Tuesday, January 19, 2010

"Anak kita di syurga.."



“Ye Ye adik balik! Adik balik!”Kami adik beradik bersorak keseronokan.Rindu benar dengan adik.Dirasakan waktu seminggu sudah cukup lama berpisah dengan si kecil bernama Hasnadiah.
Tak tertahan rasanya untuk mencium pipi adik yang gebu.
“Mak..kenapa orang tu  bungkus adik?”Begitulah soalanku sewaktu melihat adik diperlakukan sedemikian rupa.
Kulihat ada beberapa orang yang memandang aku sambil menggeleng.Pelik!Ramai  sungguh orang berkopiah dan bersongkok  sewaktu itu.Yang pelik lagi, mak, atuk dan abah tidak seperti biasa.Kelakuan mereka hari itu sungguh aneh.
Ku lihat mak duduk berdekatan adik.Air mata masih bersisa di matanya yg sudah membengkak.Perasaan mak ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu….

JANGKITAN KUMAN.
Seminggu yang lepas ibu membawa adik ke klinik untuk  mendapatkan suntikan  bayi 3 bulan.Setelah selesai, mak menunggu abah di luar.Hari sungguh panas ketika itu sehinggakan seluruh tubuh mak berkeringat.
Hampir 15 minit mak mundar mandir.Namun abah masih belum tiba untuk menjemput mak.
Adik yang berkulit putih gebu senyum saja memandang mak.Sesekali mak mengagah adik.Adik sudah pandai ketawa.Hati mak berbunga riang.Adik yang selama ini hanya banyak diam dan tidak meragam sungguh membuatkan mak merasa senang.
Namun tawa adik tidak lama, dengan tidak semena2, adik menangis begitu kuat.5 minit, 10 minit…semakin menjadi 2 raungnya.Mak semakin cemas kerana tangisan adik seolah tiada tanda untuk berhenti.Mak bimbang kalau adik tidak selesa kerana kepanasan.
Syukurlah diwaktu itu abah sudah tiba.
Namun, setiba dirumah tangisan adik masih juga tidak berhenti.Sudah bermacam usaha yang mak dan abah lakukan, namun tidak berhasil.Malah bibir adik sudah bertukar kebiruan.
Bimbang sesuatu terjadi, mak dan abah membawa adik ke klinik semula.
Setiba di hospital, doktor terus mengambil adik.Di bawa adik masuk ke dalam bilik.Keadaan sekeliling berubah menjadi cemas.Pelbagai wayar mak lihat dipasangkan ke tubuh kecil adik.
Sementara mak masih diluar.Perasaan mak hanya Allah yang tahu.Abah juga.Berbagai pekara silih berganti bermain di kepala.
Seketika kemudian, doktor mengatakan, adik harus segera dihantar ke Hospital Kuantan.Adik tenat dan perlu ditempatkan di pusat kawalan rapi.

Dengan seribu harapan, mak membiarkan adik di bawa pergi tanpa sempat mengucupnya.Sewaktu itu tangisan adik tidak kedengaran lagi.Tubuh kecil kelihatan begitu lemah.
“Akak bagi apa pada anak akak?”Tanya doktor serius sejurus adik dibawa menaiki ambulan.
Ibu terdiam.Tidak begitu mengerti apa maksud doktor.Dalam hati bergolak beribu persoalan.
Doktor menghela nafas.
“Begini kak, anak akak ni telah dijangkiti kuman di seluruh tubuhnya, dan kuman tersebut  sudah menjangkiti buah pinggangnya”Kata2 doktor membuat mak bertambah bingung.Mak tidak tahu apa yg hendak difikirkan Kerana kurang faham dengan istilah perubatan.
Abah menghampiri mak.Abah cuba menenangkan mak.
“Kak ada makan apa2 ubat sewaktu mengandung?”
Mak termenung sejenak.Cuba mengimbas kembali..
“Ada..”
“Ubat jenis apa?”
“Pil penisilin”.Mak teringat sewaktu mengandung, badan mak selalu ditumbuhi bisul.Jiran2 yang berniat  hendak membantu mencadangkan mak untuk mengambil  pil ini.Dan akibat tidak tahu, mak mengambilnya setiap kali tubuh ditumbuhi bisul.
Doktor kemudian mengeluh panjang sambil menggelengkan kepala.
'Ya Allah..apa salah diriku?Apa yang telah aku lakukan kepada anakku sehingga dia terpaksa melalui kesakitan ini".Keluh ibu dalam hati.Air mata sudah tidak mahu berhenti lagi.
“Sabar jelah kak, sekarang ni kami akan cuba memasukkan antibiotik pada anak akak, walaupun agak terlambat, hanya inilah usaha yang kami ada, dan selebihnya terpulang pada takdir..”Tambah doktor dengan serius bercampur nada kesal.
Kata2 doktor membuatkan tubuh mak menggeletar.Kaki dirasakan tidak jejak lagi di bumi.Wajah comel adik yang ketawa bila diagah silih berganti tergambar di wajah mak.Kekuatan apakah yang mak miliki sewaktu itu melainkan hanya kepada Allah tempat berserah…
Abah menenangkan mak lagi.Jauh disudut hati mak hanya mengharapkan berlaku keajaiban daripada Allah S.W.T.Hanya itu.Penyerahan bulat hanya kepada kuasa yang empunya alam ini.
Selama seminggu mak dan abah menanti penuh sabar.Makan dan tidur juga tidak menentu.
 
