Wednesday, December 23, 2009

Perjuangan yang belum selesai




Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang.Mata terasa sgt berat.
"Mama!Mama"Tiba2 aku terdengar suara puteri kecil ku memanggil sambil berlari anak ke arahku.Aku terus memeluk Azwa.
"Mama..lukis lukis" Pinta anakku sambil menghulurkan pen dan kertas.Aku gagahkan menyambutnya.Entah kenapa waktu itu kurasakan sangat mengantuk.Badan rasa letih kerana seharian membuat kerja rumah.
"Haa..ni gambar apa?"Soalku sambil melukis gambar ikan.Lukisanku agak buruk kerana menahan ngantuk.Hampir saja aku terlelap sebentar tadi.
"Ikan!!"jawab anakku kuat.
"Betul sayang..ni ikan"
"Lagi mama lagi"rayu anakku penuh semangat.
Aku melukis lagi..walaupun merasa sangat mengantuk tapi aku gagahkan jua demi memuaskan hati anakku..

Tiba2 Azwa merengek...dia minta aku menulis ABC pula..
Aku pula terpaksa ikutkan apa yg dia minta asalkan pekara itu berfaedah buatnya..

Beginilah rutin harian hidupku semenjak begelar isteri.Bangun seawal pagi, solat subuh, mandi dan menyiapkan sarapan untuk suami yg bekerja.Sebelum anakku bangun, aku perlu membasuh, mengemas rumah dan memasak.Kadang2 aku masak tengahari seawal jam9pagi...kerana bila Azwa sudah bangun dia pasti minta didukung dan kalau lambat memasak, terpaksalah aku mendukungnya sambil sebelah tangan memasak..Pendek kata, semua kerja terpaksa dilakukan dgn tergesa2.

Tapi aku tidak kisah walaupun kadang2 timbul perasaan tidak sabar.Kerana aku sedar tanggungjawab seorang ibu bukanlh setakat melahir dan menyusukan, tetapi ibulah yg menjadi tunggak kejayaan anak2.Walaupun pd zaman ini,tugas sebagai suri rumah dianggap kolot tapi ia tetap tugas murni yg memerlukan pengorbanan.

Manakn tidak, kalau kita lihat hari ini,betapa teruknya keadaan sekeliling.Maksiat mermaharajalela seperti tidak dapat dibendung lagi.Gejala2 sosial semakin menjadi2 dikalangan remaja.Betapa mereka terdedah dgn pkara2 negatif..Risau,anak2 tg ibarat kain putih menjadi hitam dan kotor dek kerana pengaruh2 luar yg menyedihkan...

walupun Kadang2 terfikir juga ke mana akhirnya hidupku..kalau dulu, aku membayangkan setelah aku punya diploma, maka langkahku akan lebih lancar ke hadapan.Angan2ku juga jadi tinggi melangit..tapi bila dirumah begini, aku terfikir apakah pengakhirannya...?

Memang sunyi hidup begini.Kadang2 timbul rasa sedih kerana aku tak punya sesiapa di sini melainkan suami & anak.Tapi yelah, suami perlu bekerja, kdg2 hampir mlm baru pulang.aku pula jarang keluar rumah jika x ada hal mustahak..keluargaku pula jauh di kg, kawan2 juga sudah lama x berhubung..Memang selalu timbul rasa sunyi.Tapi syukurlah, aku punya anak yg boleh menghilangkan sunyi..

Pd dasrnya, mungkin cita2ku tlh bekubur, tapi itu tidak bermakna aku perlu menyerah dgn keadaan.Aku tidak boleh mengeluh dan menyalahkan takdir...sekarang yg aku fikir satu2nya usaha yg boleh aku lakukan sewaktu ini ialah mendidik anakku sebaik mungkin.Aku perlu berjuang untuk menjadikan anakku anak yg soleh & solehah serta bijak dlm pelajaran..Yelah walaupun aku tidak berjaya menggenggam segulung ijazah, tp aku mahu anak2ku memilikinya malah lebih lagi..

Aku sedar memikul tanggungjawab sbg seorang ibu dan isteri bukanlah tugas mudah..menjaga dan membesarkan anak adalah saat getir yg perlu kaum ibu lalui..namun aku percy semua ini adalah tugas murni yg perlu dipikul..seperti kata pepatah "Jangan sangka tangan yg menghayun buaian tidak bisa menggegar dunia".

Aku tersenyum sendiri..melihat Azwa sdg sibuk membelek buku...aku teringat tntg adik Nik Nurmadiah..teringin rasanya memiliki anak yg persis sepertinya..alangkah bahagianya hati seorang ibu jika dikurniakan anak sebegitu..tapi semuanya memerlukan pengorbanan...dan aku fikir, mungkin inilah pengorbananku..

Apa yg penting, semua yg aku lakukan ini adalah semata2 kerana Allah S.W.T..kerana anak ini adalah anugerah Allah kepadaku..dan x mungkin aku mempersia2kannya..Trfikir dibenak, kalau satu masa, bila aku sudah tua, aku ingin dipeluk oleh anak yg terdidik dgn baik..

Entahlah...hati kadang2 risau...mengenangkan perjuangan yg masih panjang..bimbang tersungkur di tengah jln..namun jauh di sudut hati, aku prcaya dgn doa dan usaha kali ini tidak akan gagal lg..
wallahualam....

1 comment:

  1. nak minta copy pengalaman...jdikan ilmu..

    ReplyDelete