Sunday, February 28, 2010

Kita semakin kejam...kenapa??



Ya Allah..

Air mata yang sudah ku tahan akhirnya bederai juga.Hati benar2 sebak sebaik telinga mendengar kisah ini.Bukan kisah dongeng tapi suatu  kenyataan yang tidak boleh diundur.Ketika berita ini kudengar, aku masih leka di dapur menghabiskan sisa2 pinggan yang hendak dibasuh.Namun entah kenapa tubuh seolah2 terdorong untuk menyaksikan berita ini di kaca TV.



Kematian adik Shafia Humaira shaari yang kudengar sebentar tadi sudah cukup membuat perasaan hati bagai dihiris2 menahan pedih.Perasaan sedih, kecewa, marah bercampur baur kurasakan ketika itu.Walaupun anak malang ini bukan anakku, bukan dari darah dagingku..namun perasaan sayu ini hanya Allah yang tahu.

Dan mungkin juga ini adalah kerana naluri kuat seorang ibu....
Ya..
Aku juga seorang ibu..
Aku jua punya anak yg hampir sebaya dgn si kecil bernama Shafia...

Aku mengerling ke arah suami yg duduk  menyelit antara sanak saudara yg ramai di rumah ibu saudara.Nampak jelas dia menyembunyikan air matanya dengan muka yg merah.Beberapa kali kulihat dia menggelengkan kepalanya sambil beristighfar beberapa kali.

Aku benar2 faham apa yang suami rasakan.Kerana perasaan menyayangi sesama insan apatah lg anak2 kecil  harus ada dalam diri setiap yg begelar manusia.termasuk suami dan juga diri ini.Kerana perasaan itulah yang mendorong manusia untuk membenci dan menentang kekejaman.

****
Baru kelmarin aku didatangkan dengan berita pembuangan bayi dan paling sedih bayi itu dibakar bersama2 sampah.Kemudiannya, aku mendengar kes penderaan bayi sehingga meragut nyawa bayi malang itu.
Dan sebelum ini, entah berapa kali berita yang sama ku dengar.Berapa banyak bayi yang dilayan lebih hina dari kucing kurap..

Sebenarnya, hati sudah mula jemu mendengar berita seumpama ini.Telinga seolah2 sudah muak menerima pekhabaran ini

 Namun mengapa semakin tidak mahu kudengar, semakin bertalu2 ia hadir dicupingku.Mengapa??


Anak2 itu..
Dia di dera.
Dia di sepak
Dia di siksa..
Dia di sakiti
Tubuhnya luka parah,
Sendi2nya menyucuk2 kesakitan
Bisanya menyelinap ke seluruh anggota tubuh,

Namun apa yg anak2 itu mampu lakukan...
Sudah letih menangis,
Sudah perit kerongkongnya menjerit
Sudah kering anak tekaknya meminta pertolongan,
Sudah penat meraung,

Sehingga tangisan itu akhirnya terdiam,
Kerana penderitaan itu sudah sampai pengakhirannya,
Kerana diri sudah tidak bernyawa..

Allah..

Apalah dosa mereka?
Apa kesalahan mereka?
Sehingga kita tergamak melakukan sebegitu keji ke atas tubuh yang lemah ini..

Manusia...
Jangan engkau berhati senang,
Ketawa lucu dengan jenaka..
Sedangkan ada insan yang berdarah luka zahir dan batinnya..

Cubalah seketika kita letakkan diri kita sebagai kanak2 malang ini.Renung dalam diri.Imbas keadaan kita sewaktu kecil dulu.Bandingkan sedikit sebanyak keadaan kita dengan keadaan kanak2 ini.Boleh kah tubuh yang lemah beserta kudrat yang tidak seberapa melawan pukulan dan  hentaman bertubi2 dari manusia yang perilakunya tak ubah seperti  haiwan??Menerkam musuh sekuat tenaga.Meratah mangsa denga tanpa belas kasihan..

Tentu sahaja jawapannya tidak.Kerana apa?Kerana kita masih kecil.Tiada kekuatan pada diri.Sedangkan mereka itu lebih besar dan kuat.Dan mereka bebas melakukan apa shj ke atas tubuh ini ekoran keadaan diri kita yang sangat lemah.
****

Tadi aku merenung gambar  mak dan abah.Betapa mereka selama ini begitu sabar dalam mendidik dan membesarkanku adik beradik.Meskipun dalam keadaan yang serba kemiskinan, namun kami tetap dibesarkan dengan kekayaan kasih sayang yang melimpah ruah kpd kami.Kami dilayan dengan sama rata tanpa ada perbezaan kasih sayang..

Walaupun adakalanya diri ini disakiti, dimarahi, namun ianya tidak lebih dari untuk mengajar.Tidak lebih dari niat untuk membentuk anak2 menjadi manusia yg berguna.Memberitahu anak tentang realiti kehidupan.Melentur sahsiah yang baik untuk kami.

Tetapi berbeza benar keadaan ibu2, bapa2, dan manusia2 zaman sekarang.Mereka lebih senang kugelar dengan panggilan "pesakit mental".Kerana mereka ini sudah tidak dapat berfikir lagi.Nafsu mereka telah menjadi raja dalam hati.Syaitan terkutuk itulah yang mereka turuu2kan.Sehingga tiada lagi naluri kemanusiaan dalam diri..Tiada lagi belas kasihan sesama makhluk.Dan perasaan sayang menyayangi kian hilang dari hati sanubari mereka..

