Tuesday, March 9, 2010

Kita semakin terancam...


Sejak kebelakangan ni, aku tidak dapat tidur lena.Ada bermacam persoalan, kerisauan, kesedihan yang bersarang dalam fikiran..Puas memikir, puas termenung, akhirnya aku memilih untuk meluah dalam blog...untuk berbicara telus melalui hati dan moga Allah terus memberikan kekuatan kepada diri ini..
**

Kalau panas kerana cuaca, mungkin usaha yg termampu kita lakukan, kita boleh tambahkan bilangan kipas dalam rumah.Atau bagi yg berkemampuan, bolehlah membeli alat penghawa dingin untuk mengurangkan rasa panas..Tapi, kalau panas dengan kes2 atau tragedi yang cukup2 menyayat hati, bagaimana pula untuk menyejukkannya?

Apa yg kita dengar dari hari ke hari, seperti tiada tanda untuk surut.Sentiasa pasang dengan berita2 yang membuat hati berkata, "dunia sudah tua, dan kiamat akan tiba".Kerana isinya sudah semakin sarat dengan manusia yg perilakunya lebih teruk dari haiwan.Dimana dalam diri mereka sudah kurang naluri kemanusiaan, hilang pegangan dan pedoman dalam hati sanubari mereka.Dan yg lebih teruknya, gejala2 ini tidak pernah dapat dibendung dengan sempurna.Dan kita hanya mampu melihat, bersedih, menangis, dan memarahi tapi hakikatnya kita tidak merubah apa2 kerana mungkin ketidakdayaan kita dengan kuasa2 besar atau entahlah...pokoknya kita sangat lemah dan semakin lemah.......Nauzubillah..
 ***
Sebenarnya, 2 hari lepas, bapa mertua datang ke rumah.Dia mengatakan adik ipar menangis 2 malam berturut2 dan sering terjaga lewat malam.Menurut Bak ( bapa mertua ), adik rasa tertekan, terkilan dan sedih atas apa yg terjadi kepada rakanyya sewaktu menuntut di universiti dulu.

Aku mengambil keputusan untuk menelefon adik.Rupa2nya, seorang teman adik telah menjadi mangsa rompak dan rogol baru2 ini.Memang aku ada terbaca mengenainya sebelum ini, tapi secara sepintas lalu di akhbar The Star.Biarlah aku linkkan di sini untuk tatapan semua yg mungkin sudah terlupa..

Buglars geng-rapehousewife

Menurut sumber, mangsa merupakan tiga orang.Iaitu suami dan isteri yg berusia 20an dan seorang bayi yg baru setahun lebih.Semasa kejadian, mereka baru hendak menunaikan solat subuh pada pukul 6 pagi.Perompak itu seramai 8 orang.Mereka masuk dari pintu belakang.Suami diikat oleh 2 orang, dan yang lain memukul dan mengheret isterinya untuk diperkosa....

Dan yg sedihnya,  tiada seorang manusia yang mendengar segalanya.

Mungkin kalau adik tidak menceritakan hal ini secara terperinci, aku jua tidak sesebak ini.Isteri mangsa menurut adik adalah seorang yg sangat baik tingkah laku dan akhlaknya,malah menutup aurat scr sempurna.Si suami suami pula adlah jemaah masjid dan dikenali sebagai seorang yg beriman di kalangan teman2.Itu yg buat hati bertambah2 geram, marah, sakit hati yg teramat sangat kepada si pelaku...

Ya Allah...
Semoga Engkau memberi kekuatan kepada mereka dalam meneruskan hidup ini dan di hari2 kemudian... Dan sememangnya ujian ini amat berat untuk dikenang apatah lagi untuk dirasai....Bak kata,.Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya...
Allahuakhbar..Allahuakbar.

Tanganku rasa menggeletar.Tidak mampu rasanya untuk meneruskan...Segala2nya sekarang seperti terpampang depan mata.

