak untuk ke majlis2 rumah terbuka.
Bukan menolak untuk menemani suami.Bukan juga sombong tidak mahu bercampur...

Cuma aku merasakan lebih selamat berada di rumah.Kerana aku masih dalam proses untuk berubah.Aku lebih memilih untuk menjadi orang yang dibelakang tabir, iaitu di belakang suamiku.Aku tidak mahu dikenali dan tidak mahu menonjolkan diri sebolehnya begitu.
Aku cuma mahu menjadi isteri dan ibu yang sentiasa menyokong anak2 dan suami.Yang bersedia apabila diperlukan.Yang sanggup menangis dan ketawa bersama mereka.Itulah harapanku sewaktu ini..
Tapi mengapa sukar untuk melakukannya…?
Tuhanku…sesungguhnya hanya Engkau shjlah yg mengetahui apa yg berada dalam benakku.Aku tidak mahu semua ini menjadi  suatu yg terbeban dlm hati.Bimbang menjadi parah.Aku ingin meluahkan tapi teramatlah sukar…
 “Sekarang Ina sudah insaf..dah jadi ustazah” Sindir seorang teman.Kemudian disambut hilai tawa kawan2 yg lain..
Aku hanya buat muka seposen.Tersenyum hambar....
“Aii..sejak bila insaf ni?”Kata2 itu sll bermain semula di benakku.
Mungkin mengejek,mungkin mempersendakanku.Aku tidak pasti dan tidak tahu hati orang.

NEKAD BERUBAH.
Hampir 3 beg besar baju2 lama ku kumpulkan.Terperuk di bilik stor.Baru2 ini kulihat sudah berhabuk dan terbiar..

Beberapa seluar geans kegemaranku ku belek2.Rasa nak bakar,  sayang..nak buang jg rasa sayang, nak bagi dekat orang, rasanya tidak mahu bersubahat.
Tapi untuk memakai nya kembali tentulah TIDAK!!
Mungkin tiada yg memahami apa yg aku rasa.Dan payah untuk memberitahu kepada sesiapa.Walau hati bagai disiat2 menelan sindiran orang..
Kadang2 menjeruk rasa..
Tapi aku redha..walaupun mungkin ramai yg menyangka aku bermain2 ataupun saja membuat lawak.Atau mungkin menyangka aku tunjuk baik @ apa sahajalah..
Biarlah….
Aku tahu aku tidak layak untuk disamakan dgn wanita2 solehah di luar sana malah terlalu jauh untuk dibandingkan.Tp hati selalu menyanjungi mereka.
Dan sangat menginginkan sahabat yang memahami perjuangan untuk menjadi muslimah yang beriman.Yang faham erti jihad melawan nafsu duniawi.
Dan kini, walaupun kini 1000 halangan mendatang,aku rela, aku rela…lebih dari segalanya.Walaupun kenyataan kini aku sering merasa sendirian dan sepi..tapi kurasakan jiwa ini tenang setenangnya…
Memang payah!!!
Payahnya berubah ke arah kebaikan.Kerana dunia penuh dengan fitnah.
Untuk  teman2 aku menulis bukan untuk mencari publisiti..bukan juga untuk mengungkap satu2 hal diriku, Cuma ingin teman2 tahu aku ingin berjihad .Walaupun tidak ke medan perang..tapi aku berjihad ingin melawan nafsuku..
Walaupun hati kadang2 terusik juga.Dan mungkin bimbang kerana aku hanyalah manusia biasa.Tidak terlepas dari godaan, rungsing akan tersungkur diperjalanan..
Tapi aku yakin dengan janji Allah.Kerana Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar!!
HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK DINIKMATI SEPENUHNYA…
Dan kita tidak berhak menentukan umur kita, adakah sampai esok?Lusa?Atau sekejap lagi.Hanya Allah shj yg mengetahuiNya…wallahualam…..

12 comments:

  1. moga istiqamah n b'sbr dgn krenah manusia...
    mga insan2 lain jg t'bka hati utk mnrima kebaikn n kebenrn...

    ReplyDelete
  2. salam......

    terharu membaca entri ini..

    mohon izin follow ur blog

    ReplyDelete
  3. Halo kawan,

    Semoga belum terlambat megucapkan Selamat Tahun Baru 2010.

