Tuesday, April 26, 2011

Selagi punya kudrat..




Sebaik suami berangkat ke tempat kerja, saya pula meneruskan pekerjaan saya.Segala kudrat saya tumpahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, mengasuh anak-anak dan sebagainya.

Inilah rutin saya.Sudah hampir 4 tahun saya memgang jawatan ini.Dan semakin hari saya sayang akan jawatan ini.



Kerana sememangnya jawatan ini sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Sayalah yang menjadi pengurus, akauntan, kerani, tukang bersih, pengasuh, jururawat, guru..semuanya saya yang lakukan sendirian setelah suami keluar bekerja.


Anak-anak pula adalah rakan sekerja saya. Masing-masing punya kerenah yang perlu saya tangani
Saya akui, adakala merasa kelam kabut juga.Masa juga sangat terhad untuk diri sendiri.

Tapi tetap seronok melihat anak-anak membesar depan mata.Segala penat bagai terbang melayang bila melihat keletah anak-anak.Apalagi bila melihat wajah suami ceria kerana makan pakainya siap tersedia.Anak-anak pula sudah siap mandi dan bersih untuk didakap setiap kali pulang kerja.Mungkin hilang kepenatan seharian bekerja barangkali.

Kerana itu saya aturkan jadual untuk diri dan anak-anak.Jadual tidaklah ketat, terpulang yang mana hendak didahulukan melalui kreativiti sendiri.Termasuk mencipta permainan bersama-sama anak2.Agar di merasa "berkawan" di rumah.Agar minda dan pemandangan kecil mereka terangsang dengan pembelajaran baru setiap hari.Insyaallah...


Menjadi ibu dan isteri..
Sebenarnya, sangat seronok menjadi seorang ibu dan isteri.Pengalaman ini sungguh mengujakan bagi seseorang yang bernama wanita.Banyak pahala dan ganjaran yang tidak kita sedar melalui status ini.

Dan yang penting, siapa pun kita, setinggi mana pun ilmu atau jawatan kita, suami dan anak-anak tetap menjadi keutamaan selepas kasih kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W...

Kerana walaupun pada  asalnya, kita adalah kaum yang lemah.Tetapi kita masih punya kudrat untuk mencurahkan tenaga sebagai tulang belakang buat suami dan anak-anak.

Kitalah "orang yang hebat itu".Yang menggunakan kudrat yang tidak seberapa bekerja di "belakang tabir.Yang menumpahkan segala kasih sayang dan perhatian untuk orang-orang tersayang.Yang mengorbankan keinginan nafsu setiap hari.Yang besabar dalam melakukan kerja-kerja harian dan kerenah anak-anak.Insyaallah..

Apalagi kepada ibu-ibu yang bekerja.Mereka keluar sama-sama mencurahkan tenaga bekerja demi membantu suami.Bangun seawal pagi dan pulang sewaktu matahari sudah terbenam.Di rumah pula, ada kerja yang menunggu.Ada kerja yang perlu beres.Ada suami yang perlu dilayan.Ada anak-anak yang perlu diperhatikan.

Sungguh!!Ia sangat memenatkan.Tetapi, kudrat lemah dikuatkan juga.Kadang-kadang mengeluh kepenatan.Adakala menangis sendirian.

Dan kerana itu, saya kagum dengan ibu-ibu ini.......

Cerita ibu mertua.
Rutin harian  Ibu mertua saya sangat mencabar.Kerana ibu mertua seorang yang bekerja.Setiap hari, ibu bangun seawal jam 4 pagi bagi menyiapkan makan anak-anak dan suami sebelum berangkat ke sekolah.Pulang dari sekolah, ibu terus melakukan kerja-kerja seperti mengemas, membasuh dan sebagainya.Pendek kata, Jadual ibu mertua memang padat.Menjelang tengah malam barulah dia dapat rehat itupun kerana hendak tidur.

Tapi yang penting jadualnya diisi dengan baik.Kerana dicelah-celah kesibukannya, dia dapat menjenguk pelajaran anak-anak dan memerhatikan perkembangan anak-anak setiap hari.Apalagi tanggungjawab di rumah dilunasi dengan baik.

Tentunya hal ini menggembirakan bagi suami-suami..Dan keredhaan suami pastinya menjadi milik isteri-isteri sebegini.Insyaallah.selagi mereka menghargai kita.

Kerana itu, ibu mertua sering mendapat  pujian daripada bapa mertua dan anak-anak walaupun sudah bertahun arwah meninggalkan mereka.Itulah ibu.Dan azam saya ingin menjadi seperti mak dan ibu mertua.

Mak masih ada.Walaupun kadang-kadang tidak berdaya, tapi dikerahkan jua tenaga untuk anak-anak dan suami.Masih memasak dan melakukan kerja-kerja harian.Sudah berpuluh tahun kudratnya digunakan untuk itu.Dan kerana tangan mak yang sudah berkedut itulah, kami semua membesar hari ini.Kerana kudratnya itulah, kami dapat menikmati kehidupan ini selain melalui keizinan dari Yang Maha Besar pastinya...

selagi punya kudrat..
Kerana itulah, selagi punya kudrat maka digunakan kudrat yang ada untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.Selagi punya waktu, waktu itu diisi dengan pekara yang berfaedah dan tidak membuang-buang waktu itu begitu sahaja.

Ya..ianya tidak mudah.....

Seperti saya, sepanjang masa di rumah.Kerja-kerja saya dapat dibereskan awal.Walaupun tidak bergaji, saya merasa puas.Walaupun mungkin tidak semewah mana, hati tetap merasa gembira.

Saya anggap pencapaian anak-anak dari segi akhlak, pelajaran dan yang penting penerapan nilai-nilai islam kepada diri mereka adalah hadiah buat saya.Dan tentunya ia lebih besar dari gaji yang saya dapat setiap hujung bulan.Meskipun lambat melihat hasilnya, saya tetap menunggu.

Walaupun sebenarnya ini bukanlah eksperimen.Tapi saya ingin melakukan yang terbaik.Itulah azam saya setiap hari.Dan lain-lain itu saya serahkan kepada Allah...

Anak dan suami yang hebat dari ibu dan isteri  yang hebat.

Inilah  kata-kata motivasi saya.Saya yakin ianya sesuai  untuk ibu dan isteri dalam menentukan pencapaian dalam hidup ini.Kita tidak semestinya  perlu menonjolkan diri untuk jadi hebat.Cukup sahaja menjadi orang yang dibelakang tabir.

Moga2 kita menjadi isteri dan ibu yang hebat itu...amin...

Wallahua'lam..

3 comments:

  1. Assalamualaikum Ina,

    Semoga sentiasa berada dalam rahmat Ilahi,insyaAllah.

    Sudah sekian lama menyepikan diri akhirnya muncul dengan entri yang bermanfaat. Semoga terus ceria dan bahagia dengan rencah hidup yang dilalui.

    Setiap peluh yang menitis itu pasti ada ganjarannya di sisi Allah. Yang penting ikhlas memberikan hak kepada mereka yang diamanahkan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..kak Ros Illiyun, terima kasih kerana memberi sokongan dan doa...:-)

    Saya juga selalu mengikuti penulisan kak Ros dan meminatinya...Semoga ukhuwah antara kita terjalin meskipun tidak pernah bersua...

    ReplyDelete
  3. mashaallah. semoga istiqomah. =)

    ReplyDelete