Tuesday, November 2, 2010

Menulislah kerana Allah..



 Alhamdulillah...Syukur kepada Allah kerana sekali lagi aku diberi ruang dan kesempatan untuk terus bertinta...Dan aku bersyukur kerana sudah semakin pulih dari alahan yg agak teruk semasa mengandung..

Terima kasih juga yg tak terhingga kepada rakan2 yg sudi mendoakan dan mengambil berat tentang diri ini..Alhamdulillah,,moga ukhuwah antara kita berterusan meskipun tidak pernah bersua muka.

Semakin sarat..

Untuk pengetahuan rakan2, Kandunganku kini juga sudah agak sarat.Jangkaan bersalin pada penghujung bulan 12.Badan juga sudah terasa tidak berapa selesa sekarang ini. Jadi beberapa minggu kebelakangan ini, aku tidak kemana2.Hanya tetap di rumah.

Azwa pula sekarang ini semakin manja denganku.Kadang2 terasa letih melayan kerenahnya.Namun,..aku tidak kisah sebenarnya.malah seronok kerana di ketika aku sihat beginilah, Azwa berpeluang bermanja denganku...Lagipun usia Azwa sekarang sudah mencecah 3 tahun lebih.Banyak yang perlu dia belajar dan berdikari...Jadi tumpuanku juga perlu untuk memastikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri  tidak terabai meskipun merasa agak kepenatan..

Sebenarnya kalau diikutkan, aku agak kekurangan idea untuk terus menulis.Namun setiap kali ada kesempatan menjenguk blog, hati seringkali berdetik untuk terus bertinta dan meluah sesuatu yang aku teringin untuk kongsikan meskipun tidak banyak namun itulah niatku selama ini..

Kerana menulis buatku bukan sekadar suka2 atau hanya sekadar mengisi masa, namun harapanku lebih lagi...Dan yang penting niatku yang satu ini tidak berubah dan ingin istiqamah dalam menunaikannya...

Apapun... biarlah ianya menjadi sesuatu yang aku simpan sendiri kenapa aku ingin terus menulis.Dan aku pasti setiap orang juga punya alasan sendiri untuk menulis.Cumanya, dalam hidup ini alangkah baiknya jika setiap yang kita lakukan di dunia ini adalah kerana Allah.Itulah bagiku pekara yang patut dilakukan bagi setiap  insan yang bernama hamba.Barulah kehidupan kita terasa bermakna.

Aku akui, aku menyanjung isi2 blog yang punya nilai dakwah, yang mengajak orang lain melakukan kebaikan melalui iktibar dalam pengalaman mereka.Meskipun penulisnya bukanlah orang yang ahli dalam bidang agama namun sebagai seorang muslim, mengajak manusia melakukan kebaikan adalah suatu pekara yang digalakkan dalam Islam...
 Kerana Setiap muslim yang punya rasa tanggungjawab  dengan ajaran Islam suka untuk melaksanakan suatu tugas yang suci dan paling mulia iaitu berdakwah. Tugas ini adalah warisan para nabi kepada umatnya untuk dilaksanakan dengan segala kemampuan yang ada. 

Sebagaimana firman Allah  dalam surah Al – Fussilat: 3

 ” Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)”.

Namun niat dan kesukaan masing2 terpulang kepada diri sendiri.....Cuma jika ada kesempatan sama2lah kita fikirkan agar tujuan2 dalam hidup kita tidak dipengaruhi anasir2 yang menghasut kepada perbuatan mungkar  atau tepatnya bersubahat dgn orang lain dalam melakukan dosa.Dan alangkah baiknya, jika kita sama2 merasa ada tanggungjawab untuk berpesan2 meskipun ianya tidaklah seberapa namun ada sedikit yang kita lakukan kerana Allah selagi berppeluang.....

Lagipun, kita hidup bukanlah untuk menerima pujian manusia kerana pujian2 manusia ini adakala membuat kita lupa diri.Adakala orang lain mampu "mengangkat" kita terlalu tinggi dan adakala mereka terlalu mudah untuk "menjatuhkan" kita.Hatta walau sekecil kuman pun kesalahan yang kita lakukan, mereka mampu menjadikan ianya sebesar2 kesalahan.dan di waktu itulah..,kita akan sedar yang pandangan manusia itu sebenarnya banyak yg palsu...

Kerana itu,dalam kehidupan yang perlu kita tumpukan adalah pandangan Allah kepada kita.Kerana Dialah tempat yang kita sering mengharap apabila kita tersungkur jatuh..Dialah tempatnya untuk kita bersandar apabila tiada lagi orang lain yang memberi harapan kepada kita..

Jadi sama2lah kita berfikir.....renung ke dalam diri kita.Dan gunakan sebanyak mana peluang yang ada hanya kerana Allah.......Wallahua'lam.....

4 comments:

  1. Salam Ina :)

    Semoga semakin sihat hendaknya...

    Selamat kembali menulis, semoga terus sabar dan tabah menghadapi segala dugaan...Ye, menulis itu biarlah kerana Allah... Salam ukhuwwah yang berpanjangan :)

    ReplyDelete
  2. betul kak, menulis sepatutnya bukan kerana nama, bukan kerana harta dunia dan bukan melepaskan emosi semata2..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ros, terima kasih kak...salam ukhuwwah jg dr sy.:)

    ReplyDelete
  4. salam kak ina,
    alhamdulillah..mg kesihatan akak terus baik sehinggalah saat bersalin nanti.semoga dipermudahkan Allah..

    erm..doakan sy jg diberi kekuatan untuk menulis..seperti akak..kerana Allah..sememangnya kita disuruh melihat pandangan Allah pada setiap sesuatu..itulah juga kunci ketenangan hati..kan?

    p/s: akak dah balik PG ke?

    ReplyDelete