Ya Allah...
Sebenarnya jemari ini semakin tidak berdaya menekan papan kekunci.Bait2 ayat dirasakan begitu hambar..Mata masih mahu menitiskan air matadan akhirnya mengalir lagi...Gambar tubuh kanak2 tidak bernyawa ini masih di hadapan mata.Di paparkan agak jelas dalam akhbar...Dan mata sudah tidak sanggup memandang lagi.

Cukup!! Cukuplah..
Aku tidak sanggup!!

Ya Allah..
Alangkah siksanya anak ini...

Hanya sekeping doa yang mampu kupanjatkan buat kanak2 yang hampir sebaya dengan anakku sendiri..Dan aku tahu dan pasti tempat Shafia Humaira Shaari dan bayi2 lain yg nyawanya sudah tiada kini adalah disyurga.

Iaitu ditempat yang jauh lebih baik daripada dunia yang penuh dengan kekejian, kebusukan, kehinaan yang tiada taranya..Kerana dunia ini kian dihuni oleh manusia yg dalam diri mereka tiada lagi pegangan Al-Quran dan As-Sunnah..

Sungguh...anak2 ku sayang..
Dunia ini sangat hina buatmu,
Bersemadilah dikau di sana,
Di sisi Allah yang Maha Besar Sifat Ar RahmanNya..

Di sana keadaanmu lebih aman,
Keadaanmu lebih selesa

Dan biarkan manusia2 zalim itu untuk menerima hukumannya....
Kerana mereka tidak takut lagi dengan pembalasan Allah..
Mereka sudah tidak peduli dengan dosa,
Dan mereka memilih berada dalam lembah hina selamanya sekiranya mereka tidak bertaubat...

Manusia..
Dirimu semakin kejam?
Namun kenapa begitu??
Apa alasanmu..??
Kelak jawablah di sana.
Jika dirimu merasa benar2 berani dan angkuh..

Kerana sampai mana hendak kau bawa keangkuhan mu?
Sampai bila hendak kau bawa kedegilanmua?

Adakah sampai masa apabila tubuhmu sudah dimakan api?
Sungguh..siksaan neraka itu amatlah berat untuk pendosa2 ini...


Wallau'alam..
Sekadar luahan dari hati yg sepi..
Haslina

8 comments:

  1. salam..sy rujuk sini utk entry kes Arwah Syafia ni..innalillah..alfatihah..

    ReplyDelete
  2. Salam Has. Seluruh negara bersedih dengan kematian adik Syafiah Humairah. Selepas ini, kita juga harus lebih prihatin. Jika terlihat atau terdengar kes penderaan, kita terus bertindak setidak-tidaknya melaporkan kepada pihak berkuasa. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. kalau bdn dmm, tandanya suhu bdn panas...kl msyrkt dmm, inilah antr tandanya. Allah beri ujian pd diri, Allah jg beri ujian pd msyrkt. Msyrkt cuma gempar sekali-sekala mcm kes nurjazmin, tapi tiada apa2 pastu jd lg dn lg. apa tindkn yg dibuat pihak berkuasa, pihak x berkuasa? moga Allah tlg umat ini.

    ReplyDelete
  4. Salam!
    Apabila manusia sudah lari dari AlQuran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka wujudlah kaum yg berterusan menzalimi dan melanyak kaum yg lain. Ketika itu, doa2 kita tidak dimakbulkan oleh Allah sehinggalah kita kembali kepada jalan Allah. Sabda Rasullulah saw,`Sentiasa kamu orang2 yg ditolong oleh musuh2 kamu selagi kamu berpegang-teguh dgn sunnahku maka jika kamu telah keluar dari suunahku, Allah telah memberi kuasa kpd musuh2 kamu dimana mrk tidak takut dan tidak belas kasihankan kamu sehingga kamu kembali kepada sunnahku" Ini juga ternyata dalam tafsiran Surah AlMaaidah:54. Wallahualam

    ReplyDelete
  5. Salam Catlina Fly.

    Silalah..Tak jadi masalah,

    BTW, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sy yg serba kekurangan.:-)

    Haslina

    ReplyDelete
  6. Salam MYBABAH..

    Terima ksih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen:-)

    Rasanya itulah sekecil2 tindakan yg mampu kita lakukan selagi merasa ada tanggungjawab kepada msyrkt sejagat.

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  7. salam ustaz Anas..

    Dan sebenarnya manusia2 akhir zaman ini akan terus2an menganiaya diri dan mencampakkan diri ke lembah kehinaan..

    kerana selagi kita sombong dan berpaling daripada hukum yg ditetapkan oleh Allah, maka bersedia untuk menghadapi kemungkinan2 yg lebih dahsyat lagi..Nauzubillah..

    Wallahu'alam Ustaz..

    ReplyDelete
  8. Salam Tajnur,

    Terima kasih di atas perkongsian yg sgt bermanfaat untuk dikongsi bersama..:-)

    ReplyDelete