Sebenarnya, sebelum ini..adik pernah menetap di rumah tempat kejadian.(Rumah bekas pensyarah yg sdg melanjutkan pelajaran ke luar negara ).Aku dan suami juga pernah bermalam di sana sewaktu menghadiri majlis konvokesyen adik.Jadi segalanya2 rasa seperti mainan filem yang diputar kembali di malam2 terakhir swaktu diri ini enggan lelap.Dan setiap kali teringat tangisan adik, hati juga meruntun hiba.

Kata adik, dia terkilan.Dia masih  terbayang2 temannya sibuk menyiapkan sarapan beberapa minggu yang lepas sewaktu adik menziarahinya.Tapi sampai sekarang, adik tidak punya kekuatan untuk menelefon, SMS atau apa2 untuk bertanya.Kerana adik tahu, ianya tidak mungkin buat masa ini.Kerana orang yg mendengar merasa tertekan, apatah lagi orang yang mengalaminya...

Dan mungkin jg adik menunggu masa yang benar2 sesuai untuk menziarahi temannya yang kini sudah berada di kampung.

Kita semakin terancam
Sebelum mematikan talian, adik sempat berpesan..

"Kak Ina, jaga diri baik2 ye, kunci semua pintu2 grill dan pagar..pesan pada abang An,  hati2 sediakan senjata di tempat tidur"Begitulah lebih kurang nasihat adik juga.

Aku mengiyakan kata2 adik.Tapi sebenarnya, kerisauan itu tidak pernah akan surut dalam hati.Kerana bermacam2 kes yang aku dengar, bermula dari orang2 yang tidak kita kenal, kemudian semakin dekat, dekat dan ....tiada jaminan sebenarnya untuk menyatakan kita tidak terancam. Kita berpotensi menjadi mangsa seterusnya, dan ianya TIDAK MUSTAHIL!!!

Kerana kita sudah terdedah dengan kes2 ini dan bimbang jika hari ini kita membaca kisah orang lain, dan esok2 di suatu masa yg kita sudah tidak sedar, kisah kita pula dipaparkan..dan di baca oleh orang lain.
***
Difahamkan dalam perkembangan yg terbaru, beberapa orang daripada kumpulan perompak dan perogol telah ditangkap dan mereka dlm proses siasatan polis.Berita ini mungkin sedikit melegakan kita,  tapi hati yg tercalar, dan maruah yang terguris belum tentu boleh sembuh sepenuhnya..Dan tragedi2 yg akan datang belum tahu kengeriaan dan tragisnya lagi...kita hanya mungkin sedang menunggu..

Namun satu hal kita perlu ingat, kita semua akan mati tapi dengan cara yang bagaimana dan secara baik atau buruk, itu adalah rahsia Allah.Sesiapun tidak mahu mati dalam kehinaan dan keaiban.Apatah lagi terbunuh kerana perbuatan aniaya.Tapi siapa kita untuk menentukannya..?Siapa kita untuk mengatakan kita selamat?


Dan kalau kita rasa kita selamat kerana ciri2 keselamatan yang ada di rumah, kecanggihan sisitem sekuriti yg direka atau beberapa banyak "bodyguard"yg kita miliki, sebenarnya kita juga salah!.Kita masih terdedah sebenarnya dengan pelbagai kemungkinan baik dari orang2 luar mahupun datang dari ahli keluarga sendiri..Segala2nya itu jadi risiko..

Dan terus terang, aku juga turut merasa diri dan keluarga juga terancam.Tapi kalau nak diikut rasa takut, sesiapapun jadi takut nak bergerak..Dan mungkin juga sewaktu isu2 ini sibuk dibicarakan, kita akan berjaga2 dan kemudian bila masa berlalu, kita juga akan lupa..dan terus terlupa...
***
Kembalilah kepada HUKUM ALLAH
Mungkin ada yg kata sekarang ni, sistem undang2 kita lemah kerana hukuman2 yang dikenakan tidak wajar dan sangat lemah untuk menakut2kan orang daripada berbuat kejahatan.

Pada aku, aku sangat2 setuju..

Tapi persoalannya, perlukah undang2 digubal semula semudah kita mengubah semula sesuatu resepi makanan yang setiap hari kita makan?Tentu jawapannya tidak.Kerana ianya tidak semudah itu!!