 Namun, apakan daya.Allah lebih menyayangi adik.Adik pergi jua setelah tidak terdaya lagi melawan antibiotik yang dimasukkan ke tubuhnya.Tubuh kecil itu kini tidak bernyawa lagi.Seluruh tubuh adik bengkak dan lebam akibat banyaknya menerima suntikan.
Sewaktu itu mak sudah tidak berkata apa lagi.Hanya deraian air mata yang menjawab segalanya.


Selepas pemergian adik, mak sering terjaga di waktu malam.Bila terjaga mak pasti menangis.Kalau sewaktu adik ada, mak akan bangun menyusukan adik.Tapi kini, mak tidak lagi dengar suara rengekan disebelahnya.Kadang2 mak bermimpi adik masih ada.
Mak selalu menceritakan kisah ini kepada kami adik beradik.Tapi waktu dulu, aku tidak mengerti perasaan mak.
Namun, setelah diri bergelar ibu, hati merasa sangat tersentuh setiap kali teringat peristiwa ini.Mak sangat tabah melalui liku-liku hidup.Sedangkan aku rasanya lebih banyak mengeluh dari bersabar..
Sungguh perasaan ibu dapat aku selami kesedihannya.Apatah lagi pemergiaannya disebabkan kecuaian diri.Kerana tidak ada pengetahuan tentang itu.Namun apakan daya, masa tidak boleh diundur.Walaupun seribu penyesalan datang menghantui.Dan takdir Allah telahpun mengatasi segala2nya.
Kerana itu, mak tidak boleh melihat baju-baju adik ditempat tidurnya.Selama bertahun mak sering menangis setiap kali merindui adik sehinggalah kedatangan adik lelaki ku.Setelah itu, mak kurang menangis namun keriduan mak pada adik tetap kekal sampai sekarang.
Sungguh!!Anak2 ini hanyalah pinjaman untuk kita.Bukan anak sahaja malah apa2 yang ada disekeliling kita juga hanyalah sekadar pinjaman.Lihat sahaja apa yang kita sayangi di dunia ini.Semuanya ini milik Allah.Dan Allah boleh mengambilnya bila2 masa yg Allah mahu.
Namun, memang mudah menyatakannya, tapi bagaimana hendak menempuhnya?Adakah kita boleh tabah?Adakah kita akan selalu redha?
Apapun yang terjadi, Allah tidak pernah menganiaya hambanya.Setiap dugaan yang datang adalah bersesuaian dengan kekuatan kita.
Aduhai…Sungguh lemah rasanya diri ini.
Setahun yang lepas, aku dan suami mengikut mak, abah dan adik2 ke pusara adik.Kami menghadiahkan beberapa ayat suci untuk adik.
“Anak kita sekarang ada disyurga.Tengah menunggu kita”Kata abah tiba-tiba sambil tersenyum  memandang mak.Aku tahu abah mahu mengurangkan kesedihan mak.
Mak cuma memandang abah sayu.Mata mak berkaca namun, bibir mak terukir sebuah senyuman.Dan mak seakan memikirkan sesuatu.
“Ada juga seorang anak kita disyurga ye Ibah, yang lain termasuk kita ni belum tahu lagi”Ujar abah lagi dalam nada antara dengar dan tidak tapi penuh dengan makna.Abah mengeluh panjang.Kulihat mata abah turut berkaca..
 Kami adik beradik saling berpandangan.Dalam kesedihan, tercuit juga hati kami dengan kata2 abah.
Adik sungguh beruntung kerana sudah terjamin menjadi ahli syurga sedangkan kami kakak dan adiknya masih perlu berjuang di muka bumi Allah ini.Dan Sekiranya tewas, tidaklah dapat kami bertemu dengan darah daging kami di alam sana.
Dan hati sering tidak rela membiarkan itu terjadi.Hanya kasih sayang Allahlah tempat kami berharap selain berusaha ..insyaallah..
Rindu rasanya untuk bertemu adik.Apatah lagi mak dan abah…
Sesungguhnya, hidup ini adalah ketentuan Allah.Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha untuk mendapat keredhaan dariNya.Selebihnya terpulang kepada yang empunya alam ini.Yang sangat besar dengan sifat Ar-Rahman.
Sebagai hamba yang hina, sama2 kita berdoa.yang pergi tetap pergi dan kita yang teringgal harus bersedia.Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang punya kebahagiaan di hari pengakhiran kelak..Wallahualam..sekadar berkongsi…..





