Monday, April 12, 2010

Dalam mencari rezeki..



Baru2 ini, ketika aku sedang  menonton TV, aku dikejutkan dengan suara memberi salam.Bisik hati, siapa yang datang panas2 begini.Aku bangkit dr duduk dan terus melihat ke luar tingkap.Kelihatan seorang budak membawa basikal di pintu pagar rumah. Bahagian depan dan belakangnya sarat dengan bungkusan2 makanan.

"Nak beli mee rojak cik?"Tanya kanak2 itu separuh menjerit.

Aku segera membuka pintu grill dan  menghampiri kanak2 ini.Kulihat bajunya basah sedikit kerana peluh.
"Bagi acik dua ye"Beritahu aku sambil mendukung Azwa yang datang menghampiri kami..
Dalam hati aku memuji kebaikan kanak2 ini.Sanggup berbasikal panas2 begini demi membantu ibunya mencari rezeki.
Dan baru semalam, dia datang lagi.Kali ini, dia terjatuh dari basikalnya sehingga banyak makanannya tertumpah.Mujur juga tidak semua yang rosak.Syukur kepada Allah...Aku lihat dia mengutip satu persatu bungkusan yang terjatuh.Aku juga turutmeringankan tangan  membantu dia memasukkan makanan tadi ke dalam bakul dan mengikatnya.Kalau aku jadi kanak2 ini, pasti aku sudah pulang ke rumah dan menangis.Begitulah bisik hatiku..Tapi kulihat kanak2 ini tetap bangun dari jatuh dan meneruskan kayuhan ke rumah2 berikutnya.

Sebenarnya,sejak aku dan suami berpindah ke sini, ramai orang2 yang kurang bernasib baik mendatangiku.Baik kanak2 mahupun wanita yang berusia.Ahad kelmarin misalnya, aku didatangi seorang wanita tua yang membawa bungkusan besar kerepek2 dan ikan masin.Ketika itu aku sedang membelek pokok2 bunga manakala suami pula sedang membasuh kereta.Aku sempat membeli beberapa bungkusan ikan masin dan kerepek yang dijual..Namun, aku tiba2 jadi terkejut  apabila wanita itu bertanya begini sebelum pergi...
"Adik, ada tak baju2 lebih yang dah tak pakai?"
Aku diam sejenak.kelu seketika..
"Ada..mak cik insyaallah.."Beritahu aku.
"Boleh tak bagi mak cik sikit, mak cik orang susah..anak ramai, suami dah tak ada"Jelas wanita yang hampir sebaya dengan mak tanpa diminta.Kulihat dia mengambil hujung tudungnya lalu mengesat kedua kelopak matanya yg mula beraiar.
Aku mengangguk sahaja kerana merasakan tiada kata2 yang termampu untuk diucap.Hanya seribu rasa simpati menerjah ke dalam diri.
"Ye lah..mak cik, tunggu sekejap ye"
"Tak apa dik, mak cik jalan dulu, nanti adik letak je bungkusan tu depan rumah, nanti mak cik ambik"Beritahu mak cik itu.
Aku terdiam lalu mengangguk perlahan.Dan  membiarkan mak cik itu terus berjalan menjual barang2 yang masih penuh dalam beg besar yang di bawa...

Beberapa bulan yg lalu, aku didatangi dua orang kanak2 dalam lingkungan umur 9-10 tahun.Mereka  berbasikal membawa nasi lemak di pagi hari.Di waktu kanak2 lain tengah sibuk bersiap2 hendak ke sekolah, mereka berdua pula berkayuh untuk mendapatkan wang.
"Awak berdua ni tak pergi ke sekolah ke?".Tanyaku suatu hari setelah beberapa kali membeli dengan dua beradik ini.
'Tak acik, kita dah berhenti..ayah sakit buah pinggang..tak ada duit nak sekolah"Beritahu salah seorang kanak2  ini ramah.
"Awak duduk mana?"
"Kota Masai"
"Naik basikal jauh2 ni?"Tanyaku hampir tidak percaya.Kerana jarak tempat yg disebut dengan rumahku berbelas kilometer jauhnya.Tapi yang sedihnya nasi lemak yang dijual masih banyak yg bersisa..
Kanak2 tadi mengangguk sedih.
"Tak apa..begini aje, nanti setiap kali datang sini..datang rumah mak cik ye, nanti mak cik beli."Beritahuku lagi.Kanak2 ini tersenyum berbunga sambil mengangguk bersungguh2.Pekara ini aku ceritakan kepada suami.Dan suami berpesan supaya memberi sedikit wang kepada mereka.Namun selepas beberapa hari, kelibat  kanak2 ini tidak kelihatan.Dan sehingga kini aku masih terintai2 kehadiran mereka dua beradik..Pelbagai andaian  yang aku fikirkan.Dan minta dijauhkan kanak2 ini dari bahaya...