    Mata saya tak berpejam membaca tulisan anda.
    Sangat mengsankan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Semoga terus istiqamah ye..Sedikit pendapat dari akak, ikutlah suami ke tempat2 kenduri atau seumpamanya. Bagi akak selagi tempat itu tiada melanggar syariat, tiada masalah untuk turut serta. Apa salahnya kalau pergi untuk memenuhi permintaan suami, menggembirakan suami kan...sekadar pendapat yg tak seberapa daripada yg belum bersuami hehehe...Salam ukhuwwah :)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam..
    Sy memang tak menolak untuk ikut suami ke mana2.

    Cuma ke tempat2 yg perlu sy jumpa kawan2nya rasa agak berat.Klau dulu, ke mana suami pergi sy ikut..cuma skrg ikut juga tp sekadar menggembirakan hati suami..takut dia merajuk jg he2..

    Anyway, terima kasih dgn pendapat akak yg baik..

    ReplyDelete
  6. Salam, Ina..

    Tahniah dik atas semangat. Moga istiqamah dan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah.

    Memang bukan mudah untuk berubah, kerana ada sahaja halangan yang datang. Sama ada dari cakap-cakap orang atau dari diri sendiri yang ragu-ragu ada kalanya.

    Namun, tidak susah sebenarnya jika azam telah disemat, tekad sudah bulat untuk diserahkan kepada Allah. Jadikan kata-kata menyindir atau seumpamanya sebagai motivasi buat Ina.

    Semoga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik ye :)

    p/s : Cuba renungi kisah Uwais al Qarni..dia bukan sesiapa di dunia, tetapi dia dipandang tinggi di langit dunia.

    Oh..ya..Kak Ina link kan blog Ina ni ye..Suka membaca tulisan Ina. Teruskan berkongsi.

    ReplyDelete
  7. Salam kak,

    Alhamdulillah, moga istiqamah. Begitulah dunia, nak jadi baik pun ada orang mengata. Biarlah mereka, doakan saja mereka juga diberi hidayah taufik. Kita mahu berubah ke arah kebaikan bukannya untuk sesiapa tapi kerana Allah.

    "Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu"

    InsyaAllah, Allah pasti mudahkan dan lorongkan jalan kepada hamba-hambaNya yang mahukan kebaikan walau ujian2 pasti ada kerana jalan sememangnya tidak pernah sunyi. Moga kak terus sabar dan sabar. Janji Allah sentiasa bersama2 dengan orang yang sabar dan Allah maha mengetahui isi hati kita yang terdalam. Tidak akan sia-sia segala sesuatu yang kita usahakan untuk kebaikan. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ina..

    Alhamdulillah..
    Kak Ina sudi menjenguk ke blog sy yg tidak seberapa.

    Sy setuju dengan pendapat kak Ina.Tapi selalunya kita rasa kuat tapi ada kala timbul ragu2 dalam diri sendiri.Tak tahu kenapa?

    Mungkin benarlah, kita ni hny hamba, klau tak meletakkan pergantungan penuh kpd Allah,mudah sgt kita tewas.Ditmbh dgn keadaan sekeliling kita.

    Sy sangat menghargai sahabat yg memahami apa yang sy cari.Teima kasih yg tak terhingga kpd Kak Ina dan sahabat yang lain.

    Dgn adanya sahabat seperti kalian,wlpn hny di alam maya mampu sedikit sebyk utk menjadi kekuatan kepada sy untuk berjuang..dan tidak akan merasa keseorangan.

    Terima kasih K.Ina..syukur kehadrat Allah.

    Haslina

    ReplyDelete
  9. Salam adik Sakinah..

    Terima kasih dik atas komen yg menaikkan semangat akak.Suka membaca komen2 yg membina.Semoga Allah merahmati kalian.

    Sama2 kita berusaha ye dik.Doakan untuk orang lain juga..insyaallah..

    Haslina

    ReplyDelete
  10. Salam Nur Insan..
    Insyaalah..terima kasih dik..:-)

    ReplyDelete
  11. Salam anak laut..

    Silakan...Perkongsian yg tidak seberapa.Moga ada manfaat ye.

    Sy juga dah follow saudara.:-)

    ReplyDelete
  12. Salam Multibrand..

    Terima kasih di atas kunjungan ye..

    ReplyDelete