9 comments:

  1. Salam kak,

    Setiap insan punya jalan ujian yang berbeza. Mak saya juga pernah kehilangan bayi. 4 orang. 2 orang meninggal sebaik dilahirkan. Seorang meninggal selepas beberapa hari dilahirkan. Seorang lagi meninggal lemas dalam kandungan. Semuanya adik saya. Sekarang sayalah anak bongsu. Yang terakhir berlaku ketika saya tahun 2.


    Nak share ayat Quran ni,

    "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" (al-Ankabut: 69)


    Moga kita sama-sama dapat mujahadah dan istiqamah mencari keredhaan Allah :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam dik,

    terima kasih dik atas komen, salam buat mak ye..

    Insyaallah..kita doakan orang lain sama ye dik..=)

    ReplyDelete
  3. baca n3 ni buat saya menangis...terbayang wajah anak-anak

    ReplyDelete
  4. salam...betul kata akak, bila dah jadi ibu, baru kita dapat merasakan bagaimana seorang ibu itu rasa, perasaannya, kasih sayangnya dan segalanya. Nikmatnya bila bergelar ibu. Subhanallah!!

    ReplyDelete
  5. salam ibu aiman..
    sy juga menangis semasa menulisnya.Beberapa kali jg penulisan terhenti kerana asyik membayangkan anak sy..

    ReplyDelete
  6. salam ummu Fateh..

    Benar kata Ummu Fateh.Perasaan ini lebih dapat dirasai oleh seorang ibu.kerana hanya kita yg tahu bagaimana susahnya mengandung, melahirkan, menyusukan anak.Dan bila anak yg dilahirkan itu kita harapkan membesar sihat, tetapi Allah terlebih dahulu menjemputnya..Allah..

    Rasanya, hanya wanita2 yg benar2 kuat boleh menghadapinya..Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  7. salam...
    terharu sungguh dgn cerita nie...

    semoga kita sama2 mendapat ikhtibar..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..wr.wb
    semoga allah menjaga kita semua dalam rahmatnya.saya dapat merasakan kesihan yang kakak rasakan. saya hanyalah seorang paman yang mempunyai keponakan, yang berusia 1,5 tahun, kini ia terbaring sakit di hospital.terasa sulit untuk mengungkapkan kesedihan ini, teramat sayang kami kepada sikecil. namun semua adalah ujian, kita hanya bisa berdao dan berusaha, dan alah yang mempunyai keputusan. mohon doa untuk kesembuhan keponakan saya.kini hampi 2 minggu ia dirawat dengan tabung oksogen yang dipasang dihidungnya, dengan selang infus ditubuhnya, tanpa suara dan tangisya sedikitpun terdengar dari mulutnya, apakah ia sakit, rindu kami mendenganr suara tangisnya, hanya nafas yang terasa dari tubuhnya. ya Allah... kami ikhlas ya Rabb, kuatkanlah imankami dalam menjalani ujian ini. amin

    ReplyDelete