Sebenarnya apa yg ingin aku kongsikan bukanlah semata2 kisah2 sedih mereka.Cumanya bila melihat keadaan mereka, aku jadi teringat saat aku kecil2 dulu.Teringat keadaan mak dan abah.Walaupun kami susah, kami tidaklah sehingga meminta2Aku pula tidaklah sampai berjual ke sana kemari.Kerana mungkin jg aku duduk di kampung, meskipun adakala kekurang duit untuk membeli makanan, tapi kami masih boleh mencari disekeliling rumah.Misalnya kami boleh mencari pucuk2 paku atau memancing di sungai belakang rumah.Sementara rumah yang kami duduki tidak perlu bayar sewa kerana rumah itu peninggalan arwah nenek kepada kami..Pendek kata, keadaan aku dulu sangat berbeza dengan keadaan kanak2  yang duduk di bandar.Serba serbi memerlukan wang.Jadi disebabkan itulah itu mereka terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk mendapatkan wang tambahan.

Kerana tidak semua manusia  itu kaya dgn harta benda dan wang..Tidak semua orang mampu punya rumah sendiri.Ada yang kekal menyewa bertahun2.Tidak semua juga orang mampu bekereta ke sana ke mari sedangkan hidup dibandar kalau tidak punya kenderaan sendiri, tentu menyulitkan.Namun itu hanya mungkin sebahagian dari anggapan sesetengah orang.Sedangkan ada orang lain yang berpuluh tahun tinggal di bandar tapi tidak memiliki walu sebuah motorsikal apalagi untuk memiliki kereta.Tapi itulah...seperti yang selalu kita faham...rezeki itu di tangan Allah..Dia yang memberi kita rezeki.Dan kita sebagai hamba telah ditetapkan seberapa banyak yang kita peroleh selama hidup di dunia ini.
"tidak sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi"Surah Faatir, ayat 3.

Kadang2 kita lihat ada orang berusaha lebih tapi belum rezekinya memiliki kemewahan dalam hidup mereka.Ada orang pula, ditakdirkan lahir dalam keluarga yang berada.Dilimpahi dengan kemewahan semenjak kecil...Malah tidak pernah merasa susah dalam hal kewangan dan harta...
Pernah suatu hari ketika aku masih kecil aku bertanya abah begini.."Abah kenapa kita miskin?"
Kulihat abah terkejut dengan soalanku.Tapi kemudian dia tersenyum....
"Tak apalah kita miskin, ada kelebihannya"
"Kelebihan macam mana?"Tanyaku tidak mengerti.Aku selalu teringat, cikgu2 di sekolah selalu cakap, kalau kita malas, kita akan jadi orang miskin.Tapi kalau kita rajin, kita akan jadi orang kaya.Tapi aku lihat, abah pagi2 sudah keluar mencari rezeki, kadang2 malam baru pulang dengan muka keletihan.Adakala 2,3 hari tidak pulang kerana pekerjaannya.Tapi kami tetap susah..
"Yelah..kalau abah jadi orang kaya, tentu Ina dan adik bradik tak dapat main2 kat luar macam ni selalu "Ujar abah lagi penuh makna.Aku menggaru2 kepala yang tidak gatal.
"Kenapa abah?"
"Kalau abah jadi orang kaya,  takut ada orang culik anak abah.Nak mintak tebusan dengan abah macam dalam TV tu, kan susah..Kalau nak duit je,tak apa, kalau dia apa2kan anak abah, kan abah juga yang susah."Abah menyambung dengan panjang lebar..