Dan aku suka ambil pendekatan begini, kalau kita membeli sebuah robot atau apa2 barang elektrik , mesti disertakan dengan buku panduan.Dan untuk menjadikan alatan tadi beroperasi dengan baik, tentu sahaja kita memerlukan buku panduan  khas dari pereka yang mencipta barang tersebut.Bukan sebarang buku panduan lain.

Contohnya, kalau kita beli robot jenama A, kita mesti menggunakan buku panduan untuk robot A.Justeru, bolehkah kita menggunakan buku panduan untuk robot B bagi menggantikan buku panduan Robot A?Atau memandai2 membuat buku panduan sendiri?Jawapannya tentu tidak boleh.kerana ia akan merosakkan robot yang asalnya berada dalam keadaan baik.

Samalah juga ibarat kita di dunia ini.Kita adalah ciptaan Allah dan disertakan dengan buku panduan iaitu Al-Quran dan sunnah.Jadi jika kita berpaling daripada hukum2( hukum hudud yg diperlekehkan pdhal mengaku islam) yang ditetapkan oleh Allah, maka mudah saja kita menjadi" manusia rosak".Dan mudahnya, kita menjadi manusia yg hilang kewarasan dalam diri, tidak takut akan balasan.dan akhirnya padah itu kita juga yg merasainya.

Pernahkah kita merenung akan kesilapan diri sendiri ?

Sebenarnya sedikit sebanyak kita ialah penyumbang kepada segala permasalahan yang terjadi disekeliling?Setujukah kita??

Aku tidak pandai bicara soal politik.Kerana setahu aku ia kotor dan busuk.Dan kebusukannya sudah dapat dihidu seluruh dunia baik  secara sedar atau tidak.Suhu cuaca yg panas, gempa2 bumi yg melata seantaro dunia, tsunami, banjir dan berbagai lagi bencana alam adalah sebenarnya petanda kemurkaan Allah kepada kita.Malah kejahatan2 yang kita lihat disekeliling adalah bala daripada kedegilan kita..

“ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.( Ar Ruum ayat 41)
Fikir dan bertindak..

Dan yang kita perlu juangkan sewaktu nafas yang masih terhela ialah ketaatan kepada yg Esa.Iaitu Allah.Pemilik sekian alam..Tak kiralah sehingga nyawa terlucut dari tubuh asalkan kematian kita adalah dalam keadaan mulia di sisi Allah.

Kerana kita berpijak di bumi milik Allah, dan berteduh di bawah langit milik Allah jua.Malah semua yg ada pada kita adlah pinjaman semata2.Kita tidak bawa budaya, bangsa yg kita banggakan itu ke dalam kubur.Kita juga tidak bawa harta yang berkoyan2 untuk dimuatkan dlaam rumah sempit iaitu dlm kubur.Di alam bazarkh sana.Yang kita bawa hanyalah bekalan amalan ketaatan kepada pencipta.

Kerana itu kita dijadikan.
Jadi,
Fikirlah dan jangan sesekali jadi manusia zalim.Zalim pada diri sendiri, zalim pada masyarakat, zalim kepada alam, zalim kepada agama....Fikirlah dan bertindaklah dan jangan sesekali berpeluk tubuh.Jangan biarkan ia berakhir dengan keadaan sia2 tanpa kita cuba sedikitpun untuk memeranginya.

Dan relakah kita atau saudara mara kita untuk  menjadi mangsa seterusnya kepada perbuatan manusia seperti itu??Kerana undang2 ciptaan manusia sendiri gagal sama sekali menakut2kan pelaku2 yg" kurang kewarasan ini"!!.
Tentu tidak bukan?, tapi kita tetap tidak berbuat apa2.
Dan yg pasti setiap hari kita hanya menganiaya diri sendiri jika kita malas berfikir!!