Aku ketawa geli hati.Dalam hati, betul juga kata abah.Tapi aku tahu abah sekadar berseloroh untuk mengurangkan rasa sedihnya.Tapi di waktu dulu2, aku tetap tidak suka jadi orang susah.Cuma sekarang aku sedar yang rezeki itu di tangan Allah.Terpulang kepada Allah yang Maha pemurah.Dialah yang berhak memberi kepada siapa sahaja yg dia mahu.Jadi siapalah kita untuk berkata yang aku berhak begini.?Dan begini?Tidak ada satu alasan yg membolehkan kita berkata aku berhak mendapat itu dan ini.Tidak sekali2.Kerana walau sebesar zarah pun kenikmatana yg kita miliki ini, ianya tidak lain anugerah daripada Allah yang Magha besar sifar Ar-RahmanNya..

Seperti keadaan sekarang, penghidupan kami sekeluarga kini tidaklah sesusah seperti penghidupan sewaktu mula2 kami berkahwin dulu.Kerana gaji suami kini sudah lebih dari cukup untuk menampung penghidupan kami.Cumanya tidaklah terlalu senang.Sekadar serba cukup.Walaupun sebelum ini ada juga timbul rasa risau kalau2 kami akan jadi susah gara2 aku berhenti kerja.Bimbang membiarkan suami yang menanggung sgalanya besendirian tanpa di bantu.Sedangkan hutang semakin bertambah kerana kami telahpun membeli rumah sewaktu itu.Namun,...Syukurlah rezeki daripada Allah.Memang tidak pernah terjangka selama ini..

Mak dan abah juga kini hidup besederhana dan tidaklah sesusah dulu.Kerana kerja2 abah kini banyak yang sudah berhasil.Makan pakai sekarang agak senang berbanding dahulu.Ditambah dgn bantuan anak2 yang kini sudah bekerja.

Inilah yang dikatakan rezeki.Macam selalu orang2 katakan.Cuma waktu bila ia sampai dan waktu bila ia di ambil tidaklah kita tahu akan masanya.Kerana segala2nya menjadi rahsia Allah.Contohnya seperti kanak2 tadi, kita lihat kini dia sedang menolong maknya menjual makanan, mana tahu dengan takdir Allah dia menjadi senang pada masa akan datang.Pokoknya usaha itu sangat penting selain doa mohon Allah memurahkan rezeki.Asalkan jalan2 mencari rezeki itu dengan cara yang direhdai Allah, walaupun kecil penghasilannya namun insyaallah besar keberkatannya.......Wallahua'lam....

3 comments:

  1. Salam ziarah...sis Haslina...

    Itulah...rezeki masing-masing telah ditentukanNYA...yang mana kalau kita terlebih adalah untuk kita membantu mereka.

    InsyaAllah rezeki kalian sekeluarga semakin murah...sayu hati bila membaca kesusahan yang lain.

    Kekadang kita rasa kita susah tapi susah lagi orang lain...Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Sy suka tulisan akak. Saya baru berkahwin dalam setahun, sblm berkahwin saya berkerja di Bank, dan suami meerupakan pemilik kilang di kampung, jika di kira-kira dulu mgkn sy tak susah dah lepas berkahwin nnt..Tapi sy yakin Allah merancang sesuatu yg lebih baik utk sy, sy berhenti bekerja dan suami mengambil keputusan utk tidak menguruskan kilang tu lagi.

    sewaktu awal2 berhijrah ke bandar, kami dalam serba kekurangan, hingga 1 masa,kami tidak mempunyai wang yg banyak untuk makan atau minum, tetapi allah maha berkuasa, tidak pernah terputus rezeki kami walapun sedikit. Akan ada sahaja rezeki yg Allah berikan. alhamdullilah

    Tetapi, saya dapat rasa keperitan kanak2 yg mencari rezeki atau makcik yg menjual kerepek utk terus hidup. Yang penting sesusah mana pun hidup kita,tanggungjawab kita pada Pencipta jgn ditinggalkan..Tetapi rezeki Allah kita tak boleh menjangka kan...apa yg penting bagi saya, terus berusaha, dan tawakal kpd Allah..

    ReplyDelete
  3. sedih pulak pikirkan balik kehidupan dorang..moga Allah mengurniakan bantuan,,ameen

    ReplyDelete