Sekadar luahan dan pandangan peribadi..Wallahua'lam..
Haslina

15 comments:

  1. Salam..
    k.ina simpati btul dgn kwn adk..tp yela berat mata memandang, berat lg bahu memikul..nak2 melibatkan soal maruah..smg mereka tabah dlm mnghadapi ujian Allah..ada hikmah tersembunyi..
    tp betul kt k.ina..rumah yg septtnya tmpt yg plg selamat utk berlindung da blh jd jg tmpt yg plg berbahaya pd kt kaum Hawa..mang agak menakutkan..tp kmana lg kt nk pergi...rumahku syurgaku..smg mereka yg berkenaan mndpt hukuman yg sewajarnya..mgkn hukuman didunia tdk mnakutkan mrka..tp tgula disana nti..pd yg kafir da ada bhgiannya apbl mati..dan bg yg beragama Islam, Allah sdh menetapkan balasan yg sewajarnya...

    ReplyDelete
  2. ya Allah... sedihnya m'bca brita nie..
    smga Allah m'beri kekuatan n m'curahkn rhmat-Nya pd insan yg m'alami n m'hukum mreka yg b'salah...

    smga kita smua sntse dlm p'lindungan Allah swt...amin..

    ReplyDelete
  3. Kita telah berada di hujung usia dunia ini, manusia2 durjana telah bermaharalela. Semoga kita semua memperoleh perlindungan daripada Allah.

    ReplyDelete
  4. sangat simpati...namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...bersama-sama kita memohon doa kepada Allah s.w.t supaya menjauhkan kita sekeluarga daripada sebarang bala bencana...amin

    ReplyDelete
  5. Salam Ida..

    K.Ina juga sebenarnya tidak dapat lelap dgn lena 2,3 hari ni..Entahla..bimbang semua ada.

    Kejam sungguh pelaku ini.hanya doa ajelah yg mampu kita panjatkan, moga Allah beri kekuatan kepada keluarga mangsa..
    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  6. Salam MSOM..
    Kita adalah hamba yg sangat lemah..amin....

    ReplyDelete
  7. Salam!
    Semenjak runtuhnya Daulah Uthmaniah, hukum Islam tidak berjalan dan bertepatan dgn AlMaaidah:54, umat Islam seluruh dunia boleh dianggap murtad sehinggalah tertegaknya Daulah kembali. Malah mrk diperkotak-katek dan dilanyak dgn begitu hina sekali sehingga nyawa tidak ada harga langsung! Apabila tiada siapa mengambiltahu dan usaha membina semula maka beginilah nasib kta diseluruh dunia, malah lebih jauh teruk drp ini. Umat Islam mesti mendalami AlQuran dan Hadis sebagaimana Rasulullah saw lakukan diMekah dgn mentadabbur AlQuran (Surah AnNisaa:82) Wallahualam

    ReplyDelete
  8. salam hangat..
    iya nih kita harus berjaga-jaga.. :)

    ReplyDelete
  9. Salam..TAJ NUR..
    Manusia2 akhir zaman...sedih..

    ReplyDelete
  10. Salam Blogger Ceria..

    Berjaga2 pun satu usaha jg ya:-)

    Smg Allah melindungi kita semua dr ujian yg kita tidak mampu memikulnya.Wallahualam..

    ReplyDelete
  11. Ya allah, simpati dan hiba rasa hati ini.. bagaimana kita nak menidakkan kerakusan manusia sekarang ini?

    Ehm, mmg gementar jua diri ini memikirkan keadaan sebegitui.. ya Allah, kau lindungilah kami, dan jauhilah kami dari perbuatan jahat dan khianat sesama manusia ini.. moga Allah turunkan hidayah dan kesedaran buat hamba2Nya..

    ReplyDelete
  12. salam akak..
    ya Allah..
    sy teramat sedih mendengar kisah ini..
    smoga keluarga mangsa sentiasa mdpt kekuatan dan rahmat dari Allah..Amin..
    akak sy mohon copy entri akak..
    TQ

    ReplyDelete
  13. Salam Laila..

    Silakanlah dik.Moga peroleh manfaat.

    Akak juga ms mula2 mendengar peristiwa ni, akak tak dapat tidur memikirkan kekejaman dunia ni..rasa hampa dgn keadaan sekarang.
    Rata2 orang berbuat kekejaman tanpa mengira mangsa itu berdaya atau tidak...

    ReplyDelete
  14. salam Al-Atiff,
    moga kita semua dilindungi Allah s.W.T daripada kekjaman ini.Ameen..

    ReplyDelete